26 Apr

Update blog

Malam ni saya hanya menghabiskan masa untuk update blog lagi. Maklumlah….sebelum ni saya hanya biasa buat website sahaja dan prosesnya taklah seteruk macam baru nak mula buat blog. Dalam bidang pemasangan blog WP ni, saya zero :). Tak ada asas langsung. Kalau dulu, hanya tau guna blogspot saja. Main taip saja. Lagipun free :)
Tapi hati ni terasa nak ada dot com sendiri :). Bolehla kita control sendiri apa yang kita nak buat. Lagipun rasanya lebih selesa dan nampak profesional :).

Saya mula terbuka hati nak pasang blog sendiri ni bila terserempak dengan ebook zul (smartusaha.com). Niat untuk pasang sendiri tu dah lama ada, tapi tindakan tu lambat sikit :(. Bila hati dah terbuka, saya terus beli ebook ni. Banyak panduan menarik dan senang diikuti. Tambahan pula di dalamnya terdapat bonus ekslusif dan video yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada newbie baru seperti saya.

Setiap langkah yang diberikan, kalau diikuti satu persatu memang memberikan hasil yang membuatkan anda sendiri bangga dengan diri anda :) (macam saya la…tersengih jer bila apa yang saya buat menjadi)..bangga la tu. memang pun..

Namun yang pasti, dengan pembelian ebook ini, anda tidak akan terkontang-kanting sendirian. Seperti saya, anda akan disupport sepenuhnya melalui forum dengan bantuan forumers yang mesra membantu :)

Panduan dan bantuan daripada ebook dan forum tersebut telah membantu saya dan blog inilah hasilnya. Terima kasih bebanyak.

Kepada mereka yang berminat nak ada blog sendiri, tapi masih keliru, inilah peluang anda. Rebutlah apa yang ada di depan mata anda. Lewat bertindak bermaksud anda berada dibelakang. Saya teringat kata-kata seorang usahawan internet yang berjaya, lebih kurang begini kata-katanya “Jika anda selalu melayari internet, tetapi anda tidak mendapat keuntungan daripadanya, bermakna anda adalah orang yang rugi”

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply