09 Jul

Jom Install PHP

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua…moga kehadiran pagi yang indah ini membawa bersama keceriaan dan kesegaran yang berpanjangan untuk semua…

Semalam saya dan family berkunjung ke Perak. Ada kenduri kahwin officemate husband saya. Perjalanan pergi balik selama 6 jam lebih memakan tolRM60.50 dan menelan minyak sebanyak R75 (tapi ada balance lagi la setelah kami selamat sampai ke rumah). Sesekali berkunjung ke perak, terasa beban tolnya. Terfikir gak macam mana la kalau yang memang berulang alik ke Perak… :(

Kenapa la mahal sangat Sammy Vellu oi???? Bukan ke Sungai Siput tu tempat dia…sepatutnya bagi la keistimewaan dari segi TOL.

Ok la, kita tinggalkan bab Sammy Vellu dan tolnya..sebab yang pasti tol tak akan turun, tapi makin naik ada la….Hari ini kita akan sambung berkenaan dengan macam mana nak instal PHP nih pada local server anda. Kalau guna web server berbayar, biasanya admin dia dah install siap2 PHP ni..

Ok, anda boleh download PHP installer di sini. Semasa post ini ditulis, versi terbaru PHP ialah php-5.2.3.

Ini adalah guideline yang saya sediakan :

  1. Double click pada ikon PHP yang telah didownload tadi. Ikut sahaja arahan yang diberikan. Kalau dia suruh klik Next…klik Next yer…
    Lihat imej

  2. Macam biasa, pada “End-User License Agreement” dialog, klik “I accept..” dan tekan butang “Next” lagi..
  3. Then, anda tentukan di folder mana fail-fail PHP tersebut akan dipasang. Adalah digalakkan kita pasang pada C:\PHP. Kemudian klik Next.
    Lihat imej

  4. Pilih jenis web server yang ingin disetup. Kalau IIS sudah dipasang (seperti posting sebelum ini), pilih “IIS ISAPI module”. Tekan butang “Next”…
    Lihat imej

  5. Pada dialog “Choose Items to Install”, anda boleh pilih item tambahan yang ingin dipasang seperti “Extension” atau pun “Extras”. Item-item ini boleh juga diubah semula selepas siap pemasangan PHP ini , iaitu di “Control Panel>Add Remove Programs>PHP 5.x.x”.Oleh itu, bagi “Extension” terutamanya, anda tidak semestinya perlu memasang secara default kesemua extension yg ada. Pilihlah mana-mana yg sesuai dan yg perlu. Anda digalakkan memasang “PHP Manual” yg terdapat pada item “Extras”. Macam biasa, butang “Next” menjadi mainan seterusnya.
    Lihat imej

  6. Ok, PHP siap sedia untuk dipasang ke dlm pc anda. Klik butang “Install”.
    Lihat imej

  7. Tunggu sampai proses pemasangan tamat. Kemudian tekan butang “Finish”. Nah, PHP telah siap diinstal ke dalam Windows dengan selamat dan jayanya…
  8. Untuk menguji sama ada PHP telah dipasang dengan betul, taip code seperti di bawah mengunakan program Notepad dan save fail tersebut pada “root” folder local web anda iaitu biasanya di “C:\inetpub\wwwroot”.<?php echo phpinfo(); ?>
    Save fail sebagai “test.php”
    Buka browser anda dan taipkan http://localhost/test.php pada URL. Informasi PHP pada local web anda akan dipaparkan (Jika PHP diinstal dgn betul laaa..).

Tungguuuu…kita akan sambung dgn tutorial seterusnya… Semoga panduan ini dapat membantu anda semua….

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

2 Responses to “Jom Install PHP”

  1. shutterspeaks Says:

    your steps memang detail lah, next time bdak praktikal baru masuk, i know where to ask them to go…

    setiap kali new intake bdak praktikal, setiap kali itulah kena ajar cara install.

  2. halyda_6 Says:

    Dah modified skit cara PHP installation tu + add pictures…

    shutterspeaks, thanks krn jadikan blog ni sbg reference…makin semangat saya nak belajar PHP…

Leave a Reply