Harapan, Kejutan atau Kecaman?

Hari ni pasukan negara kita akan menentang pasukan Uzbekistan untuk perlawanan kedua Piala Asia. Apakah pandangan peminat-peminat bola bagi perlawanan ini?
- Bagi yang optimistik - Malaysia boleh mengalahkan Uzbekistan.
- Bagi yang patriotik - dapat seri pun…jadi la..
- Bagi yang realistik - kalau kalah pun…biarlah kalah yang melawan dan membanggakan.
- Bagi yang pesimistik - bakal menyaksikan aksi membelasah..eh silap…aksi dibelasah lagi
Anda pula bagaimana?
[Baru di update]
KEPUTUSAN: MALAYSIA 0 - UZBEKISTAN 5
Nampaknya golongan pesimistik gembira dengan keputusan ini…

Pasukan Malaysia terus menjadi bahan pijakan pasukan-pasukan lain. Apakah siri keputusan yang mengecewakan akan membuka mata dan menyedarkan pihak yang bertanggungjawab terhadap sukan nombor 1 dunia di negara kita? Apakah “kepala-kepala” ini perlu ditukar? Atau masih ada yang sedap duduk di “kerusi empuk” dan membiarkan maruah pasukan yang dahulunya gah dengan panggilan “Harimau Malaya” itu terus tercalar?

























