** Hidup itu perjuangan, Mati itu matlamat **

Sedetik waktu berlalu, dunia kata pergi, kubur kata mari.
Ku mengharapkan mati dalam kedamaian seperti yang Engkau janjikan.

11 Oct

The Spirit Carries On (Dream Theater)

Lyrics: John Petrucci

Nicholas:
Where did we come from?
Why are we here?
Where do we go when we die?
What lies beyond
And what lay before?
Is anything certain in life?

They say, life is too short,
The here and the now
And youre only given one shot
But could there be more,
Have I lived before,
Or could this be all that weve got?

If I die tomorrow
Id be allright
Because I believe
That after were gone
The spirit carries on

I used to be frightened of dying
I used to think death was the end
But that was before
Im not scared anymore
I know that my soul will transcend

I may never find all the answers
I may never understand why
I may never prove
What I know to be true
But I know that I still have to try

If I die tomorrow
Id be allright
Because I believe
That after were gone
The spirit carries on

Victoria:
Move on, be brave
Dont weep at my grave
Because I am no longer here
But please never let
Your memory of me disappear

Nicholas:
Safe in the light that surrounds me
Free of the fear and the pain
My questioning mind
Has helped me to find
The meaning in my life again
Victorias real
I finally feel
At peace with the girl in my dreams
And now that Im here
Its perfectly clear
I found out what all of this means

If I die tomorrow
Id be allright
Because I believe
That after were gone
The spirit carries on…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking
09 Oct

Syawal Dan Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua….

Ramadhan dah berlalu…semua perantau yang balik ke kampung dah kembali menjalani kehidupan seperti sebelumnya. Namun, suasana raya masih terasa dengan adanya jemputan rumah terbuka oleh sahabat handai dan saudara mara.

Lepas balik raya, saya dan anak-anak tak berapa sihat. Sofea dan Abang Yie dah demam-demam tu. Dok dalam buai je…kesian tengok…semoga mereka berdua kuat semangat.  Mungkin sebab jalan jauh, ditambah dengan jalan jammed pulak tu. Masa nak balik ke Kelantan jalan ok jer, tapi bila sampai di Machang nak masuk Tanah Merah dah mula jammed. Bertembung yang nak ke jeli, ke Grik dan tanah Merah. Sudahnya, tersadai dalam kesesakan tu hampir 3 jam la jugak.

Then masa nak balik sini pula, kitorang balik pagi Isnin. Jalan ok pada mulanya. Cuma kalau ikut belakang lori tu, berderet jugakla kereta. Then masa nak masuk Raub dan Bentong, masa inilah kesabaran mula teruji. Dengan anak-anak yang dah mula boring dalam kereta, mulalah merengek nak itu dan ini. Sudahnya terlena macam tu jer…kesian anak-anak ibu.

Macam tu la suasana bila tiba musim perayaan. Tak kira raya apa pun. Lebih-lebih lagi perayaan besar macam Hari Raya Puasa ni. Dan sekarang, Ramadhan dah berlalu…Syawal pun dah nak masuk ke sepuluh pertama.

Ramai yang beranggapan berlalunya Ramadhan bererti terbebaslah segala syaitan-syaitan yang diikat dan dibelenggu. Dan kita semua akan terdedah kepada bisikan jahat dari syaitan. Kita semua  akan kembali kepada kehidupan biasa yang penuh dengan lara. Masa bulan Ramadhan, kita dapat melepaskan diri dari kehidupan yang lara dan hati yang penuh berpenyakit kerana kononnya makhluk yang berperanan membusukkan hati kita itu telah dibelenggu dan dirantai.

Sedarkah kita, bahawa kita sendirilah yang berupaya untuk membelenggu segala bisikan jahat dalam diri kita dengan izinNya. Kalau kita kata masa bulan Ramadhan syaitan terbelenggu dan dirantai, tapi kenapa masih ramai yang dengan teganya berbuat jahat dan perkara tak senonoh? Mengapa ada segelintir dari kita yang dengan beraninya makan dan minum di bulan Ramadhan? Adakah ini kerana syaitan dalam badannya tidak di belenggu dan dirantai?  Bukankah sebelum ini dikatakan semua syaitan dibelenggu dan dirantai? Atau ada yang terlepas atau yang dapat memboloskan diri?

