03 Aug

PC VS Windows Vs Viruse

Dah dua hari saya tengok husband saya dok merepair cpu officemate dia. Bila saya tanya apa puncanya? Apa yang rosaknya?…Husband saya kata tak dapat nak masuk Windows…Saya hanya mengangguk jer…tanda faham la tu :) Sebelum ni pun perkara yang sama pernah terjadi pada pc saya. Nasib baik technician ada kat rumah…tak perlu hantar kedai. Save budget… :)

Apa jadi pada pc tu????

Lepas boot, dia terus keluar menu Safe Mode. Dan selepas pilih salah satu option kat menu tu, PC tu terus hang…dan ada kalanya ia restart balik :(

Maka, dengan tekunnya husband saya mulakan operasi merepairnya. Apa yang dia lakukan ialah:

  1. Masukkan bootable WindowXP CD
  2. Pastikan PC di boot melalui CD terlebih dahulu ( ini kena set kat BIOS)
  3. Bila masuk WindoXP setup, pilih option Repair
  4. Then,gunakan command Chkdsk untuk periksa disk C…
  5. Biasanya parameter /p atau /r digunakan.
    contohnya: C:\Windows>Chkdsk /p
  6. Selepas 100% complete,taipkan pula command exit untuk reboot PC sekali lagi.Jangan lupa keluarkan CD tadi, supaya PC di boot melalui hardisk…

Kalau problem tak teruk sangat, biasanya lepas tu dah dapat masuk Windows dah…tapi kalau teruk dan kritikal sangat…nampaknya kena la berjumpa pakar…

Dalam kes husband saya ni, nampaknya dia dah berjaya masuk Windows,…tapi masalah lain pulak timbul. PC tu slow dan lembap sangat. Nak buka fail pun, kena tunggu lama…dan dengan selamba husband saya kata, PC tu kena virus.

Sebelum ini saya pernah jugak bertanya apa tandanya kalau diserang virus….katanya :

  1. Pc jadi hang selepas kita on. Tak dapat nak klik.
  2. Tetiba jer pc tu jadi lembap semacam jer…kebiasaannya laju jer. Nak buka fail pun lambat. Ha…tu memang dah sah la tu…
  3. Tak dapat nak install program baru…kot dapat pun sekerat jalan jer…tak sempat habis.
  4. Perisian antivirus hilang secara tiba-tiba dan tak dapat nak install.
  5. Saiz sesuatu fail berubah walaupun kita tidak pernah mengubah atau mengeditnya…
  6. Jangan terkejut kalau tiba-tiba je muzik atau sebarang audio dimainkan dengan sendiri…(agh…pc aku kenavirus hantu ke?? :)

Ini hanya sebahagian simpton atau tanda-tandanya sahaja. Banyak lagi simpton-simpton lain yang menunjukkan pc anda diserang virus.

Biasanya, saya hanya mengambil jalan mudah jika pc saya kena virus…FORMAT la…apa lagi. Tapi yang lecehnya, lepas tu semua program kena install balik :(

Kepada sesiapa yang menghadapi masalah yang sama iaitu tak boleh masuk Windows, cubalah cara ini…semoga dapat membantu dan menambahkan kemahiran teknikal kita semua. Dan satu lagi…dapat save budget…sebab tak perlu bawa ke kedai.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

4 Responses to “PC VS Windows Vs Viruse”

  1. abdfatah Says:

    dah hantar kedai dah… dan dah format pun. format bahgian C aje. backup duk dalam D . saya punya pc gelap gelita tatkala berada di kedai pc. takleh bukak langsung… duk kat uamh elok je bleh bukak, problemonya takleh nak tutup… hang gitu je…

    lepas tu ke kedai aje laaa jawbnya. jenuh jugak laa nak nunggu install perogram semunya. inipun banyak lagi nak install… tapi kelo nak belajar bunuh birus tu… bleh jenguk buangvirus dot com

  2. halyda_6 Says:

    Biasanya husband saya akan cuba guna cara tersebut sebelum format. Sebab penat nak install balik semua program. Kalau tak boleh diselamatkan barulah format dan reinstall Windows balik.
    Malam tadi abang saya dari Putrajaya datang bawa CPU dia. Katanya Windows dia slow. Kalau nak buka MS Office tu, dekat 10 minit baru program dia keluar. So saya tengok husband saya masukkan installer Windows dan install balik. Kebetulan CD installer tu version yang latest dari Windows kat dalam CPU abang saya tu, jadi terus upgrade. Bila upgrade ni, tak perlulah reinstall program-program lain. Selepas install, alhamdulillah OK. Nak load program-program yang berat-perat pun tak lama.

  3. naem Says:

    oo..laptop saya plak lainnya masalah..saya tak dpt buka microsoft office..silap tekan, terus uninstall software microsoft office..kebetulan cd dah takde..so..skang dah takda mo tu la…

    huhuhu..laptop ni plak tak boleh tutup..kalo shut down, nak on balik nanti kena guna safe mode..tak pun last known config..tension2..so, skang stand by je memanjang..

  4. halyda_6 Says:

    try la guna command chkdsk tu…mana tau jadi…:)

Leave a Reply