Sketsa Politik Bola

Dengan Uzbek kena lima
Sama juga dengan China
Dengan Iran entah banyak mana
Lima terngiang-ngiang di telinga
Sedih tengok pasukan Malaysia
Geram pun ada marah pun ada
Ramai peminat hampa dan kecewa
Maki hamun dengan kata nesta
Tidur bola makan bola
Baling botol Coca-Cola
Nasib baik tak pecah kepala
Terpaksa akur Tengku Mahkota
Begitu juga Dato Berahim setiausaha
Yang lain pun akan menyusul juga
Cuma Presiden masih sayang takhta
Eloklah kalau lafaz talak tiga
Bagi orang lain pula jaga
Bagi orang yang pandai selok-belok bola
Professional tanpa campurtangan istana
Tanpa ahli politik yang tak pernah pegang bola
Hands-off Footbal Association of Malaysia
Ahli politik lebih baik fokus pilihanraya
Bukan begitu wahai Cik Azalina
Kita harap dapat improve ranking dunia
Sekarang nombor 149 baik sikit dari Nicaragua
Tapi bawah dari Indonesia dan Singapura
Atau negara miskin seperti Bostwana
Lihat Bahrain rakyat tak sampai satu juta
Boleh kalahkan gergasi seperti Korea
Jangan bagi alasan saiz pemain kita
Cuba tengok bintang seperti Maradona
Bukan tinggi dan besar mana
Tapi pemain yang lincah cukup berbisa
Nak main bola makan pun kena jaga
Kalau asyik makan roti canai dan roti jala
Minum Power Root atau teh herba
Macam mana nak ada stamina
Cuma boleh bertahan separuh masa pertama
Keris Silau
17 July 2007

























Posted
on
Wednesday, July 18th, 2007 at 12:31 pm under


malam ni kalah pulak 2-0 dengan Iran.. aduhai!
July 19th, 2007 at 1:36 amterima kasih kat tiang gol yg menyelamatkan M’sia dari kalah teruk…Tahniah pasukan M’sia ku..hukhuk
July 19th, 2007 at 7:19 amhm…saya pun ada ikut tengok gak malam tadi…dapat penalti lagi Iran tu…yang kelakarnya siap diulas pasal kenakalan tangan pemain Mesia yang sebsbkan penalti tu…sape namenya-lupa la pulak…
July 19th, 2007 at 7:43 amIran pun, nampak main pun macam nak cukupkan syarat jer…macam dah konfem menang..
Kalah memang dah tau…
July 19th, 2007 at 8:37 amCuma dalam game ni ada lah sikit semangat..
Harap2 lepas nie kita kena tukau pendekatan taktik..
tak payah nak terlalu citer pasal serangan..
latih taktik bertahan dan kawalan bola…
camner pemain Iran dapat first ball…
Bola dia tak jauh lari tapi pemain kita tahan bola mesti pegi 1-2 meter. Tu coach baru kena pentingkan aspek tahan bola.. rasanya lebih baik carik pemain muda kerana mereka boleh dibentuk berbanding pemain senior yang tunggu bersara.. Harap2 Hairudin boleh ucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan.. tak suka tgk dia main…
hai zool…
July 19th, 2007 at 4:51 pmanti betul awak dengan Hairuddin yer…
tak tau le hairudin tu nampak belagak sikit..
July 19th, 2007 at 5:10 pmsemalam thumb up kat Shukor…
sayang plak sebab dia tak score..
tq sebab add blog saya..
ape laa nak jadik , semua dah tuko, jurulatih, pemain? cuma president FAM jer tak penah tuko lagi
July 19th, 2007 at 11:53 pmkeris silau tuh saper? adila ke? rajin sungguh buat. kalaulah orang2 kat fam tu serajin adila.
July 21st, 2007 at 1:04 amcerit dah lama..dulu kini dan selamanya…belum lagi impian 2057 Pm…hehehe…
July 24th, 2007 at 10:41 amsaya memang minat dengan sajak dan novel…
July 25th, 2007 at 12:14 amtapi keris silau tu bukan saya…dapat dari emel jugak…dan saya share kat sini
Hehe. Baca ni > http://membebel.wordpress.com/2007/07/22/persatuan-kena-sepak/
July 26th, 2007 at 2:39 pmHahahaha,sakit perut aku bila lihat persatuan kena sepak!!” hehehehe. Saya pasti dan sudah tentu persatuan Bola sepak Malaysia dah dah sepak kita bila letak icon tu,harap-harap tidaklah ye..Hehehehe…Saya sangat berminat dengan sajak dan novel pula, terutama syair,aduhai… syair kena sepak.. Hu !! cukuplah ketawa aku sampai disini.Harap-harap aku tidak kena marah..
July 28th, 2007 at 8:57 pmHehehe best betul pantun panjang lebar ni. Mmg kita ni banyak sgt politik, duk gaduh sana sini sapa nak pegang takhta tapi tak pernah nak pk kualiti. Bagi la org yg pernah main bola dan tau pasal bola handle bolasepak Malaysia. Kalau tak kene titik negara yg mmg tak power langsung. hehe
August 1st, 2007 at 3:47 pmSekedar informasi, kalo mau lihat score bola dengan cepat dan lengkap bisa akses ke http://mobitrek.com/soccerscore
Bisa dari HP, Komputer atau PDA
Thanks.
November 11th, 2007 at 5:03 pmthanks Ariesa…
November 11th, 2007 at 9:10 pmSelamat datang ke sini…