Di bulan mana-mana pun, tak kira di mana dan dan bila, persoalan nafsu ini adalah persoalan dalaman yang hanya tuan punya diri itulah yang faham dan arif. Kerana nafsu itu ada dalam diri mereka. Mungkin tahap ketinggian atau kerendahan nafsu seseorang itu berbeza. Ada yang cenderung untuk berbuat jahat, tetapi dikalahkan oleh kebijaksanaan akalnya dan akhirnya dia selamat. Dan tak kurang pula yang cenderung berbuat jahat dan tanpa diimbangi akalnya yang waras, niat jahatnya diteruskan jua.

Diri kita, nafsu kita, akal kita dan hati kita hanya kita yang faham. Bolehkah  dicarikan seorang tukang tilik untuk membaca apa yang bermain dalam hati dan fikiran kita? Kalau ada yang meneka dengan betul pada tekaan pertama, bagaimana pula dengan tekaan ke dua, ke tiga dan seterusnya?  Sebab, benda yang terlindung dan tersembunyi, hanya Allah dan tuan punya diri yang tau. Orang lain hanya dapat meneka.

Kalaupun diberikan berpuluh panduan tentang cara menjaga hati, cara mengawal kemarahan; kita boleh baca dan faham. Tapi apakah kita pasti kita dapat mengikut segala step yang kita baca tu bila kemarahan mula menguasai diri? Orang lain hanya boleh membantu kita dari segi memberi panduan sebegitu. Tapi yang dapat membantu diri kita yang sebenarnya adalah diri kita sendiri.

Sebab itu, apa jua persoalan dalaman dalam diri kita, hanya diri kita berserta pertimbangan akal yang waras sahaja dapat membantu dengan sepenuhnya. Orang lain hanya dapat memberi panduan. Tapi kesedaran, tempatnya bermula dari diri kira sahaja. Dan Allah adalah tempat utama dan terbaik untuk kita memohon petunjuk dan pertolongan. Kerana Dialah yang kita sembah dan hanya pada Dialah kita memohon pertolongan. Yakinilah…apa yang Allah berikan itulah yang terbaik dalam diri kita. Kerana urusan masa depan, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking
02 Oct

Salam Aidilfitri

Maaf Zahir Dan Batin Dari shahdila.com….

Jap lagi nak balik Kelantan… :)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking
27 Sep

Suasana Nak Raya…

Hari ni semua orang dah mula bercuti. Tapi husband saya still kerja lagi hari ni. Besok la jawabnya baru balik kampung. Tahun ni macam biasa lagi, raya kat kampung husband dulu, then baru balik Kelantan. Raya Haji baru kat Kelantan. Sebenarnya tak kisahlah kat mana-mana pun dulu, asal husband dan anak-anak tetap bersama. Tidak lekang dan berpisah walau sehari pun. Itu yang penting. Tetap bersama walau ke mana sahaja.

Ramadhan semakin mendekati penghujungnya dan kemeriahan Syawal mula terasa. Semalam abang saya yang kat Putrajaya dan kakak yang kat Johor pun dah bertolak ke Kelantan. Mungkin dah sampai ni. Adik saya pulak pilih nak balik Ahad. Mertua dia kat sini jer. Spend masa dengan mertua dulu. Lagi pun nak lari dari jalan jammed katanya. Ramai jugak yang amik keputusan nak balik Ahad rupanya. Kuasa Allah tidak terbatas. Dia berkuasa untuk memberi ilham kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Anak saya baru nak masuk 4 tahun. Kalau tiba musim raya, apa yang dia tau nak main bunga api je la…saya ada simpan bunga api yang tahun lepas. Ok lagi. Seronok dia main. Sofea pun bukan main lagi. Kat kawasan taman saya ni, kalau musim raya tak kisah la raya apa, bunyi mercun..bukan setakat kita yang terkejut, tapi dengan kereta sekali. Kesian pulak kat tuan punya kereta tu. Dok pegang remote je kot kerjanya. :)

