Mtest Dan KPLI
Hari ni saya bangun awal pagi…maklumla nak gi exam…Sejak dari malam tadi lagi tak lena nak tidur sebab asyik teringatkan exam tu jer. Mungkinkah ini kali yang terakhir atau saya kena berdepan dengan exam ni lagi tahun depan…Rasanya diri ini sudah tidak mampu bertemu dengan Mtest lagi tahun depan
Soalan yang diberikan kebanyakannya sama sahaja dengan soalan-soalan lepas. Tapi masalahnya, kalau saya tak tahu jawapan yang betul bagi soalan tahun lepas, macam mana nak pastikan yang jawapan saya pada tahun ni betul?
Penat jugak jawab exam tadi…Walaupun begitu, saya tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tak dapat, mungkin dah bukan rezeki saya. Mungkin rezeki saya terletak pada blog ni atau perniagaan internet atau kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. InsyAllah.
Ramai jugak saya jumpa dengan muka-muka lama. Maksud saya yang dah try exam ni dah hampir 3,4 kali jugak.
Kekadang hati ini tak berapa faham dengan sistem pemilihan dia…tak kesian ke dengan calon yang dah 4,5 kali ambil exam ni? Ada akak yang saya jumpa tu dah 30 tahun dan dah ambil exam ni 4 kali, dan dah apply KPLI hampir 7 kali. Tapi masih tak dapat jugak. Sebelum ni KPLI tak mewajibkan Mtest, cuma 4 tahun kebelakangan ni sahaja ia menjadi satu kewajipan.
Ok lah, banyak la pula pasal Mtest dan KPLI ni…jumpa lagi
Viewed 3849 times by 1639 viewers
























Posted
on
Saturday, May 26th, 2007 at 3:30 pm under


Mtest and KPLI ni exam apa huh?
May 27th, 2007 at 12:30 amMtest tu Malaysian Teacher Selection Test. kalau nak masuk kursus perguruan lepas ijazah kena amik exam ni…biasanya ramai yang dipanggil exam tapi yang dapat interview hanya satu pertiga jer…
May 28th, 2007 at 1:11 pmBiasanya exam Mtest dan KPLI ni popular dikalangan graduan nganggur dan yang baru habis belajar.
oh, nak jadi cikgu rupanya ..
May 29th, 2007 at 7:29 pmCita-cita cam tu ler…
May 30th, 2007 at 6:59 amDah lama jadi cikgu tuisyen, hajat di hati nak jugak jadi cikgu yang betul…
Tak sabar tunggu bulan 7,8. Sama ada dapat interview ke tak…
hai Adila…
dah dapat lum KPLI? Kalau belum, yg ambilan Jan 2009 dah apply lum? Saya pun kalau tak silap ni kali yang ke-4 apply…masih lum ada rezeki.
April 17th, 2008 at 4:09 pmhoho..pinah…
Tak dapat lagi.
tahun ni tak apply la…
Semooga Pinah berjaya untuk ambilan 2009 nanti. Insya Allah
April 18th, 2008 at 5:31 amInsyaAllah. harap2 dapat lah…dah lama sangat tanam anggur ni. kalau berbuah, boleh jual…ni tanam dah bertahun, tak berbuah jugak..hehe (paham ke apa yg Pinah cakap ni???)
April 23rd, 2008 at 1:23 amFaham…
Saya harap Pinah dapat la tahun ni. Ada rezeki tak ke mana kan…
Tanam anggur…huhuhu…tapi buahnya tak nampak.
April 23rd, 2008 at 10:57 ambanyak yg salah faham , x sume ambil KPLI sebab x de keje , aku apply utk dpt lebih masa dgn family, keje private gaji da besar tp x d masa dgn family.
January 27th, 2009 at 12:44 pmhehe kpli ambilan jan 2009 alhamdulillah da dpt, 1 st try je ni
ye la. Tak tau cam ne nak jawab soalan mtest ni. kalo ada TIPS OK GAK.
March 12th, 2009 at 12:03 pmhi ip teknik cheras.
March 24th, 2009 at 2:55 pmBoley share tips utk lulus Mtest n interbiu.
1st try terus dapat mmg gempak nie.
Aku pn nak try tahun ni.
No point aku kerje keras tapi totally no time ngan family.
Dah 3 kompeni aku kerje, semuanya sama.
Sampai kat rumah pn buat kerje lagi.
salam smue.hye saya bru apply kpli n first time ambk..
March 25th, 2009 at 2:56 pmermm..sya check n kne exam ari sabtu ni 28/o3/2009..ermm..sya xde idea lngsung pasal exam ni..huhuhuh…biler bce kat laman web yg bkaitan ramai yg kata ambk more than sekali….risau r..huhuhu
so nk bcer apa yerh?:(
Bacalah, Iqra’bismirobbikalllazikholaq.
March 26th, 2009 at 2:18 pmsaya nak amik mtest ni esok…kali kedua…buat je yg terbaik…saya doakan anda dan termasuk saya skali berjaya memasuki program KPLI ini..InsyaAllah.
March 27th, 2009 at 3:02 pmem..hari tu dh amek mtest..agak2 bila result keluar ye?ada sapa2 tau?please share..tq2..
March 30th, 2009 at 1:16 pm