Adobe Premiere Pro

Saya percaya dan teramat la percaya, tentu ramai antara kita yang memiliki handycam. Paling tidak pun kamera digital atau cybershot
Tentu ramai yang suka mengambil gambar atau movie. Especially movie untuk Hari Raya, majlis perkahwinan, sambutan Hari Lahir dan macam-macam hari la…dan seterusnya movie tu akan di save dalam pc dan hanya di lihat bila on pc sahaja…(Itu pengalaman saya dulu… :))
Sekarang, movie yang saya dan husband ambil telah kami pergunakan sebaik mungkin dengan adanya Adobe Premiere Pro. Erk…apa yer??? Saya dulu pun ternganga masa husband perkenalkan software nih…dan sekarang saya nak kongsikan bersama apa yang dah saya tau….
Adobe Premiere Pro merupakan software untuk editing. Kita boleh edit video yang di import dari tape, kamera dan video dan kemudiannya boleh dimasukkan ke dalam CD, DVD atau ke dalam medium yang lain.
Software ni merupakan editing tool yang amat berkuasa dan mampu menghasilkan video bertaraf high-definision dan broadcast-quality.Ia amat popular dikalangan amatur dan profesional, memandangkan ia friendly user dan amat senang serta mudah dipelajari. Tambahan pula ia turut dilengkapkan dengan audio mixing dan effect features yang bagus.
Melalui pengalaman saya, ia tak mengambil masa yang lama untuk faham cara penggunaannya. Yang penting kita rajin dan bersungguh…
Yang terbaru, husband saya telah berjaya edit movie percutian kami di Tiara Beach Resort bulan lepas dan telah di burn dalam DVD. Seronok tengok movie tu bersama family di depan TV, tanpa perlu klik satu persatu di dalam pc.
Kalau anda betul-betul berminat dengan movie editing, ia boleh membawa anda jauh ke hadapan bersama masa depan yang cerah.
Sebenarnya terdapat terdapat banyak lagi movie editing tools yang lain seperti Windows Movie Maker yang terdapat dalam pakej WinXP, namun pengalaman menggunakan Adobe Premiere lebih mendatangkan keseronokkan semasa membuat movie sendiri. Ia juga lebih mendekatkan kita kepada produksi movie yang lebih profesional.
Ni contoh yang husband saya buat…bersama gitar kesayangannya…
P/s-Ada yang minat nak belajar tak?

























Posted
on
Friday, July 13th, 2007 at 2:08 pm under


memang minat ngan editing gambo nie..
July 13th, 2007 at 8:53 pmtapi mungkin masa dan passion tu takde ..
Tapi berapa RM software nie ye??
Harga ori dalam Rm2000 lebih kot…tapi boleh cuba download yg trial nak play around…kalau yang tak ori, macam biasa la harganya
July 14th, 2007 at 9:13 amAdobe Premiere memang antara Top 10 perisian video editing. Untuk mendapat hasil yang baik anda harus memilih codec yang sesuai. Saya suka guna H264 keluaran Apple Quicktime Pro.
July 14th, 2007 at 2:49 pmSaya juga ada guna Adobe After Effects untuk editing dan effect yang lebih baik.
July 14th, 2007 at 2:54 pmcruzertech ni mesti seorang yang profesional dalam movie editing ni. Selalunya yang master sahaja guna After Effect tu. Bagi saya yang baru belajar ni, features dan effect yang ada dalam Premiere ni pun dah cukup menarik…mungkin sebab dulu kami hanya guna Windows Movie Maker sahaja bila nak buat movie…
July 14th, 2007 at 7:10 pmGreat blog congratulations!come visit our site and see amazing free on line movies www.zigbr.com
my site is the best in the world
July 15th, 2007 at 3:56 amVisit the best free vids site on the net
Info yang best dan menguntungkan nih. Tp nak beli yg ori tak larat ler….kena cari yg ehem..ehem atau download je….adakah ia user friendly? Jika org tak pernah buat dan tak tahu tu, dgn software tu senang faham dan buat ke?
July 15th, 2007 at 9:13 pmYea ktom, boleh la dikatakan user friendly…interface dia kemas…mula-mula nak guna tu memang kekok sikit sebab tak paham fungsi-fungsi dia, tapi once dah tahu senang aje nak buat…try la ktom..kalau ade yang tak paham kita sama2 belajar kat sini…
July 16th, 2007 at 12:23 amTapi nak best lagi kalau ade monitor saiz besar, senang nak display panel-panel dan window-window dia…