Kekadang kita suka melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Apa kesannya pada orang lain. Apa akibatnya pada diri sendiri. Yang main mercun tu pun bukan budak umur 5 atau 6 tahun. Mostly yang dah akil baligh dah. Yang dah dapat berfikir dengan waras. Tapi bila nafsu mengatasi akal, itulah jadinya. Main redah jer tanpa berfikir kesan di sebalik tindakan tu.

Semalam saya sempat jalan kat taman ni. Kelihatan di tepi-tepi tong sampah sudah ada perabot lama yang sudah dibuang digantikan dengan yang baru. Tinggal lori sampah angkut jer…dan tak kurang juga ada lori perabot yang datang hantar perabot baru. Persediaan raya la tu…

Nampaknya mentaliti orang kita masih sama macam dulu. Kalau raya menjelma, semua benda kena baru. Dari diri sendiri, sampailah kepada peralatan rumah.

Kebiasaan yang kita dengar, lepas raya ramai yang kekeringan. Poket dah kering sebab berhabisan untuk raya. Gaji pulak dapat awal. Beli belah tak ingat la…

Tapi sampai bila kita nak hidup dengan cara yang sama sebegini. Sampai bila kita nak dibelenggu dengan masalah kewangan selepas raya berlalu. Masa raya seronok la…tapi selepas tu mula la pening kepala. Bagi yang bergaji besar dan berharta, ini bukanlah satu masalah bagi mereka. Tapi sedarkah mereka, yang tindakan mereka itu juga boleh mengundang kesusahan kepada jiran tetangga yang tak berapa nak kaya tu… Adat manusia, bila tengok orang lain ada, kita pun nak ada juga…ditambah lagi dengan hati yang berpenyakit, lagi-lagi la teringin nak ada.

Tengok jiran beli perabot baru, mula la hati rasa bergelora. Tak tenang. ‘Ish… tak boleh jadi ni. Aku pun kena beli perabot baru gak…”

Ditambah pula dengan sikap isteri yang dikipas laju dek syaitan. “Abang, kita pun kena tukar perabot baru la. Tengok Si Tipah tu, dia dah beli sofa baru untuk raya. Saya pun nak jugak la bang…malu la kalau orang datang nanti kalau masih dengan sofa lama jer. “

Dan si suami yang dah teruja tadi pun, apa lagi. Nak beli cash, tak mampu. Pergi Court Mammoth la jawabnya. Bayar bulan-bulan. Ok la…padahal dia tak ingat, yang semua perabot dan kelengkapan rumah yang ada tak habis berbayar lagi. Sebab bayar bulan-bulan la…tak ingat atau buat-buat tak ingat?

Sampai bila kita nak hidup dengan berfikiran macam ni? Macam mana kita nak hidup aman dan tenang kalau tak boleh tengok orang lain lebih dari kita. Mula la rasa dengki dan rasa nak bersaing. Ke mana fungsi akal yang Allah anugerahkan itu? Adakah kita gunakan semata untuk memikirkan perhiasan dunia sahaja tanpa memikirkan kesan yang bakal berlaku selepasnya?

Berfikirlah. Apa tujuan dan erti hidup ini? Adakah untuk bermewah-mewah dan bermegah-megah sesama sendiri. Bukankah itu perbuatan yang Allah tak suka? Kita tau itu silap, tapi kenapa kita masih lena dan leka dalam kesilapan itu. Kenapa kita tak berusaha untuk memperbetulkannya? Sedangkan hidup kita ini perlu lebih baik dari semalam.

