Man That You Loved…

Apa tanggapan pertama anda dengan gambar lelaki di atas?
- Merayu
- Meminta
- Mengharap
- Menyerah
Yang mana satu jawapan anda…kesiankan tengok muka dia…macam nak nangis jer….
Peringatan dan nasihat kepada para gadis di luar sana, jangan cepat terpengaruh dengan situasi sebegini. Mungkin lelaki ini sedang menggoda sang gadis dengan pujuk rayu dan kata manis (ayat power la tu beb…). Atau mungkin sedang memujuk sang kekasih bayar hutang dia…(fuh…memang tak gentle langsung…)
Tadi saya ada terbaca satu artikel tentang lelaki. Teringin nak berkongsi di sini…
Kepada para gadis yang sedang mencari pasangan, awasilah 8 perkara di bawah ini….8 tanda lelaki penganiaya…
Terburu-buru
Terlalu terburu-buru mengajak anda melangkah ke tahap yang lebih serius, seperti bertunang dan terus berkahwin. Anda perlukan masa untuk mengenal hati budi dia. Jangan main tibai jer…
Terlalu Romantis
Memang wanita sukakan lelaki romantis…termasuklah saya
. Tapi awas!!! Kekadang lontaran kat-kata ‘ kau dan aku pasti akan berdua selamanya’, ‘tanpamu hidup ku tak bererti’, ‘aku akan tetap setia bersamamu’…terkadang hanyalah mainan kata untuk membungakan hati wanita…
Moody
Simpang malaikat 44. Jauhilah lelaki sebegini. Mereka boleh berubah sekelip mata. Kejap senyum, kejap marah…Anda akan berasa tidak bebas dan berusaha untuk menjaga hati…Tapi bagaimana dengan hati anda???
Cemburu Buta
Ya Allah, jauhilah aku dari lelaki sebegini….
Cemburu tanda sayang…tapi kalau dah keterlaluan, nak pergi kerja pun susah… pakai lawa sikit pun, jelingannya 360 darjah. Padahal kita melawa untuk dia…
Lelaki seperti ini boleh memalukan anda di mana-mana sahaja dan tak kira masa.
Memperlecehkan
Bersamanya, anda akan sentiasa rendah diri dan tidak yakin. Ada-ada saja yang tak kena pada pandangan mata dia…
Jangan Bantah
Hitam kata dia, hitamlah kata anda. Kalau burung yang terbang tu di katakan layang-layang…hm..nak tak nak anda pun kena mengiyakan…
Lebih parah lagi jika si dia jenis yang tidak suka menerima penolakan dari anda. Mulalah dia mengamuk dan marah-marah. Silap haribulan, anda menjadi mangsa. Biasanya setelah marah dan melakukan kekerasan dia akan meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya…dan memberi alasan seolah-olah semua itu berlaku kerana anda dan membuatkan anda turut merasa bersalah. Adil ke???
Menyalahkan Orang Lain
Terlalu sukar mengaku kesalahan. Dia selalu meletakkan dan menuding kesalahan kepada anda. Bahagiakah anda bersama orang sebegini???
Membeli Jiwa Dengan Barang
Dia mengikat jiwa anda dengan pemberian. Mengajar anda menjadi materialistik. Dia juga menjadikan alasan barang-barang yang dibeli sebagai ganjaran untuk mendapatkan sesuatu dari anda. Berbaloikah???
Kenalilah hati budi pasangan anda sebelum mendirikan rumahtangga. Ketelitian dalam memilih pasangan cukup penting. Tersalah pilih…badan merana, masa depan kelam…dan hidup anda turut musnah…
Kepada para lelaki…jadilah pembimbing, pendidik dan pimpinlah wanita ke taman-taman syurga.

























Posted
on
Wednesday, July 18th, 2007 at 11:53 am under


oh… siapakah lelaki itu? lelaki oh lelaki. begitu sekali cerita lelaki yer?
maka jadilah lelaki yang boleh diharap oleh pompuan yang mengharapkan bimbingan yang sebaiknya…
sekian terima kasih…
oh merayu-rayunya…
July 19th, 2007 at 11:28 amya..jadilah lelaki harapan wanita…pembela dan pembimbing….setiap wanita akan bahagia dan bertambah bahagia kalau ditemukan dengan lelaki yang dapat membawa dia ke jalan yang diredhai…bukannya meminpin tangan ke kelab malam atau tempat-tempat yang tidak elok..
July 19th, 2007 at 4:48 pmYa lah abdfatah,siapalah lelaki itu ye,heheh.Kita betapuk di bawah katil oi !! He3x.Janganlah nanti kedapatan pula.
July 19th, 2007 at 9:48 pmMemang betullah kata halyda tu,memang kalau difikirkan secara logik,ada kebenarannya.Sebab semua itu dilakukan untuk menjaga pandangan mata orang lain.Bukan bererti di tempat yang tiada orang berabis bepeluk.Hahaha.Berpimpin tangan tanda kasih sayang.. tapi kalau berpimpin tangan terus ke tempat yang tidak menarik.. macam.. yalah faham-fahamlah tu..
July 19th, 2007 at 9:52 pmskang nih macam2 hal dengan kerenah muda mudi. yang OK takper laa. yang mudah terpengaruh itu yang bermasalahnya… pandai2 lah jaga diri masing2 untuk kebaikan masa depan…
July 21st, 2007 at 12:30 amLelaki yang sebaik-baiknya adalah seorang lelaki yang berani menegur kesilapan kita. Lelaki yang boleh membimbing kita jalan Allah SWT. Jangan pandang hanya pada zahirnya mahu pun hartanya. Padanglah pada kebijaksanaan seorang lelaki yang bijak menilai seseorang wanita itu. Kita tidak dapat menekan atau memberi pressure kepada lelaki sahaja. Kalau memang dia merayu, bukankah kita dikurniakan akal untuk berfikir secara matang? Apakah motif rayuannya itu? Sama ada ia bertujuan baik atau pun buruk? Fikirkanlah…
July 31st, 2007 at 2:44 pmFikir dan timbang-timbangkan…jangan cepat tergoda dan termakan dengan rayuan yang terkadang merosakkan diri kita sendiri. Mungkin masa dipujuk rayu (untuk tujuan tak elok), hati anda mengatakan “Tak pelah, kali ni aje”. Sebenarnya bukan hati yang berbisik…Itu adalah pujuk rayu syaitan…
July 31st, 2007 at 4:06 pm