17 Jul

File Sharing

 

Assalamualaikum dan salam kasih sayang untuk semua pembaca blog…semoga ikatan yang terjalin antara kita semua akan berkekalan…

Nampaknya deman bola dah mula reda…yang ada hanyalah keluh kesah dan pelbagai kecaman dan tidak kurang juga yang memberi pelbagai cadangan…dengan harapan segalanya akan berubah…kembalikan kegemilangan dan kecemerlangan dulu….

Ok lah…kita dah berkongsi rasa tentang bola…
Hari ni saya akan berkong si tentang File Sharing pulak…

Saya percaya ramai yang telah tahu dan sedia maklum tentang kegunaannya kan? Ia amat penting dan berguna jika kita berada dalam satu rangkaian. Tak perlulah usung pen drive atau cd ke sana ke mari untuk copy dan paste. Hanya dengan beberapa klik saja, fail orang lain dah ada dalam pc kita…

Bagaimana cara nak buat sharing ni ye…sebenarnya teramatla senang…

Cuba ikut langkah yang saya sediakan di bawah:

 

  1. Pilih folder yang ingin anda share dan right click
  2. Then, pilih menu Sharing and Security
  3. Pilih Share This Folder
  4. Namakan folder itu mengikut kehendak anda dan klik button Permission untuk memberi kebenaran dan menetapkan siapa yang boleh akses fail dalam folder itu.
  5. Jangan lupa untuk tukarkan default permission dari EVERYONE untuk mengelakkan fail anda diakses oleh semua orang

Tetapi, perlu diingat…setiap yang senang dan mudah itu, terkadang ada risikonya. Begitu juga dengan file sharing ni. Sebenarnya penggunaanya boleh mengundang parasit yang kita tak nampak…apa lagi kalau bukan virus. Antara virus yang menggunakan teknologi File Sharing untuk menyelinap masuk ke PC anda adalah Brontok, Beagle, Mydoom dan pelbagai jenis lagi. Tips yang terbaik adalah dengan membuka folder yang hendak di kongsi apabila perlu dan tutup semula apabila selesai menggunakannya .

Gunakan file sharing ini untuk berkongsi sesuatu yang baik…bukan untuk tujuan yang tidak menentu. Kerana secara tidak langsung peribadi seseorang dapat dinilai melalui apa yang dikongsikannya.

Dan tahukah anda, jika terlupa menutupnya, anda boleh diibaratkan seperti membuka pintu belakang untuk untuk menggoda dan mengundang kehadiran si tangan panjang.

Langkah terbaik…kongsilah data anda ketika perlu sahaja. Umpama membuka dan menutup pintu. :)

Moga tip ini dapat memberi sesuatu kepada mereka yang memerlukan…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

One Response to “File Sharing”

  1. abdfatah Says:

    yer betul kena berhati-hati…

Leave a Reply