Gunakan nikmat akal anugerah Allah ini. Semoga Ramadhan ini dapat melahirkan satu rasa teruja untuk melakukan perubahan dalam diri kita. Berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Sama-sama kita berusaha. Insya Allah.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking
25 Sep

Akhir Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Kita dah melangkah ke akhir Ramadhan. Kejap jer rasanya. Pejam celik dah nak masuk Syawal dah.  Waktu sekarang semakin cepat. Kalau dulu, rasanya nak tunggu pukul 7 tu, lambat sangat.  Tapi sekarang, kejap jer. Tambahan lagi kalau masa kita terisi dengan sesuatu yang bermakna dan kita seronok melakukannya. Masa berlalu pun kita tak sedar.

Pagi ni, syukur sangat server blog dah ok. Dah hampir smeinggu jugak server down. Walaupun ada banyak jugak posting yang sebelum ni dah ghaib entah ke mana.  Tapi syukur, sebab ada buat back up blog. Allah sentiasa membantu dan Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bila kita yakin dan sentiasa bersangka baik dengannya, Allaha kan kurniakan RahmatNya kepada kita. Dia tak pandang rupa, tak pandang harta, tapi sekeping hati yang tulus ikhlas menjadi penialaiannya.

Sekarang ni sejak anak dah 2, masa terasa cepat jer berlalu. Diorang biasa bangun dalam pukul  9 atau 10 pagi. Sejak bulan Ramadhan ni, Sofea selalu bangun sahur. Pukul 5 pagi dah tersengeh-sengeh datang ke dapur.  Dia tidur depan tv, kat ruang tamu. Bila lampu nyala, dia pun sedar la. Sejak pandai berjalan ni, panjang benar langkahnya. Asyik ke toilet jer kerjanya. Dan grill tu, pantang terbuka. Sure dia dah melangkah ke luar. Pagar depan memang kena make sure locked.

Kalau diorang dah bangun, nak ibu ada kat depan dengan diorang je la. Jawabnya, terpaksalah aku off kan pc ni dan ngadap diorang kat depan. Kalau tak, asyik keluar masuk bilik pc ni je la kerjanya. Abang Yie pun sama… :)

Pagi tadi, untuk kali pertamanya Abang Yie bangun sahur. Siap makan lagi. Kebetulan pagi tadi aku masak nasi goreng kampung. Favourite dia la tu…agak banyak jugak dia makan. Lepas tu dia sambung tidur balik. Si adik pulak, sejak pukul 3 pagi lagi dah bangun. Then, sambung tido balik dalam pukul 5 tu. Tak sempat sahur.

Ramadhan ni, terasa begitu bermakna sekali dalam hidupku. Bertambah berseri dan bermakna dengan kehadiran 2 orang insan kecil yang sentiasa menceriakan hariku. Bersama cahaya Al-Quran yang terus dan semoga tetap bersemi dalam dadaku. Bersama perjuangan untuk mencapai erti hidup yang sebenar bersama suami tercinta. Kehidupan makin bererti dan bermakna bila kita tau apa yang kita nak buat dan apa yang kita nak capai dalam hidup ini. Kehidupan makin berseri bila kita selalu memikirkan tentangNya dan selalu mengkaji dan mendalami KalamNya. Terasa Dia sentiasa bersama kita.

Seringkali digambarkan Allah itu berada jauh di atas langit. Bersemayan di atas ArasyNya nun jauh di atas sana. Pada hal Dia sentiasa dekat dan selalu bersama kita. Gambaran yang seperti itu seakan  Allah tu seperti seorang raja yang duduk relaks memerhatikan sekalian rakyatnya. Amat jauh dari kita. Sedangkan Dia sentiasa dekat dan bersama kita. Sentiasa membantu bila kita kesusahan, sentiasa mendengar bila kita meminta, sentiasa melihat pergerakan kita. Dia tidak pernah tidur. Kerana tidur itu adalah sifat makhluk ciptaanNya.

Dengan akal yang sihat dan waras, kita akan dapat mengenali diri dan seterusNya mengenali Pencipta kita ini. Dengan melihat, memerhati dan meneroka segala ciptaanNya, ia akan makin mendekatkan kita padaNya. Matahari, bulan, bintang, gunung-ganang, tumbuhan, segala macam haiwan, dan segala jenis  kejadian membawa kita kepadaNya.

