Handset Or Handphone



Sketsa Sebuah Handset
Ada yang panggil handset
Ada yang panggil handphone
Tak kurang juga yang panggil telefon bimbit
Pakcik dan makcik gelar telefon tangan
Di mana dan ke mana
Sudah menjadi suatu gaya
Dikelek dibimbit dengan penuh gaya
Kononnya keperluan di zaman maju jaya
Budak sekolah dah mula bebas
Bersama buku handset digalas
Parlimen dah beri kebebasan tanpa alas
Cikgu kat sekolah tengok sekilas
Mak bapak pening kepala
Anak merungut nakkan handset
Kononnya semua rakannya ada
Malu dikata miskin dan kolot
Cikgu mengajar penuh semangat
Pelajar mengadap penuh konsentrat
Kononnya belajar dengan konsentrat
Rupanya tangan di keypad hanset…(SMS la tu…)

Dalam kecanggihan ada kekurangan
Dalam kekurangan ada kedhaifan
Ada yang kata boleh jadi pekak pendengaran
Ada yang kata boleh sebabkan ketumbuhan
Otak dan telinga mendapat serangan
Lantaran bergayut terlalu lama
Lupa dunia lupa segalanya…
Bisik berbisik cinta segala…
Panas telinga earphone diguna
Siapa kisah siapa peduli
Sebab tak berlaku pada diri sendiri
Bila dah kena baru sedari
Segala benda dah tak guna lagi…
p/s-sekadar mengolah idea yang bermain di kepala nih…memandangkan penggunaan handset semakin berleluasa. Anda dinasihatkan menggunakan telinga kiri semasa berkomunikasi menggunakan handset. Ia boleh mengurangkan risiko pada otak.
Jauhkan dan elakkan bayi anda dari handset. Ada kajian yang mengatakan pendedahan bayi bawah 8 tahun pada handset boleh sebabkan ketumbuhan pada telinga dan otak.
Penggunaan yang terlalu kerap dan lama…apa jadi pada telinga anda??
Tahap mana kepentingan handset pada kehidupan anda?

























Posted
on
Monday, August 6th, 2007 at 10:47 am under


amboi! pandainya berpantun ye… lihat tajuk mcm pertanyaan, rupanya sekadar meluahkan perasaan…
apa kata selitkan sekali url kajian tersebut… at least buleh jd bukti… bukan sy mempertikaikan ye
anda telah ditag
August 6th, 2007 at 3:20 pmdi Indonesia h/p di panggil Ponsel
nampak macam lawak tetapi lebih kemelayuan
ponsel = telefon + sel
sel adalah kaedah bagaimana isyarat telefon berfungsi di sesuatu kawasan
August 6th, 2007 at 8:16 pmPenggunaan h/phone memang yang melampau memang boleh menimbulkan penyakit.. takut gak.. nasib baik tak rajin menelefon .. cuma layan sms je…
August 7th, 2007 at 8:08 amProfidz, saya pun dah pernah kena tag pasal benda pelik nih..cuba tengok sini
http://www.shahdila.com/2007/07/rehat-sejenak/di-tag.html
anyway, cara ni sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan sesama kita di alam maya ini…
Ponsel ye BAGAK??
kedengaran sedikit kelakar tapi itulah hakikatnya…asal ia boleh menghubungkan kita semua…tak kisah la apa namanya pun kan??
Hai Zool, SMS saipa yer agaknya????
August 7th, 2007 at 8:40 amsms sapa?? huhuhu…
August 7th, 2007 at 10:06 amtakde sesiapa yang istimewa pun….
bacalah blog saya selalu nanti tau le..
minta maaf kalau tanya.. ada ym atau google talk tak??
ada…
August 7th, 2007 at 11:59 amsaya dah reply email zool tadi..cek email yer
enset, merupakan satu mende yang kadang2 saya harapkan tidak ada tetapi perlu. penting, perlu tetapi kadang2 rasa cam xada pun xpa.
kajian juga menunjukkan ramai yg tertekan akibat boleh dihubungi bila2 masa dimana sahaja.
August 7th, 2007 at 4:30 pmBoleh kena barah otak wo kalau lama cakap dengan hphone nie, tapi tips yg Adila bg tu guna telinga kiri tu bagus jugak..
August 7th, 2007 at 6:49 pmKekadang tu timbul gak rasa malas jawab panggilan…nak privacy. Tapi kalau off henset tu, takut ada emegency call la pulak…nak tak nak kita terpaksa akui…ia memang satu keperluan untuk semua..
Penggunaan telinga kiri…sedikit sebanyak membantu anda mengurangkan risiko yang tak diingini…tapi kalau dah bergayut tak ingat tu…mesti dah lupa telinga mana satu kan
August 8th, 2007 at 7:06 am[…] birthday present, red diva with her faulty n70, fadhli, bicara tinta with his new nokia 6288 and shahdila with her sketsa. Nowdays, one of “must have” electronic gadget is handphone to help […]
September 23rd, 2007 at 11:01 am