06 Jul

Halal????

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini…semoga kedatangan Jumaat ini memberi seribu ketenngan dan kedamaian untuk kita semua….

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan sesuatu yang boleh mengancam kita semua umat Islam…

Di saat kita semua berperang dengan isu halal haram…ada pihak ke tiga yang mengambil kesempatan…

Emel ini saya terima 2 hari lepas…

Cuba anda perhatikan apa sebenarnya tin makanan di bawah?
Pork Mince With Bean Paste…

Cuba anda perhatikan di bahagian bawah tin yang bertanda arrow berwarna merah….
Tanda HALAL..

Inilah pertama kali saya mendengar dan melihat khinzir yang dihalalkan..Macam manalah perkara iniboleh terjadi. Sedangkan kita semua tau, Al-Quran secara terang lagi bersuluh mengatakan bahawa haiwan yang seolah-olah tak ada leher ini haram untuk orang Islam…

 

 



Hm…selain daripada itu, ada satu lagi minuman keluaran terbaru Carlsberg yang boleh membahayakan dan mengelirukan kita semua, umat Islam khasnya…Minuman tin terbaru ini berperisa LEMON dan ORANGE. Tinnya tak ubah sama seperti minuman Coca-Cola, F&N, Drinho, Yeos dan bayak lagi…

Apa yang membimbangkan, jika ia dipasarkan secara meluas (itu sudah tentu…) dan ada umat Islam yang turut membeli minuman tersebut. Ye la, kalau dah dimasukkan dalam peti ais bersama minuman lain…mungkin ada yang teruja untuk mencuba minuman baru… Tambahan pula perkataan ‘CONTAINS ALCOHOL‘ hanya ditulis kecil sahaja di bahagian belakang tin.

Inilah helah dan muslihat pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memusnahkan umat Islam…Tapi yang hairannya, macam mana boleh terlepas yer…Adakah pihak JAKIM terlepas pandang atau pejam mata semasa memandang?

Apa-apa pun, sebarkanlah kepada insan tersayang dan seluruh saudara mara dan sahabat handai. semoga Islam terus terbela dan jangan biarkan kita diperkotak katikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

10 Responses to “Halal????”

  1. zaki Says:

    Benda macam nie memang bahaya. At least aku ada kesedaran pasal benda macam nie (sbb dah extra cautious waktu blajar kat UK dulu, dan even though kita duk kat malaysia, tak semua benda yang ada halal. Tak semua benda yang tertera halal di label nye betul2 halal. Byk manufacturer yang main letak je tanda halal semata-mata utk dpt market share orang Muslim.

    ORANG ISLAM di Malaysia perlu lebih sensitif, berilmu dan sedar tentang hal ini.. Jgn percaya bulat2 pada tanda dan label halal yang mungkin telah dimanipulasi….

  2. Antabax Says:

    jolly shandy tu bagi dah biasa nampak or tgk, leh tau dia mmg ade alcohol sket. tapi halal pork nie …. crazy man !

  3. shutterspeaks Says:

    tulisan jawi di hapadan…

    hemm.. sejak bila plak ba alif ba ya jadik halal plak nehh.. gila ka apa…

    pasal JAKIM tuh… saya rasa ini disebabkan oelh kuasa politik jauh lebih tinggi dari kuasa agama…

  4. azwanhadzree Says:

    Mana tahu kalau ia betul2 telah ‘transformed’ ke b-a-b-i yang halal …kah.x3 .. gara2 transformers.

    Mungkin betul juga kata shutterspeak, ada kuasa yang lebih tinggi yg kita tak nampak … ye lah, dah ada Islam, kenapa tak promote Islam sahaja. Kenapa perlu ada had-hari? kenapa perlu ada perkampunagan …

  5. halyda_6 Says:

    percaturan politik dan kehendak mereka yang berkuasa mengatasi segalanya…

    kekadang terfikir…mengapa semua ini tidak mendapat pembelaan dan perhatian dari pihak2 yang sepatutnya…amanah yang diberikan janganlah digunakan untuk kepentingan…kepercayaan yang diserahkan janganlah dihancurkan….

  6. zool Says:

    Adakah mereka ingin mempersendakan JAKIM???

  7. mixterr Says:

    jolly shandy tu dah byk org kite yg minum dieorg kate halal.. nasib baik aku tak try..

  8. halyda_6 Says:

    ntahla…macam mana pulak yer…kalau yang memang terang lagi bersuluh tu ada alkohol boleh dikatakan HALAL??? Tepuk dada, tanya IMAN

  9. kent Says:

    betul tu, sejak bila lah si pinky ni dapat label HALAL, melampau sungguh…JAKIM kena pantau perkara ni supaya tak melarat.nanti lebih banyak product keluaran syarikat2 yang tak bertanggungjawab dipasaran.lebih teruk kalau si pinky ni fdi transform namanya jadik chicken pork …:(

  10. halyda_6 Says:

    haha..chicken pork…bunyi macam halal jer…tapi jangan terpedaya dengan perkataan chicken di hadapan tu…harap-harap kita semua diselamatkan dari termakan benda-benda haram ni…

Leave a Reply