Keheningan dan kedinginan malam makin mendekatkan padaNya. Bersama udara bersih yang menyegarkan dan simbahan air ke beberapa anggota membuka mata yang malas terbuka.  Penyerahan diri padaNya membuatkan kita semakin terasa Dia begitu hampir dan mendengar setiap ratap tangis dan rayuan kita.

Ramadhan ini juga memberi penghayatan yang indah bagiku. Perkara pertama yang aku dapat lihat adalah dari segi nafsu makan. Kalau sebelum ni, nak makan ikut selera yang sedap sahaja. Tapi kali ni, aku dan family makan ikut keperluan dan gizi yang seimbang. Sekali sekala berkunjung ke pasar Ramadhan, tak ada lagi bermacam jenis kuih dan lauk pauk yang diborong. Cukup la sekadar yang perlu. Sebab aku tau, dari pengalaman lepas, segala kuih muih yang banyak tu sudahnya akan ke dalam tong sampah jugak.

Suami pun turut membantu aku dalam bab untuk elakkan pembaziran ni. Kalau aku leka atau lalai…dia akan ingatkan dan nasihatkan dengan cara yang baik. Terima kasih abang… Sentiasalah membantu dan mendidik diriku ini :)

Seingat aku, sejak puasa ni, baru 2 ekor aku beli ayam. Azam kami untuk kurangkan makanan berlemak dan lebihkan makanan berprotein seperti ikan dan banyakkan makan sayur.

Dalam minggu ni, aku dan adik aku dok buat biskut raya sesikit. Kami family besar. Nak beli, agak besar juga belanjanya tu. Sudahnya beli bahan-bahan dan buat sendiri.  Oven dan mixer dah ada. Cuma kerajinan sahaja. Seronok jugak…anak-anak pun suka membantu. Bantu menyelerakkan…  :) So far dah siap dalam 4 jenis. Tart nenas, Cornflake Bermadu, Dates dan Almond London.  Dates tu resepi sendiri. Kisahnya, kakak ipar adik aku ada bawa balik biskut dari Sudan. Bila dimakan sedap la pulak. Tambahan lagi ingredient dia pun penuh berkhasiat dan baik untuk otak iaitu kurma, badam dan coklat. So, apa lagi…aku dan adik mula la mencipta resepi sendiri. Bila dimakan…wah sedap juga. Abang pun suka… tu yang bertambah seronok tu… Syukur…yang penting kita ada daya usaha untuk mencuba dan mereka cipta. Tak semestinya sama seperti yang asal, yang penting kita kreatif dan ada semangat untuk mencuba. Asyik beli yang orang punya jer, bila nak ada hasil dari orang kita pulak kan?

Minggu lepas adik ipar aku gi beli tart nenas. Satu balang dah RM23. Banyak balang juga dia beli. Tapi lepas makan yang kitorang buat, dia berkerut. Sebab rasa seakan nak sama. Sedangkan modal aku untuk buat tu hanya dalam RM15 jer. Itu pun dapat dalam 3,4 balang kecil yang sama dengan yang dia beli tu. Kalau ada masa, buat sendiri lebih memuaskan dari main order jer kan. Tapi kalau dah terpaksa…apa nak buat kan… Cakap pasal masa, mana pernah nak cukup kalau kita tak pandai arrange kan…

Kekadang orang kita ni, lebih berbangga kalau barang beli. Lagi pula kalau mahal harganya dan ada brand  pulak..lagi seronok bercerita. Kekadang malu nak cakap buat sendiri, takut orang kata budget sangat la pulak. Walaupun tak semua macam tu, tapi ada yang jenis macam tu.

Sebenarnya sikap bangga diri dan menunjuk macam ni memudaratkan diri kita sendiri. Kita pulun dan berhabis untuk persediaan raya. Tukar langsir baru, perabot baru, baju baru berpasang-pasang, kasut baru…adat kata semua benda nak baru. Sudahnya lepas raya, duit makin susut. Mula la bermasalah sana sini. Meminjam sana sini. Kesan dari terlalu nak tunjuk hebat untuk sesebuah perayaan. Sedangkan Allah sendiri tak suka kepada pembaziran dan terlalu berlebihan atau melampau dalam membuat sesuatu walaupun dalam beribadah.

