04 Jul

Uniform Server And IIS

Assalamualaikum semua…hari ni kita akan sambung lagi tentang Uniserver dan IIS, setelah dihiburkan dengan Puisi Untuk Mael tu… :)

Ok, kita mulakan dengan Uniform Server atau lebih dikenali dengan Uniserver. Sebenarnya, Uniserv ni tak ubah sama seperti Appserv. Ia juga merupakan pakej WAMP yang terkini bagi Apache, PHP Mysql dan phpMy admin. Jadi anda tidak perlu instal satu persatu. Anda boleh download di sini.

Seterusnya, ikutilah langkah dan arahan di dalamnya. Kalau dia suh klik next, klik next ya.. :). Senang saje, sama seperti diagram yang saya berikan untuk Appserve tu.

Ok, seterusnya kita pergi ke Internet Information Servise (IIS). Ia merupakan webserver untuk digunakan bersama dengan PHP. Hm, yang ni memang dah ada dalam pc semua orang, kalau pc dia dah ada Windows la…cuma tunggu nak di set up saja.

Cuba ikut langkah ini:

  1. Klik pada menu Start > Setting > Control Panel > Add Or Remove Program
    Lihat imej
  2. Then, klik pada Add Or Remove Program Component
  3. Box Windows Component Wizard akan dipaparkan.
    Lihat imej
  4. Perhatikan pada IIS, jika belum bertanda, itu tandanya ia belum di install.
  5. Untuk install- Klik pada box IIS itu. Kemudian klik button Next.
    Lihat imej
  6. Ikuti langkah yang diberikan sehinggalah selesai proses install ini dan tekan button Finish.
    Lihat imej

Seterusnya, untuk untuk run IIS ini, ikuti langkah berikut:

  1. Pada desktop atau pada menu Start di pc anda, klik pada MyComputer, then right click.
  2. Klik pada Manage dan kotak Computer Management akan dipaparkan.
  3. Klik pada kotak bertanda + pada menu Servise And Application, dan IIS akan kelihatan.
  4. Klik pada IIS, then klik pada menu Web Site.
  5. Then, klik pada Default Web Site, seterusnya klik pada button start pada tool bar.
  6. Klik kanan pada Default Web Site dan pilih Properties.
  7. Klik pada Directory dan tentukanlah di mana fail website anda akan disimpan
  8. Setelah selesai, klik pada button OK.

Seterusnya kita akan install PHP dan MySQL secara satu persatu…..

P/s- Lepas ni saya akan upload diagram cara nak install IIS tu. Tak dapat upload sekarang…connection asyik putus-putus jer…
P/ss-Dah upload pun…harap dapat membantu…


Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

11 Responses to “Uniform Server And IIS”

  1. shutterspeaks Says:

    Oh ya, saudari munkin hendak + IIS hanya wujud di dalam Windows XP Pro, tidak di dalam XP Home (Untuk XP) dan ianya tidak sesuai utk suasana produksi.

  2. Iz Says:

    Ye, kalau nak guna untuk file sahaja baik guna, hfs server.

    Ada banyak lagi all-in-one server yang boleh digunakan seperti miniserver, xampp, dll.

  3. zool Says:

    Hm..
    dah amat jauh kena tinggal .. susahlah

  4. Kerasma Says:

    Relaks la zool…kita belajar slow2…
    lagipun tutorial ni macamm ikut step jer…
    bagi yang dah tau dan dah biasa guna, mungkin mereka lebih suka yang lebih advance…tapi kalau baru nak bermula, tak jadi masalah

  5. halyda_6 Says:

    ya betul…tq bebanyak shutterspeaks…sebab dah biasa guna XP Pro, terlupa lak yang home edition tak der IIS.
    Iz, memang banyak all in one…tapi bagi yang baru nak mula, elok diperkenalkan satu persatu…bila dah kenal dan cinta, nanti bolehlah mereka beralih mencari cinta baru…

  6. Kerasma Says:

    Kalau utk intranet, saya selalu guna ASP…maklumlah, server opis semua guna Windows dan biasa IT member dah install IIS siap2…bila ke dunia internet, PHP lagi glamer dan byk serevr yg support PHP (sbb free :))…jadi kena gak belajar PHP…belajar slow2 dgn blog adila…teruskan belajar & share ilmu sdri yea :)..

  7. cruzertech | Web Templates Says:

    Sebenarnya bagus juga kalau nak ada server sendiri dan beroperasi dari rumah. Tapi masalahnya kena ON 24jam.

    Ada langkah-langkah yang anda kena ikuti.
    1. Anda harus ada Static IP
    - Dynamic IP pun boleh jika tahu caranya.
    2. Router(gunakan Virtual Server atau DMZ(tak secure))
    3. Web Server.
    - Saya cadangkan guna VERTRIGO 2.1.7 sebab pakagenya kecil dan boleh portable dan ada semua yang anda perlukan ada(Apache,Mysql,PHP) dengan one shot installation.

  8. azwanhadzree Says:

    aha.. kekadang kan, bila dah biasa dengan reference book dalam English, bila baca pasal IT dalam Bahasa Melayu aku jadi blurrr sekejap ..

    untuk testing ok lah, to host it by yourself, tak berbaloi la memandangkan it’s cheap.

  9. Iz Says:

    biasa je tu Azwanhadzree.. kadang2 terms dan istilah die kalo dah ubah jadi bahasa melayu dah jadi menda2 lain pelik2.. kadang2 lucu plak kalo baca balik.. heh..

    kalo takat nak testing boleh la test kat pc sendiri. kalo nak wat blog ke apa2 ke yg beli la shared/co-hosting supaya tak overload dengan line streamix ni.. :)

  10. Kerasma Says:

    Memang ade bagusnya kalo ade webserver sendiri…kita lagi bebas dgn server tu….tak perlu risau pasal space & privacy…kalo kita pandai buat income dgn server tu, kos tak jadi masalah…tapi kalo guna line streamix yg selalu terputus ni tak sesuai kot :)

  11. Melangkah Ke Alam CyberBiz » Blog Archive » Jom Install PHP Says:

    […] Uniform Server And IIS […]

Leave a Reply