Di Manakah Aku 3 Tahun Lagi….
Pagi ni saya banyak menghabiskan masa menjenguk blog kengkawan. Dan dikesempatan ni jugak saya amik untuk bertukar link dengan AbdFatah dan Mohdismail. Seronok gak berjalan-jalan di alam maya ni…:)
Destinasi yang sentiasa saya kunjungi setiap kali on pc ialah blog sifu saya. Saya sentiasa menceduk dan mengutip ilmu dari blog beliau. Tulisan dan pandangan yang diberikan bernas dan sentiasa boleh digunapakai….(ada komisyen tak untuk promosi nih?
)
Tulisan Zul hari ni betul-betul membuka hati dan minda saya. Membuatkan saya terfikir sejenak…di mana agaknya saya 3 tahun akan datang? Tenggelamkah? Timbulkah?Atau berkubur begitu sahaja….Namun seperti kata Zul, segalanya bergantung pada usaha dan tindakan pada hari ini. Kesungguhan, kesabaran dan Konsisten akan menentukanya.
Tempoh 3 tahun merupakan tempoh yang sesuai. Tidak terlalu cepat dan tak terlalu lama. Bagi saya, tahun pertama (2007) merupakan tahun dimana saya akan bermula dan belajar sedikit demi sedikit disamping mencedok ilmu daripada IM yang dah berpengalaman. Berkongsi ilmu dan mula mengaplikasikan apa yang dibaca, didengar dan dilihat.
Usaha ini akan berterusan sehingga tahun kedua. Mungkin pada masa ni saya dah mula mengeluarkan produk sendiri di samping aktif dengan affiliate atau adsense…siapa tau..segalanya bermula dengan hari ini…perancangan rapi dan tindakan yangbijak adalah penentu segalanya…di samping doa dan tawakkal yang tiada penghujungnya..
Dan tahun ke tiga adalah tahun di mana saya mula mengukur dan mengkaji balik segala usaha yang telah saya lakukan….di manakah saya? Masih di tahap tahun pertama, tahun ke dua atau sudah melangkah jauh ke hadapan bersama pencapaian yang boleh dibanggakan? Mungkinkah 3 tahun lagi saya dah boleh mengukir senyum dan mengecapi kejayaan hasil dari penat lelah pada hari ini atau blog ini dah berkubur tanpa nisan….segalanya mungkin.
p/s-Post ni saya taip semalam. Tapi tak sempat nak publish.

























Posted
on
Wednesday, May 23rd, 2007 at 10:08 am under


Ya .. siapa tau, kita hanya merancang. Tapi pastikan rancangan itu ada target2 yg ingin dicapai.
Thanks for the link. I akan add accordingly nanti
May 23rd, 2007 at 12:55 pm3 tahun lagi
May 23rd, 2007 at 1:22 pmermm.. masih menulis & mahu lebih dikenali.. yeah!
ya betul…rancangan yang ada target untuk dicapai..
May 23rd, 2007 at 3:14 pmmoga 3,4,5,6 tahun akan datang blog kita semua sentiasa segar bugar dan semakin mendapat perhatian daripada semua.
semakin dikenali dan semakin berjaya…
Semoga makin suksek blog ini dan nampaknya tahun ini merupakan tahun pertama bagi saya juga.
May 23rd, 2007 at 3:23 pmsemoga 3 tahun lagi, blog ini masih wujud dan terus menulis. good luck.
p.s: komen2lah blog kawan2 untuk terus diingati.
May 24th, 2007 at 8:22 amTq Kasyah & Noorizam.
May 24th, 2007 at 8:30 amInsyaAllah blog ni akan terus wujud dan memberi sesuatu yang berguna untuk semua. Actually susah dan sukar jugak untuk terus maintain kan…namun semangat dan sokongan dari teman2 blog semua membuatkan saya semakin teruja untuk meneruskan usaha ini…salah satu cara saya untuk bertapak ialah tinggal komen di blog orang lain…:)
Bila kita target sesuatu tapi tak tercapai, lagi-lagi sudah tiga tahun, adakah ia menunjukkan kita gagal?
Soalan ni begitu subjektif. Namun bagi saya, kita perlu mengukur pada diri sendiri. Kadang-kadang, sesuatu yg kita buat tu mungkin tak sesuai dengan diri kita dan mungkin perkara lain lebih sesuai untuk kita. Atau mungkin kita perlu kurangkan kesilapan untuk berjaya. Tapi ‘masalahnya’, tafsiran kejayaan itu sendiri pun juga subjektif…
Tiada siapa yang tahu, melainkan kita mencuba sesuatu.
Jadi, selain berusaha dan terus berusaha, mungkin kita perlu merubah arus usaha yang dilakukan. Jangan takut untuk berubah.
Saya tertarik dengan kata-kata Azizi Ali yg bunyinya lebih kurang begini, “tiada undang-undang hakiki untuk sesuatu perkara. Buat apa yg anda mahu…”.
Pendek kata, 3 tahun atau apa-apa tahun pun, ia cuma “angka”. Hakikatnya, kita perlu terus berusaha dan mencuba…
Hidup, terlalu subjektif.
“To Halyda, semoga berjaya deh. Ore kelate tu kan pandai berniago”.
May 24th, 2007 at 12:52 pmWah..sifu berkunjung ke blog saya..
terima kasih bebanyak sudi meluangkan masa singgah kat sini. Terasa seronok jer bila tengok ada komen dari smartzul…
Tq untuk kata semangat…ore kelate memang panda nego…tapi akan lebih umph kalu ada tok guru yang tak kedekut ilmu mcm zul
May 25th, 2007 at 8:08 am