Macam mana pengertian dan pengahayatan sebenar Ramadhan nak sampai kalau kita masih dengan sikap, cara dan tabiat lama? Apakah hanya menahan lapar dan dahaga sahaja kita rasa dah cukup untuk erti sebuah puasa? Tepuk dada tanya akal. Allah kurniakan akal kepada kita semua. Jangan disempitkan fungsi dan pengguanaannya kepada perkara tertentu sahaja.

Hm…panjang jugak yer. Lepas gian selepas hampir seminggu server down. :)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking
14 Sep

Erti Hidup Insan

Terdetik memikir erti hidup
Adakah hidup untuk makan?
Haiwan juga makan
Adakah hidup untuk tidur?
Haiwan juga tidur
Adakah hidup untuk kerja?
Haiwan juga bekerja
Adakah hidup untuk kahwin?
Haiwan juga kahwin
Adakah hidup untuk beranak?
Haiwan juga beranak
Adakah hidup untuk beribadah?
Haiwan juga beribadah

Jadi apa erti hidup sebagai insan?
Tidak ditemui haiwan mencipta teknologi
Kerana akal haiwan itu terbatas
Sedangkan akal insan itu berkembang

Sudahkah kita menjalani hidup sebagai insan?

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking
13 Sep

Bukan Niatku…

Sayang,
Bukan niatku untuk memilukan hatimu
Tapi untuk melatih diri untuk bersedia
Bersedia menghadapi saat yang pasti

Sayang,
Bukan niatku untuk menyentuh sedihmu
Namun supaya kita bersedia menghadapi
Saat panggilan mengadap Ilahi

Sayang,
Telah kita nafkahkan hidup untuk perjuangan
Kibaran panji hitam sebagai tanda permulaan
Sebuah perjuangan yang memerlukan ketabahan

Sayang,
Perjuang memerlukan keberanian
Hanya yang berani sahaja sanggup melakukannya
Jika berdusta sudah pasti kita berpaling pergi

Sayang,
Adat dalam peperangan jihad
Sama ada aku akan pulang membawa kemenangan
Atau aku akan pulang ke rahmatullah

Sayang,
Janganlah kau tangisi jika aku dipanggil pergi
Percayalah, semangatku akan terus menemani
Biarpun jasadku telah dikebumi

Sayang,
Janganlah kau bermuram durja
Kita telah memilih jalan hidup untukNya
Dan jalan ini untuk menuju pintu bahagia

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (At Tahrim: ayat 6)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking
12 Sep

Kembalilah Bersama Kidungmu…

Aku ingin kembali…
Moga tiada lagi kakiku kaku di sini
Moga tiada lagi senyumku hambar di sini
Moga tiada lagi senduku di ketika ini

Aku ingin kembali…
Mengayam rindu melerai resah
Mengungkai sendu merapi sayang
Menghambat duka melempar lara

Aku ingin kembali…
Meraih cinta yang sememang milikku
Menggenggam kasih yang menjadi milikku
Mendakap sayang yang pasti untukku

Aku ingin kembali…
Bawalah aku bersama
Bimbinglah aku ke sana
Sesungguhnya, sehari tanpa sendamu…
Jiwaku merana lara merindu…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking
12 Sep

Puasa = Kurus @ Gemuk?

Ramadhan dan Syawal, ia umpama isi dan kuku.  Selepas Ramadhan pagi Syawal akan muncul dengan indah. Tanda kegembiraan kerana telah berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan.

Selain Syawal, bila sebut Ramadhan juga, akan tergambarlah bazar Ramadhan yang penuh dengan gerai yang dikerumuni manusia. Di gerai itu terdapat pelbagai jenis makanan yang kekadang kita sendiri tak peernah tengok dan tak pernah tau namanya.

