Make Your Website Consistent
Dalam kehidupan yang kian mencabar ini, semua bersaing untuk mencapai keinginan yang tersendiri. Untuk mencapainya, kita perlu berusaha. Usaha yang gigih dan consistent (berterusan) sudah pasti menjamin sesuatu yang indah.
Begitu juga dengan usaha kita membangunkan laman web atau blog. Segalanya tidak akan menjadi kalau hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Bermula dengan mengenali tool untuk design dan kita akan berakhir dengan promotion. Namun segalanya tidak terhenti di situ saja. Usaha anda masih diperlukan supaya website anda sentiasa maintain dan up to date.
Ok, kita kembali kepada tajuk di atas. Adalah amat penting untuk memastikan website anda consistent. Ini bukan sahaja memberikan personaliti yang baik pada website anda, malah dapat menyenangkan pelawat anda.
Biasanya website yang consistent mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Design pages berpandukan kepada resolusi skrin terendah- 640 x 480 pixel.
- Font dan warna font yang digunakan adalah sama.
- Jangan terlalu banyak mencampur adukkan font.
- Warna background anda hendaklah sentiasa sama bagi setiap page.
- Logo anda hendaklah dipaparkan pada tempat yang sama bagi setiap page.
- Pastikan image style anda adalah standard.
- Sistem navigasi perlu diletakkan di setiap page website.
- Apabila anda sudah pelajari kod HTML, bina page templat dan gunakannya sebagai blueprint untuk setiap webpage anda.
semoga ciri-ciri yang diberikan ini dapat membantu anda membina website yang consistent. Jika website yang dibina tidak cocsistent, kemungkinan besar ia akan menyusahkan pelawat. Contohnya, jika sistem navigasi tidak diletakkan di semua page, pelawat akan hilang arah. Tak tahu ke mana arah nak dituju.
Website yang baik adalah website yang sedap mata memandang dan friendly users. Jadi jika anda mahukan pelawat anda berkunjung lagi ke website anda, binalah website yang consistent

























Posted
on
Sunday, May 20th, 2007 at 10:24 am under


Jangan terlalu banyak mencampur adukkan font.
Maaf ye?
Tapi dalam blog ShahDila ni, ada lebih 5 jenis font yang berbeza
Re-check ye?
Salam kenal!
May 21st, 2007 at 1:49 pmwaaaaaaaaa…. cute blog laaa. selamat maju jaya
May 21st, 2007 at 6:31 pmTq mohdismail dan abdfatah…
May 22nd, 2007 at 9:09 amhehe ada 5 jenis font yer?
actually saya just taip dan segalanya ikut setting default wordpress. sebab masih baru berblog dan masih tercari2 mana la nak setting font…anyway terima kasih atas komen yang membina dan ini membuktikan..ada yang baca penulisan saya ni…
hi adilla,
semakin bertambah kemas laman awk ni ye dan postnya juga amat menarik… tahniah
May 22nd, 2007 at 10:48 amtak mengapa.. belajar perlahan2.. banyakkan membaca tips2 dari blog luar sana..
berkenaan link.. kalau tak keberatan, buangkan ‘blog’ dibelakang tu, tinggalkan www.mohdismail.com sahaja
ia akan direct ke tempat yang sama
he he.. * banyak songeh aku ni
May 22nd, 2007 at 1:15 pmWas here from MohdIsmail … dia kata blog ni dimiliki oleh seorang gadis .. maka seorang lelaki ni pun berminat gak nak melihat-lihat
May 22nd, 2007 at 3:53 pmboleh jer mohd ismail.
apa salahnya…nanti saya delete perkataan blog tu yer :).
Untuk azwan dan profid,
May 23rd, 2007 at 8:58 amtq bebanyak sudi singgah blog saya yer..
nanti boleh tukar link yer.
saya dah add link azwan dan profid dalam blog saya ni…