16 Jun

MGTT And HTML

Semalam saya ke klinik. Untuk buat Meal Glucose Tolerance Test (MGTT). Diabetes test untuk pregnant women. Sejak dari malam lagi saya kena berpuasa. Pagi-pagi lagi saya dah memunculkan diri di klinik tu. Punya la lama kena berkampung kat klinik tu. dari pukul 8 hingga 11pagi. Test tak banyak, tapi memakan masa lama. Mula-mula kena amibil darah dulu, lepastu kena minum segelas air gula yang tepu. Kena tunggu 2 jam. Sebab dia nak tengok paras gula dalam darah sebelum dan selepas pengambilan air gula tu.

Nak tau rasa air gula tu??? Fuyyo…tak tergambar dengan kata-kata. Kot ada rasa oren boleh gak minum dengan sesedapnya..Kot saja-saja nak minum memang tak minum la…tapi dah terpaksa. Sebab abah saya ada history diabetes.

Ok, pagi yang indah ni, saya nak berkongsi cerita pasal tag HTML. Melalui pengalaman saya yang bukan dari bidang IT, HTML adalah bahasa yang sukar untuk difahami pada mulanya tetapi senang untuk difahami kalau kita meluangkan masa untuk berkenalan dengannya. Macam bercinta, kekadang orang yang kita benci tahap karma itulah yang akan kita cintai bagai nak rak… :)

Kita kenal-kenal dulu dengan tag dia. Ini simbolnya. < >

  • Biasanya tag ni didatangkan berpasangan </>. Untuk start dan akhir.
  • Contohnya <B> teks anda akan di bold kan. </B> ini akan menghentikan command untuk bold teks tadi.
  • Untuk underline perkataan atau frasa, just put <U> sebelum frasa dan </U> ditempat dimana anda mahu ia berakhir.
  • Tag ini kita jarang lihat. <STRIKE>. Cuba teka ia untuk apa?? - Adila. Adilla
  • Untuk control warna background pada webpage, kita perlu gunakan BODY TAG. Contohnya:

<BODY BGCOLOR=”#FFFFFF” text=”#000000″ link=”blue” vlink=”#999999″>
Tiap satunya adalah seperti di bawah.

  • BGCOLOR
    background color untuk page.
  • TEXT
    color untuk text pada page.
  • LINK
    hyperlink color untuk non-visited links.
  • VLINK
    the color untuk visited links.
  • Hyperlinks:
    Internal Link. Untuk membuat link ke page lain pada website, gunakan tag ini
    <A href=”internal.htm”>Internal Link</A>
    Ia akan kelihatan seperti ini:
    Internal Link. Ini dipanggil relative link.External Link. Untuk membuat link ke page lain pada website yang berlainan, gunakan tag ini
    <A href=”http://www.google.com/”>External Link</A>
    Ia akan kelihatan seperti ini:
    External Link. Ini dipanggil absolute link.
  • Image: Untuk paparan fail imej an image (gif or jpeg) gunakan Tag seperti ini:
    <IMG src=”gerbils.gif”>
    Imej akan kelihatan
    gerbils.gif
  • Star Color: Untuk menggunakan warna pada Webpage pastikan anda menggunakan browser safe color and use a tag like this:
    <FONT COLOR=”#008000″>COLOR</FONT>
    Ia akan kelihatan seperti ini:
    COLOR - #008000 adalah nilai hexadecimal untuk HIJAU.
  • E-mail: Untuk membuat link e-mail, gunakan tag seperti ini:
    Please send any comments or suggestions to
    <A href=”mailto:halyda_6@yahoo.com”>Me</A>.
    Ia akan kelihatan seperti ini.
  • Please send any comments or suggestions to Me.

Sebenarnya, ramai yang merasakan bahasa komputer ni tak penting, lantaran ia boleh dihasilkan secara automatik dengan penggunaan Frontpage, Wordpress, Blogspot dan banyak lagi. Tapi, memehaninya adalah satu bonus untuk kita semua. Ia berguna semasa nak edit css.

P/s-Nak bersiap untuk ke department trip husband saya. Anak saya dah tak sabar-sabar nak mandi kolam tu…

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

5 Responses to “MGTT And HTML”

  1. KBloggers Says:

    Terima kasih atas segala info. Kena hafal perlahan-lahan.

  2. halyda_6 Says:

    Sama-sama. Kot selalu guna, kita akan biasa dengan bahasa dia. Tak pe, perlahan-lahan. Saya pun dalam proses belajar gak :)

  3. kaSyah Says:

    Sis, tgh pregnant ke? dah berapa bulan sekarang?

  4. ktom Says:

    Terima kasih Adila..patut ler…bila kita save and continue editing, selalunya akan keluar symbol2 cam tu sebelum dia betul2 tunjukkan apa yg kita taip tu.. Jadi symbol tu di panggil tag ya…..hehehe..kini baru ku tahu..

  5. halyda_6 Says:

    Kasyah-Yup! I’m pregnant. Dah masuk 6 bulan. Second baby. Tak sabar nak nunggu kelahiran baby ni…

    Untuk Ktom, itu la tag Ktom. Saya dulu pun tak tau. Dalam hati ni selalu je menganganggap benda ni tak der guna dan menyemak jer…Tapi bila dah tau, dah kenal dan dah cinta, barulah mula memahami dan manyayangi…

Leave a Reply