29 Aug

Internet Addiction

Tengok pada tajuk tu, rasa macam ada sesuatu yang tak kena kan…biasanya orang addict pada arak, dadah dan macam-macam ketagih lagi. Minta dijauhkan la benda-benda macam ni…

Sekarang ni, seiring dengan kecanggihan teknologi, ramai orang kita yang dah mula ketagih untuk online. Tak hairanlah cybercafe sentiasa penuh. Biasanya ini adalah tumpuan budak sekolah. Bagi yang mampu, mereka lebih selesa mempunyai talian sendiri di rumah. Lebih privacy. Tak kurang juga yang jadikan komputer pejabat sebagai sandaran. Hati-hati bos kat belakang tu… :)

Apa Internet Addiction tu?
Menurut definisinya, Internet addiction digambarkan sebagai an impulse control disorder which does not involve use of an intoxicating drug and is very similar to pathological gambling. Boleh klik kat sini untuk ;lebih detail.

Terdapat 5 kategori utama:

  1. Ketagih untuk mendapatkan maklumat = boleh sebabkan information overload.
  2. Ketagih guna komputer=special bagi yang involve dalam pengaturcaraan dan game
  3. Ketagih dengan website=website perjudian, game online dan website lelongan
  4. Ketagih dengan chatting=IRC, YM, Google Talk, Forum dan macam-macam lagi
  5. Ketagih seksual siber=Ni masalah serius…boleh gelapkan hati, dan susah nak terima ilmu

Kesannya???

Bagi yang ada talian kat rumah, mereka sanggup berjaga sampai ke pagi untuk melepaskan ketagihan ini. Dan esok paginya bila ke tempat kerja, mulut tu asyik ternganga menguap kerana mengantuk. Bagi student pula, mereka menghabiskan duit dengan RM3 per hour. Biasanya, sejam tak cukup… (pengalaman ni… :) )

Bagi yang bergelar student, banyak masa dan wang dihabiskan untuk cybercafe. Alasan menyiapkan tugasan biasanya berjaya menambat hati parents. Tapi yang nyata, kebanyakan mereka lepak di cybercafe untuk online game, chatting dan layari website yang melampau.

Bagi pekerja pula, pantang ada masa sikit, mesti nak online jer…terasa rugi kalau biarkan masa berlalu begitu sahaja. Kekadang masa bekerja turut digunakan. Hasilnya, prestasi kerja merosot dan kerja entah ke mana…

Bagi yang dah berkeluarga, mereka sanggup mengabiskan masa depan PC daripada bersama keluarga. Bila anak-anak datang, mula la dia naik angin dan marah tak tentu pasal…

Bagaimana dengan anda???

Gunakanlah kemudahan ini dengan baik dan jangan sampai memudaratkan anda, mengganggu kerja, dan menjarakkan anda daripada keluarga tercinta.

p/s-Semalam saya mendapat SMS dari kakak yang tinggal di Johor. Katanya handset dia hilang. Dia minta tolong didoakan agar orang yang jumpa atau yang ambil tu, lembutla hatinya untuk pulangkan kembali. Katanya, dia pun tak sedar macam mana handset tu boleh hilang. Bila nak guna, tengok dalam handbeg dah tak ada.

Dia ada jugak cuba call nombor lama dia tu, ada budak laki jawab. Katanya nak pulangkan. Lepas tu, sampai ke saat ini nombor tu dah tak dapat dihubungi…kesian kakak saya. Dia sayang sangat handset tu… Tapi da ketentuanNya…

Tapi kebiasaanya, bila barang kita dah berada kat tangan orang…tau-tau ajelah… :( . Semoga dibukakan pintu hati orang yang ambil tu untuk pulangkan….

