Content In Your Website
Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua…
Semalam saya sempat jalan-jalan ke blog kengkawan dan rata-rata memperkatakan tentang Pirates of Caribbean 3: At World’s End. Malah ada yang dah tengok citer tu malam tadi
Kalau anda berkesempatan dan mempunyai masa yang terluang, tengoklah citer tu. Ini adalah bahagian terakhir…
Ok kita sambung kembali tentang membangunkan laman web dan keperluannya. Jika hari tu kita dah tengok bagaimana cara untuk menjadikan sesebuah website itu consistent, hari ini kita lihat dari segi content (kandungan) pula.
Content merupakan perkara yang paling penting dalam membangunkan sesebuah website atau blog. Perkara atau sebab utama orang ramai melayari internet adalah untuk mencari maklumat. Sebagai website designer, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab anda untuk membekalkan informasi yang diperlukan itu.
Di sini saya berikan beberapa tips untuk anda.
- Letakkan maklumat penting di sebelah atas page website anda. Maksudnya, apabila ada visitor berkunjung, mereka akan terus nampak maklumat tersebut. Tak perlu scroll down.
- Berikan atau sediakan content yang bernilai di setiap page.
- Kebanyakan visitor malas hendak membaca teks anda. Kecuali yang penting bagi mereka. Mereka hanya scan atau baca sekali lalu sahaja. Jangan banyak merapu.
- Gunakan bullet sebagai overview bagi key point anda. Ini menjadikan content anda lebih senang untuk di digest.
- Elakkan menggunakan perkataan terlalu banyak.
- Cubalah untuk menggunakan tidak leboh 15 perkataaan dalam satu line.
- Berikan link yang boleh membantu pelawat anda.
- Pastikan content pada website anda sentiasa up to date.
Ok, itu adalah sebahagian tips yang boleh saya berikan. Jika anda mempunyai idea atau tips yang lain, bolehlah kita kongsi bersama ya. Moga jumpa lagi…
P/s-Jangan lupa tengok Pirates of Caribbean 3: At World’s End

























Posted
on
Thursday, May 24th, 2007 at 9:22 am under

