Create Website? Senangnya…
Assalamualaikum…
Selamat Hari Jumaat diucapkan kepada semua…semoga penghulu segala hari ini hadir bersama keberkatan dan kedamaian untuk kita semua. Sebut pasal hari Jumaat, ia mengingatkan saya kepada ibu dan arwah abah saya. Biasanya pada hari Jumaat mereka berdua akan berzikir dengan zikir harian “Ya Allah” sebanyak seribu kali.
Ok, nanti saya akan kongsi bersama zikir pada hari lain pulak ye.
Hari ini saya nak bercerita pasal website. Semasa baru mengenali dunia internet, saya begitu kagum dengan setiap paparan website yang baca dan layari. Terfikir di kepala, macam mana ye website dibuat. Klik je terus berubah ke page lain. Hairan bin ajaib. Hati ini melonjak nak tahu…tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Lagipun tuntutan tugas sebagai student perlu diutamakan…
Setelah tamat belajar dan setelah penat mencari kerja, saya bertapa di rumah. Merenung nasib…entah apa akan jadi. Tapi, email yang saya terima bagai menyuntik semangat lama yang dah berkubur. Ada kawan tanya saya, pandai tak buat website. Dia nak upah saya buat website. Masa tu memang saya zero pasal website. Tapi nak menolak, terasa rugi. lantas saya mengiakan saja.
Dari situ, bermulalah kerja saya meng-create website. Saya meniarap, merangkak dan akhirnya bertatih… dari tak kenal apa itu Frontpage, Html, database, upload dan segala jenis benda yang berkaitan website…kini saya dah boleh hampir tersenyum…tapi tak boleh senyum sepenuhnya lagi…sebab masih dalam proses belajar dan terus belajar.
Dan sesuatu yang amat saya syukuri…Allah menganugerahkan seorang suami yang agak berpengalaman dalam hal-hal design dan programming. Dan paling penting, dia tak lokek ilmu dan sentiasa meluangkan masa untuk saya menimba ilmu. Ye la, agak susah bagi saya untuk pelajari sesuatu yang baru. Lagu pula masa belajar dulu, saya dalam bidang Sains, Biokimia.
Dari situ saya sedari…pepatah nak seribu daya, memang berbaloi.
Setelah hampir setahun hanya menjalankan perniagaan offline, kini saya mencuba nasib dengan online pula. Penemuan dengan blog Smartusaha dan pakej Kitblogger bagai menyuntik semangat baru…
Dalam blog ini, saya ingin berkongsi bersama teman-teman semua cara senang dan cepat membuat website, di samping beberapa perkara penting yang berkaitan dengannya seperti cara create form, button log in dan sebagainya.
Sesungguhnya, tiada perkara yang sukar kalau kita mencuba dan terus mencuba dan yang paling penting- menuntut ilmu itu kita perlukan panduan…Semoga blog ini bakal menjadi panduan kepada anda semua…
Saya akan berusaha meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dan pengalaman di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.
Jumpa lagi

























Posted
on
Friday, April 27th, 2007 at 10:58 am under


Alhamdullilah jika ingin berkongsi ilmu tersebut…selain ktom rasanya masih ramai yg tak tahu apa itu forntpage, html dan sbgnya….keep up the good work….
April 30th, 2007 at 1:03 pmTq ktom.
May 2nd, 2007 at 8:00 amactually saya pun masih dalam proses pembelajaran…
apa yang saya tau…Insya Allah akan saya papaarkan di sini, sebagai wadah untuk semua.
Ye la, nak jadi cikgu..apply KPLI tak pernah dapat..
dapat jadi cikgu online pun ok la..:)
Frontpage ni bukan program utama dlm MS Office…tak macam Word, Excel, PowerPoint etc…hanya mereka yg berminat nak create laman web ini akan mengenalinya…adalah penting utk mengetahui asas2 HTML tags ini agar memudahkan lagi kerja2 buat website ni…walaupun ada macam2 template, kit2 yg membantu mempercepatkan proses buat website ni, tapi dgn adenya pengetahuan pasal HTML, scripting, kita lebih mempunyai kebebasan dlm mengedit sesuatu mengikut kehendak kita…teruskan berusaha
May 11th, 2007 at 12:42 am