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

13 Responses to “Internet Addiction”

  1. shambie adzhan Says:

    me falls under category 2 and 3~

    i’ve been using computer since darjah 5, masuk sekolah join IT Club..lepas abis skolah amik sc comp pulak..

    and sekarang i spent most of my time on the net.. buat programming, layout, jual barang, bayar hutang, shopping, window shopping, main game… the list goes on!

    kadang2 hujung minggu je baru off pc, masa kat asrama boleh la buat mcmtu..bukan kite yg bayar bil bulan2.. tp skang gerun gk tengok bil elektrik.. haha :)

    macamane la kalu kawin nnti, kang tak berasap dapur.. main order kot internet je! haha

  2. halyda_6 Says:

    anyway and anyhow, kita memang perlukan internet ni…

    saya pun, sejak selalu on pc, bil elektrik melambung…boleh dikatakan pc kat umah ni on tiap masa…saya guna cam ofis hour, malam pulak husband dan saya guna sampai kol 2 pagi…dan sudahnya kitorang hanya tersenyum nengokkan bil letrik…nasib baik pakai steamyx yang unlimited…kot tak, tak sempat nak senyum la…

  3. abdfatah Says:

    yaaa… unlimited better than prepaid and eznet. wuahahahaaa… bil elektrik je belum guna alat penjimat elektrik… adesh.

  4. Qai Says:

    Saya Suka Komputer. Saya Suka Menaip. Saya Suka Tengok Orang Yang Dalam Komputer. Saya Suka Teknologi. Saya Suka Rumah Saya.

    Merdeka!

  5. halyda_6 Says:

    ye betul tu Fatah…erk, kot pakai penjimat letrik tu betul ke boleh jimatkan letrik??ada gak orang promote, tapi masih belum tertarik lagi….

    Wah Qai…macam iklan Petronas jer…Saya suka rumah saya…saya pun suka rumah saya, syurga saya…segalanya ada di sini…kebahagian, ketenangan dan segala yang saya perlukan…

  6. zool Says:

    “rajin adila buat survey…banyak kategori pulak tu… ” guna ayat tuan umah nie balik..
    He he he..
    saya sebenarnya kalau ikut kategori nie..
    no 3) dan 4)
    no 3 - ketagih blog, baca manga online…
    no 4 - chating ngan member cyber.. nak luahkan apa yang tak boleh nak diluahkan di alam realiti.. huhuhuhu.. jangan kutuk ye..

  7. halyda_6 Says:

    saja nak berkongsi dengan semua.. :)
    kekadang tu, kita lebih senang berbicara atau meluahkan sesuatu kepada orang yang kita tak kenal…berbanding dengan teman di sekeliling….

  8. abdfatah Says:

    eh… ada yang tak suka dan tak suka…. tak suka, tak suka, tak suka… lepas tu ada jugak yang menyampuk lagi… tak suka-tak suka-tak suka ( gaya kuman macam virus) wuahahahahaaa…

  9. ali sihatsokmo Says:

    kalo dah jadi penagih di dunia maya jgn pulak jadi penagih di dunia nyata. :)

    dan jgn lupa bersosial di dunia nyata supaya manusia, haiwan & makhluk2 lain sedar kewujudan anda…ahaks.

  10. halyda_6 Says:

    ye…kes berat la kalau tersilap ketagih ni…minta jauh kita semua dari terlibat dengan sesuatu yang boleh merosakkan diri sendiri….

    bersosial dan bergaul juga boleh meredakan tekanan bagi yang selalu ngadap PC tu… :)

  11. Amir Says:

    yer lah nie kira dah ketagih jugak klau dah pegang pc online internet jwbnya berjam2 tak sedar..tp takper asal jgn jd penagih didunia nyata dah, buat kata Ali keh3..

  12. halyda_6 Says:

    memang…kalau dah depan pc tu, 2,3 jam terasa kejap jer…kekadang tu tak terasa banyak masa dihabiskan dengan merayau ke blog-blog dan website..

  13. aju Says:

    sama la……..kalau da terjebak,kadang2 tak sedar pun…
    saya ada kawan cyber,dia la tempat saya luahkan rasa….
    dan dia faham perasaan saya…
    serius only in cyber,doesnt matter..unless we can control it…

Leave a Reply