19 Jun

Sony EMCS-Department Trip

Hari Sabtu dan Ahad lepas, saya ikut husband ke department trip yang bertempat di Tiara Beach Resort, kat PD. Setelah 2 minggu anak saya menunggu…

Best jugak, merehatkan fikiran sambil menikmati, melihat telatah dan keriuhan anak-anak kecil yang bermain dan mandi manda kat kolam. Yang paling seronok sekali anak saya la, Muqri Rahimi. Mandi sampai menggigil kesejukan. Itu pun tak nak naik lagi. Still dok berendam…dengan pelampung dia.


Muqrie Rahimi

Tempat ni sesuai untuk family. Kolam pun besar. Ada 3 biji kolam. 1 untuk kanak-kanak dan 2 untuk dewasa. Pengunjung bebas memilih untuk berada di kolam mana satu. Tak ada syarat tetap.

                                Bilik dia pun best jugak…Luas…service pun ok.

Seronok berada di sini. Anak saya sampai sekarang dok merengek nak pergi department trip lagi. Kekadang saya terfikir, apa la yang dia faham dengan perkataan department trip tu. Ye la, umur dia baru 2 tahun 7 bulan. Melalui cara dia bercerita saya dapati bahawa department trip tu membawa maksud mandi kolam.

 

Dinner malam tu pun best jugak. Makanan pun sedap-sedap.


Muqrie tidak melepaskan peluang untuk berkaraoke.


Ini gambar kenang-kenangan kami sekeluarga.Besoknya (Pagi Ahad), Muqrie bangun pagi-pagi lagi, terus minta mandi kolam. Baru pukul 7 pagi. Tapi disebabkan dia mengamuk dan menangis-nangis nak turun mandi, terpaksalah kami turun sama. Breakfast pun tak nak, mata dok melekat pada kolam yang luas terbentang.


Akhirnya si comel saya tidur kepenatan. Jap lagi dah nak check out. Cuma tunggu dia bangun je. Semoga lepas ni Sony akan mengadakan department trip ke tempat yang lagi best.Dan mungkin satu hari nanti saya dan family akan bertandang ke Tiara Beach Resort ini untuk kali yang ke dua…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

8 Responses to “Sony EMCS-Department Trip”

  1. dr aura Says:

    Semoga keriangan dan keseronokan di sana membawa lebih banyak kebahagiaan buat adila dan keluarga. Kalu ada masa leh lah datang ke Terengganu Darul Iman, Negeri Cantik Budaya Menarik. Aku juga nak bawa family jalan-jalan ke Langkawi..membahagiakan keluarga adalah satu tanggungjawab. Kekalkan keharmonian ini..hanya padaMu ku pohon…

  2. halyda_6 Says:

    Terima kasih Dr aura. Insya Allah, kalau dipanjangkan umur, kami sekeluarga akan sampai ke Terengganu. Memang seronok gi jalan-jalan sambil bercuti dengan family. Dan yang paling gembira sekali, anak-anak la kan…Best jugak tu gi Langkawi… :)

  3. kaSyah Says:

    Wow pegi Tiara ke sis. Saya pernah gi sana. ada buat famili trip. memang seronok. macam water thme

  4. halyda_6 Says:

    mm, betul tu Kasyah…macam water theme…memang seronok kat sana, especially my son.

  5. ktom Says:

    Comelnya Muqrie tu…hmmm Ktom dpt rasakan kegembiraan tu…hehehe awak sihat ke Adila? Takde morning sickness ke?

  6. halyda_6 Says:

    Tq Ktom. Itulah penawar hati saya, penghilang sunyi dan penceria hidup saya. Dah habis dah morning sickness tu. masa awal2 ngandung teruk gak demam dan asyik selsema jer. Tak lalu makn. Tapi kali ni bezanya, tak muntah sangat la. Compare masa ngandungkan Muqrie. Tapi asyik nak makan mee je tiap hari…nasib baik Muqrie pun penggemar mee..

  7. zaki Says:

    hmmm mandi swimming pool memang cam tu….anak2 aku kalau mandi, macam tak ingat nak naik balik, walaupun dah menggigil macam apa tak tau…

  8. halyda_6 Says:

    Budak la katakan..anak2 zaki dah besar yer…seronok tengok anak2 develpe dan growing up kan… :)

Leave a Reply