Posted
on
Saturday, July 14th, 2007 at 10:10 am under


bagi aku..cukupla sekadar mempamerkan permainan yg bagus selaras dgn Liga Super.Kalah bg aku xmengapa sbb kita perlu ukur baju dibadan sendiri dlu..tapi kalau menang adalah bonus
July 14th, 2007 at 6:46 pmBetul kata duez. Anda termasuk dalam kategori seorang yang realistik…:)
July 14th, 2007 at 7:01 pmberita terkini..
Uzbekistan [4] - Malaysia [0]
bak kata XPDC - apa lagi nak dikata???
kesimpulan: bola sepak Malaysia hampeh!
July 14th, 2007 at 9:22 pmaku dulu sebenarnya minat bola kot. tp selepas hampa dgn pasukan malaysia terus jadik tak minat. mana2 liga pun hehehe…
dan, ekkk.. 4-0… pencapaian lah tu. sblm ni bolos 5, kali ni 4 jekk.
July 14th, 2007 at 10:06 pmkeputusan muktamad malaysia 0 Uzbek 5…
July 14th, 2007 at 10:36 pmkalo ikut defisit gol, lagi worse dr 1st game…huhu
Saya sempat tengok permainan Malaysia tadi. Ingatkan nak minat-minat gak tengok bolasepak ni…tapi melihat cara permainan Mlaysia tadi, terus jadi tak minat…yang kelakarnya, Muqrie duk minta kat abah dia “Nak tengak gol lagi…nak tengok gol lagi…”. Kalaulah dia tahu yang kena banyak gol tu pasukan kita, mesti dia tak minta tengok gol lagi.
July 14th, 2007 at 11:18 pmWah tak jadi le belanja you all! Sebab dah kalah….
July 15th, 2007 at 4:31 amEleh cruzertech…ni serupa macam tak mau belanja…kalau pasukan kita terrer taraf-taraf Jepun, boleh cakap macam tu…:)
July 15th, 2007 at 9:22 amDah semua serious, saya buat le lawak bodoh sikit…
July 15th, 2007 at 2:13 pmmeh sini tengok bola. apo hal kalah lagi. jaga gol macam mana haaa? latih penjaga gol jadi profesional laaaa….
July 15th, 2007 at 3:45 pmmemang teruk kalo kalah yang berterusan begini. buat team baru aje lagi bagus. team yang betul2 kejar bola bukan team tengok bola aje. rombak semuanya. rombak!
July 15th, 2007 at 3:50 pmTukar semua, dr management ke player.. semua politik kuat.. tak pentingkan langsung maruah negara.
July 15th, 2007 at 4:38 pmaku tak pedulik, janji aku dpt gaji . wakakakak. benngong nyer bola mesia , bengong begong
July 15th, 2007 at 11:02 pmTengku mahkota Pahang dah lepaskan jawatan Timbalan Presiden. Presidennya bila lagi? Bolasepak ni kalo diuruskan dgn berpolitik, alamat hancuss la…bolanya ntah ke mana, maruahnya ntah ke mana…kesian gak kat player2 yg duk kena kecam….harap2 ade rombakan besar2an demi maruah negara…bolasepak ni dah jadi macam maruah negara…malu dgn manager jepun kat opis tu…dia duk sindir je pasal prestasi pasukan kita…tetapi itulah hakikat pahit yg terpaksa ditelah…
July 16th, 2007 at 12:13 amsusah betul org2 FAM nak ikut jejak tengku Abdullah…masing2 sayang nak lepaskan kepentingan..org politik ni kalau pegang FAM mmg payah..pasal nak g parlimen lagi..hal rakyat lagi…
July 16th, 2007 at 9:28 amUikzz, peminat bola juga yer?? Kalah atau menang itu adalah adat dalam pertandingan. Tetapi kalau sudah tahap kalah sampai 0-5 tu, dah kes mengecewakan peminat bola sepak tanah air. Walau apa pun, kita berdoa semoga mereka bangkit semula dengan semangat baru. Janganlah mengutuk sampai mematahkan semangat mereka. Kita mengulas atau bercakap memanglah pandai. Tetapi yang bermain bola sepak di pandang itu sahaja yang tahu. Cuba kalau kita yang bermain?? Agak2 bolehkah kita sumbangkan GOAL!!?? Ini hanya ulasan saya sahaja. Pada siapa yang tersinggung, saya mohon maaf.
July 16th, 2007 at 6:38 pmNi bukan kutuk sbb benci, tapi komen agar pihak2 yg terlibat kena ambil tindakan yg aggressif…kita dah ketinggalan jauh dgn negara2 lain yg suatu ketika dahulu menjadi belasahan pasukan kita…hampir 20thn bolasepak kita merudum…
sebab kita sbg peminat yg tak pandai main bolalah kita meletakkan tanggungjawab kpd mereka yg layak…tapi sampai bila peminat boleh sabar kalau pihak2 yg dirasakan layak itu menyebabkan team kita kena lanyak?…peminat yg pergi stadium keluar duit belanja sendiri…ada yg dtg dari jauh, dtg kena bayar tambang, penginapan, tiket stadium, semata-mata nak bagi semangat…peminat tak marah kalau kalah tetapi melawan…tapi kalau pemain2 menghidangkan permainan yg lembik, tak bersemangat, tak kreatif…byk kesilapan sana-sini, siapa yg tak hangin!
Macamana pun respek kat Tengku Mahkota yg berani bertangungjawab…rombakan besar2an pun bukanlah penyelesaiannya, tetapi kpd sapa2 yg dlm tu rasa mereka tak mampu dlm FAM tu, baiklah undur diri secara baik…semoga ada sinar utk bolasepak kita
p/s: teringat masa kecik2 dulu…kalau ade siaran lansung team negara main, riuh rendah kat depan tv..skrg ni, ramai yg cepat2 tukar channel lain…
July 16th, 2007 at 9:06 pmbetul juga apa yang dikatakan kerasma. Kalau nak disingkapkan kembali kegemilangan Mokhtar Dahari, sekarang mungkin dah tak jumpa lagi. Suatu masalah dahulu Malaysia memang GAH dengan pemain2 bola sepak yang kreatif dan senantiasa bersemangat! Pada waktu itu mereka bermain kerana nama negara. Tetapi sekarang, Allah hualam…
July 16th, 2007 at 11:43 pmKerusi2 empuk tu bukannya senang nak dilepaskan. Kalau satu dlm lingkungan RM20,000.00 untuk duduk sahaja, I pun nak.
July 17th, 2007 at 12:53 pmFuh…duduk-duduk free jer dapat RM20,000???wah…saya pun nak jugak la Azwan…
July 17th, 2007 at 1:24 pmmasa zaman kegemilangan dulu, mereka bermain kerana minat, semangat dan kerana negara…
sekarang…kerana gaji yang lumayan dan kerana glamour…tengok lah…ramai atlet yang jadi cover majalah…berendam di tepi swimming poll…adush…glamernyer…pastu dipadankan dengan artis yang cun melecun…
dulu lain ..sekarang lain…kata SM Salim
Skrg ni dah 3 org bekaitan dgn FAM dah resign…harap2 org politik tak payahlah involve sgt…nanti bolasepak pun dipolitikkan…bagilah mereka yg boleh tumpukan sepenuh masa dgn bolasepak…skrg ni kita umpama kena mulakan balik dr zero…kena asah bakat baru sejak kecil lagi…player2 yg senior skrg, teruslah macam biasa…kalau fikir boleh buktikan kebangkitan, praktislah bersungguh…
p/s: pernah terbaca kisah Mokhtar Dahari training bola…time org lain dah abis latihan, beliau masih terus praktis menyepak bola mempertajamkan skill…semoga ade player2 yg sedar dan memperbaiki skill yg ade…
July 17th, 2007 at 1:53 pmhm Kerasma…minat betul awak denagn bola ni yer…
July 17th, 2007 at 1:59 pmMoga satu hari nanti harapan semua peminat akan menjadi kenyataan…untuk menyaksikan ke ‘gah’ an pemain kita di padang…