Website Ke Blog?
Sekarang ni, mostly semua orang dah ada website atau blog sendiri. Bukan apa, situasi ini dah macam menjadi satu trend bagi kita semua.
Kalau yang mempunyai kemahiran tu, mungkin create website atau blog sendiri bagaikan 1,2,3. Tapi bagaimana dengan yang tidak ada kemahiran? Hm…jawapannya mudah sahaja. Sudah pasti mereka akan mendapatkan khidmat website designer kan…yang penting poket penuh :).
Sebenarnya, create website atau blog tidak memakan masa yang lama. Jika anda berkemahiran, masa 30minit sudah mencukupi. Dan bayangkan bayaran yang akan anda dapat untuk 30minit tersebut? Mungkin dalam RM500 ke atas. Wah! Berbaloi kan…. :). Yela, siapa tak nak?
Alasan saya tidak ada basic IT, tak pandai guna pc, tak pandai Html..bla..bla…sebenarnya inilah antara alasan yang meletakkan kita di tempat yang sama walaupun 10 tahun akan datang.
Saya pun, boleh dikatakan buta IT. Guna internet pun sebab nak cari bahan untuk buat research masa belajar dulu. Kalau tak pun, untuk buka dan baca email saja. Mungkin ini situasi biasa bagi kita yang tidak didedahkan dengan dunia IT. Tapi berlainan dengan student IT, ada di kalangan mereka yang dapat menjana wang sambil belajar menggunakan ilmu yang mereka pelajari. Bertuahnya mereka…
Ketepikan segala alasan. Nak seribu daya. Persoalannya sama ada nak ke tak nak? Itulah yang perlu kita perhalusi. Tanya diri anda…dan, berilah peluang kepada diri sendiri…
Renung-renung dan fikirkanlah…semoga ia bakal membawa kita semua ke mercu jaya.

























Posted
on
Saturday, April 28th, 2007 at 5:20 pm under


lawan blog nie…
April 28th, 2007 at 11:59 pmTeruskan usaha. Blog, sekarang ni ibarat handset suatu ketika dulu. Suatu hari nanti ramai yang akan ada blog sendiri. Jadi siapa yang tak nak berusaha celik IT maka akan makan hati nanti…
Tq Ibnu Hassim kerana sudi bagi komen…
Saya bagi award khas untuk ibnu hassim
Memang blog sekarang macam handset…semua orang berlumba-lumba nak ada blog…budak sekolah pun…
kalau masa saya sekolah dulu, internet pun tak kenal..tau nama jer..
Best ayat ni..tak celik IT, makan akan makan hati
April 29th, 2007 at 7:59 amAskm halyda,
April 29th, 2007 at 4:38 pmbetul tu…nak seribu daya tak nak seribu dalih…dalam hidup ini kita kena ada wawasan dan bertindak mengikut kehendak semasa. Kita kena peka dan berusaha bagaimana utk memajukan diri kita seiring dgn kehendak semasa. Tapi ada sesetengahnya yang masih berada dalam Zon Selesa dan sikap ini tidak mudah untuk diubah tanpa semangat jati diri yang jitu.
Betul kata Shahdila tu.. kalau nak seribu daya kalau taknak seribu alasan.
April 29th, 2007 at 6:16 pmWa’alaikumussalam Ktom dan Maizul
terima kasih kerana sudi jengok blog saya…
lepas ni boleh la kita tukar link yer…:)
sekarang saya dalam proses nak betulkan apa yang tak elok dan tak cantik dipandang…
semoga kita semua akan terus maju dan mencapai zon selesa satu hari nanti…amin
April 30th, 2007 at 8:44 amTeruskan usaha,saya pun tiada I.T tapi Ikut Teragak jek aderlahh asalkan kita minat dan berusaha.
May 5th, 2007 at 10:58 pmHello from Turkey! My Indonesian is not good but is seem like a very nice web site, thanks
March 15th, 2008 at 12:42 am