Bagaikan sudah satu adat, bila saja Ramadhan menjelma, bazar Ramadhan ada di mana-mana. Peniaga pula tersenyum riang mengenangkan pasar sebulan itu. Dan yang tak pernah berniaga pun, teruja untuk berniaga bila melihat sambutan yang begitu menggalakkan. Sedap tak sedap belakang kira. Yang penting dapat duit.

Harga makanan pula, semakin hari semakin naik. Kalau dulu kuih RM1 dapat 3 biji. Tapi sekarang dah jadi 50sen sebiji. Nasi ayam pula dah menjangkau RM3.5, malah ada yang dah naik RM4. Mahal ke tak mahal, kalau dah nak makan tu, beli juga kan?

Ramadhan juga dikaitkan dengan berat badan. Semakin kurang atau semakin naik. Biasa yang kita dengar ialah semakin kurus. Tapi ada juga yang menjadi semakin naik berat badannya selepas sebulan berpuasa. Kenapa agaknya?

Fenomena pertambahan berat badan selepas berpuasa mungkin dipengaruhi oleh cara pemakanan dan sikap tuan punya diri. Salah satunya mungkin dikaitkan dengan kemunculan pelbagai jenis aneka ragam juadah untuk berbuka puasa yang jarang ditemui di bulan lain.

Selain itu, juadah lauk pauk yang membuka selera dan kena dengan selera kita menambahkan selera kita untuk makan. Apa taknya, ayam pusing, ayam percik, daging bakar, itu belum masuk senarai kuih muih dan air lagi.

Kekadang bila berkunjung ke pasar Ramadhan tu, semua benda kita nak beli. Seakan terlupa bahawa kita berpuasa selama 30 hari, bukannya untuk hari itu sahaja. Beli kuih, 5,6 jenis. Belum masuk bab air lagi. Air kelapa, air tebu, macam-macam jenis air lagi.

Berbuka puasa dengan sajian ringan terlebih dahulu adalah cara yang terbaik. Atau kalau nak makan sajian berat pun, jangan terlalu banyak sangat. Berpada-pada untuk menghilangkan lapar dan dahaga, bukan makan sampai kenyang dan susah nak bangun tu. Bukan sampai bersandar dan akhirnya Maghrib entah ke mana.

Memandangkan puasa mengambil tempoh hampir 14 jam untuk kita menahan diri daripada lapar dan dahaga, kita disarankan mengambil makanan yang susah hadam semasa bersahur. Makanan yang lambat hadam boleh bertahan selama 8 jam, manakala yang sebaliknya hanya 4 jam sahaja.

Antara contoh makanan lambat hadam mengandungi bijirin dan bijian seperti barli, gandum, kekacang, tepung mil, beras dan lain-lain (dari kategori karbohidrat kompleks).

Kalau nak turunkan berat badan, elakkan makanan berlemak, berminyak dan bersantan. Ini termasuklah kuih muih yang tinggi kandungan kalorinya. Dan kurangkan juga makanan bergoreng, kerana ia boleh meningkatkan selera makan dan sudahnya berat badan akan bertambah. Sebaiknya, banyakkan makanan berasaaskan sup. Banyakkan minum air kosong.

Kekadang tertanya masa mana nak minum untuk cukupkan 8 gelas. Sedangkan masa makan sudah dilimitkan. Cara yang terbaik ialah minumlah air masak. Sebelum makan masa berbuka dan selepas berbuka. Sebelaum dan selepas solat sunat tarawikh, sebelum tidur dan sebelum makan sahur dan sesudahnya.

Dari segi makan pula, kita digalakkan makanlah perlahan-lahan dan kunyah makanan sehingga hancur baru telan. Jika kita makan dan minum terlalu cepat, kita sebenarnya memasukkan banyak udara ke dalam badan yang menyebabkan perut masuk angin. Sebab itu menjadi ikutan kita amalan para Nabi yang mengunyah makanan sehingga hancur baru telah (dalam 40 kali).  Selain dari mengenyangkan, kaedah ini juga boleh mengelakkan kita daripada makan berlebih. Ada logiknya dari perbuatan para nabi itu.

