02 Jun

Reminder untuk jadual waktu

Membuat jadual waktu merupakan satu cara yang paling efektif untuk menguruskan masa dalam melakukan sesuatu tugas. Dengan cara ini juga, kita mudah untuk membuat perancangan agar kerja-kerja lebih teratur dan tersusun. Secara tidak langsung kualiti kerja kita juga turut meningkat. Oleh kerana saya bekerja di sektor R&D sebuah syarikat multinasional, setiap tugasan yang perlu disempurnakan terikat dengan datelines yang ketat.

Baru-baru ini, seorang leader di ofis saya itu bertanyakan bagaimana ingin membuat reminder bagi jadual waktu bagi kumpulannya. Oleh kerana dia turut mempunyai 5 orang anak buah, jadi agak sukar untuk dia mengetahui tugasan-tugasan yang perlu disiapkan oleh kumpulannya secara keseluruhan. Dia memberikan contoh fail dalam Microsoft Excel format yang mengandungi jadula waktu tersebut. Saya juga lebih gemar membuat jadual waktu untuk tugasan saya mengunakan program Microsoft Excel kerana kotak-kotak yang tersedia memudahkan kita untuk membina jadual (table). Walaupun melalui program Microsoft Outlook, kita boleh membuat reminder ini (dalam fungsi Calender), tetapi ia tidak dalam bentuk mudah-lihat terutama kalau kita ingin melihat kesemua jadual waktu untuk tempoh seminggu atau sebulan umpamanya seperti contoh dalam gambar di bawah.


Oleh kerana minat di dalam bidang programming ini walau pun kerja saya kini tidaklah melibatkan dan memerlukan pengatahuan ini, saya pun sudi membina program reminder untuk rakan ofis saya itu. Saya menggunakan Visual Basic untuk membina program ringkas ini. Konsep program ini akan adalah membaca teks-teks yang tertulis pada jadual di dalam Excel sama ada di dalam cell atau pada nota bagi cell itu. Contohnya, seperti di dalam gambar di atas, “Training” adalah teks untuk merged-cell yang terletak pada kolum tarikh yang bermula pada 4-Jun hingga 13-Jun. Jadi program yang dibina ini akan memaparkan mesej reminder pada bermula 4-Jun nanti setiap hari sehingga 13-Jun.

Program ini mempunyai setting tertentu seperti bila masa reminder ini akan dipaparkan. Kita juga boleh setkan yang reminder itu akan dipaparkan beberapa hari sebelum sessuatu dateline. Ketika ini saya baru membuat dua jenis reminder iaitu reminder untuk schedule dan reminder untuk senarai tarikh kerana ada juga seorang rakan ofis meminta tolong buatkan reminder untuk senarai tarikh luput bagi kalibrasi peralatan-peralatan yang digunakan dalam ofis kami.

Program ini disetkan supaya ia akan diloadkan secara automatik bila kita login ke dalam Windows. Kemudian ia boleh dipanggil melalui ikon yang terletak di system tray.

Oleh: Shah

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply