Majlis Fatwa-Pelaburan saham melalui Internet haram
Pagi ini saya dapat emel tentang pelaburan saham melalui internet lagi…sebenarnya dah banyak kali dapat emel macam ni. Tapi kali ni lain sikit. Paparan muka depan tentang haram pelaburan internet di Utusan Malaysia.
Seperti biasa Swiss Cash sentiasa mendapat perhatian dalam topik ini. Lebih kurang RM200 juta telah dilaburkan oleh 50,000 orang pelabur Swiss Cash. Satu jumlah yang amat besar.
Beberapa hari sebelum ini, saya ada juga terdengar ura-ura mengatakan pelaburan seperti Swiss Cash, Empay.Com, Winli Fund.Com telah di block oleh kerajaan. Ramai juga kawan-kawan saya yang melabur mengeluh kerana masalah ini. Yang menjadi mangsanya adalah mereka yang buru memulakan pelaburan.
Bagi yang dah dapat modal dan pulangan tu, tentu tak terasa sangat kan…tapi ada juga pendapat mengatakan Swiss Cash mengapungkan (float) dulu duit keuntungan pelaburan…sebab kerajaan dan block akaun di Maybank. Mungkin dalam bulan Oktober barulah diberikan semua sekali. Ada yang menyatakan duit tu telah ditukarkan ke saham. 1USD = 1 saham. Wallahu A’lam
Semoga dengan tersebarnya fatwa ini dapat menyedarkan kita semua dan dapat menyelamatkan orang Islam dari terlibat dalam pelaburan yang tidak menjamin ini.
Apa kata lepas ni kita sama-sama memeriahlan perniagaan internet pulak? ![]()

























Posted
on
Friday, April 13th, 2007 at 3:49 pm under

