14 Aug

Memproses Form ke Database

Agak lama kita saya meninggalkan posting berkenaan dengan HTML, PHP dan MySQL ni… hari ini kita sambung kembali dengan contoh yang mudah dan senang…check it out…

Setelah kita berkenalan dengan HTML tags, PHP dan MySQL, mari kita belajar membina webpage yang mempunyai borang untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan oleh user ke dalam database.

Maklumat user yang ingin disimpan adalah Nama dan Alamat. Jadi bina sebuah database MySQL seperti contoh di bawah:

CREATE DATABASE IF NOT EXISTS testdb;
USE testdb;DROP TABLE IF EXISTS `user`;
CREATE TABLE `user` ( `ID` int(10) unsigned NOT NULL auto_increment,
`Name` varchar(45) NOT NULL,`Address` varchar(100) NOT NULL,
PRIMARY KEY  (`ID`)

) ENGINE=InnoDB DEFAULT CHARSET=latin1;

Kemudian buatkan borang menggunakan HTML editor. Di sini kita perlu menggunakan tags <form> dan <input> seperti contoh yang di bawah:

Sila isi maklumat di bawah:
<form action="ProsesBorang.php" name="frmBorang" method="POST">
<table width="475"><tr><td><b>Nama :</b></td><td><input name="txtName" type="text" size="55">
</td></tr><tr><td><b>Alamat :</b></td><td><textarea name="txtAddress" type="text" size="47" rows="4" cols="42"></textarea></td></tr>
</table><br><input type="submit" value="Hantar">
</form>

Fail HTML ini kemudiannya dinamakan Borang.htm.

Untuk memasukkan maklumat yang diisi dalam borang tersebut ke dalam database MySQL tadi, kita kena buatkan skrip PHP seperti contoh ini:

<?php
$myDB = mysql_connect("localhost","root","sql");
mysql_select_db("testDB",$myDB);

$sName = $_POST['txtName'];
$sAddress = $_POST['txtAddress'];

$insertSQL = sprintf("INSERT INTO user (Name, Address) VALUES ('$sName', '$sAddress')");
mysql_query($insertSQL, $myDB);

mysql_close();

echo "Terima Kasih kerana mendaftar.";
?>

Fail tersebut dinamakan pula ProsesBorang.php.

Sekarang, siaplah contoh bagaimana nak proses maklumat yang dimasukkan oleh user ke dalam database.

p/s-saya cuba nak masukkan contoh borang tu, tapi nampaknya ada masalah sikit…kalau ada sesiapa yang berminat nak tau dengan lebih lanjut, harap dapat inform saya. Saya akan usahakan.

Jumpa lagi….

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply