Kebebasan Kewangan
Saban hari kita disogok dengan iklan tentang kebebasan kewangan. Pulangan yang dijanjikan amat lumayan. Setiap kali pergi ke pasaraya, ada-ada je iklan kecil berkaitan dengan kebebasan kewangan diselitkan di wiper kereta. Ada ketikanya, dan sudah pasti hati kita terdetik untuk menyertainya memandangkan tuntutan hidup sekarang. Semua harga barang naik, hutang bertambah dan gaji tak juga naik. Mendengar cerita kawan-kawan yang telah menyertainya, buatkan hati kita turut bergelora untuk menyertainya……
Hm..kalau segalanya menjamin dan halal di sisi agama, tidak salah kita mencuba. Tapi kalau sudah ada fatwa yang secara terang-terangan dikeluarkan, kaji dan fikirkan semula keputusan anda untuk menyertai program seperti itu. Jangan menyesal di kemudian hari. Biasanya, orang yang terawal akan mendapat pulangan seperti yang dijanjikan, yang terakhir? Hanya menjadi sokongan dan keuntungan kepada upline dan jika untung sabut, timbullah ia.
Ok, suka sekali saya nak kongsikan apa yang saya baca ni. Tentang Perancangan Kewangan. Walau sebanyak mana pendapatan kita, tanpa perancangan kewangan…kita tak akan sedar ke mana duit itu mengalir dan bila sedar, duit dah habis
Rahsianya ialah, kita perlu sedar dan tahu dimanakah kita sekarang, hendak ke mana dan bagaimana untuk sampai ke sana?
Anda perlu tahu:
*Apa yang hendah dibuat dengan wang anda
*Ke mana perginya wang anda
*Kenalpasti cara berbelanja
*Membentuk satu perancangan perbelanjaan yang cermat
*Belanja secara berhemat dan mengikut kemampuan
*Menyimpan wang sedikit demi sedikit untuk masa depan anda
Sediakanlah perancangan kewangan ini bersama anak dan isteri anda. Agar mereka faham dan tahu apa tujuannya. Terangkanlah kepada mereka motif dan tujuan utama perancangan anda ini…..agar mereka tidak bersangka buruk seperti menuduh anda telah berubah atau mendjadi kedekut
Ini akan menjadikan anda lebih akur dengan perancangan dan dapat membentuk kemahiran perancangan dalam diri anak-anak anda pada peringkat umur yang masih muda.
Selamat mencuba:)

























Posted
on
Tuesday, April 17th, 2007 at 10:03 am under


Dalam usaha merancang kewangan keluarga terutamanya untuk anak-anak, tercari-carilah kita maklumat dan info supaya kita sentiasa berada dalam landasan yang betul. Justeru itu saya ingin berkongsi satu laman yang baik, penuh dengan informasi dan menawarkan perkhidmatan perancangan kewangan. Lawatilah http://www.simpanduit.com/.
May 11th, 2007 at 12:28 am