Selain dari itu, makanan yang cepat ditelan juga memberi kesan kepada sistem penghadaman kita. Sistem itu terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk menghadam makanan yang tidak dikunyah dengan betul. Tapi kita sekarang ni, tak sempat 40 kali kunyah, 4 kali kunyah dan telan. Apa taknya, banyak lagi makanan lain yang terhidang di depan. lambat-lambat nanti, habis dikebas orang pulak.

Dalam bulan puasa ni, adalah baik kita amalkan pemakanan yang antikolesterol. Selain baik untuk kesihatan, ia juga boleh membantu kita dalam menurunkan berat badan kita. Antaranya ialah bubur gandum dan oat. Mungkin kita beralasan dalam bulan puasa ni tak lalu nak makan bubur gandum atau oat ni kan…ok lah, gantikan dengan pemakanan walnut atau badam. Sambil-sambil lepak selepas solat tarawikh tu, makanlah kacang atau badam.

Kacang ada banyak asid lemak tak tepu yang membantu pembuluh darah menjadi sihat dan elastik. Segenggam kacang dah cukup. Jangan berlebihan pula. Sebab ia boleh menggemukkan dan meningkatkan risiko sakit jantung. Sebenarnya, apa-apa makanan pun, kalau ambil berlebihan tetap akan membawa kesan juga.

Ikan dan asid lemak Omega-3 juga makanan antikolesterol. Omega-3 berupaya menurunkan kolesterol dalam badan, menurunkan tekanan darah dan menekan risiko pembekuan darah. Ikan sardin dan tuna adalah sumber yang kaya dengan Omega-3. Cara terbaik untuk masak ikan adalah bakar atau panggang. Menggoreng ikan akan menyebabkan khasiatnya semakin hilang. Selain itu, ikan adalah sumber protein yang penting untuk pembentukan sel-sel baru.

Jelasnya, cara dan pemakanan kita semasa bulan puasa  atau tidak tetap membawa kita kepada dua situasi sama ada semakin kurus atau semakin gemuk. Bergantung kepada kita. Apa yang kita nak…Kita adalah apa yang kita makan.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking
12 Sep

Jangan Kau Bersedih Lagi

Sayang,
Jangan kau bersedih lagi
Dunia bagai hilang serinya tanpa keceriaanmu
Perjuangan memerlukan ketabahan
Teruskan mengkaji dengan upayamu

Sayang,
Jangan kau hiasi wajahmu dengan kedukaan
Seindah mana alam menjadi pudar tanpa tawamu
Hidup ini memang untuk diuji
Susah atau senang kita harus tempuhi

Sayang,
Ketahuilah betapa bersyukurnya aku memilikimu
Srikandi yang setia berjuang bersama
Melawan segala penyakit hati dan keraguan
Untuk membuktikan kebenaran risalah Tuhan

Sayang,
Ketahuilah aku berbangga dengan dirimu
Biarpun diuji sebegini, engkau tetap setia di sisi
Terbukti cinta yang kau ucapkan selama ini
Untuk menjadi bekal ku bawa ke mati

Sayang,
Kita merancang bersama mencipta bahagia
Walaupun yang kita harapkan tidak menjadi
Namun, percayalah kita tidak akan menyesal
Kerana sekurang-kurangnya kita telah mencuba

Sayang,
Jika aku dipanggil kembali
Semua ketetapan itu tidak mampu didustai
Seperti apa yang telah Allah tentukan selama ini
Seperti yang terjadi telah pada insan sebelumku

Sayang,
Mungkin sudah menjadi destiny ku
Yang menjadi destinasi titian hidupku
Berjihad dalam cinta sebegini
Dan mati dalam cinta sebegini

Sayang,
Bersemangatlah untuk terus berfikir dan mengkaji
Mengenali Allah melalui dalam diri
Agar wadah perjuangan disambung oleh zuriat kita
Agar sia-sia hidupku diceria oleh serimu

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking