31 Aug

Melangkah ke Alam Juara

 

 

Tanggal 29 Ogos 2007, pasukan bolasepak (B23) Malaysia dinobatkan sebagai juara Pesta Bola Merdeka edisi yang ke-39. Dengan dibantu gema sorakan ribuan para peminat, stadium Shah Alam menjadi saksi kesungguhan anak-anak muda yang memikul tanggungjawab untuk memulihkan imej pasukan negara yang tercalar teruk pada kejohanan Piala Asia.

Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat kerana menghadiahkan kemenangan untuk para peminat sukan nombor 1 dunia, di negara kita. Walaupun kejohanan ini bukan satu kejohanan yang berprestij, tetapi corak persembahan yang memberansangkan sepanjang kejohanan, sudah cukup memberi sinar harapan untuk meningkatkan pencapaian pasukan negara di area bolasepak ke tahap yang lebih tinggi.

Secara umumnya, prestasi dan semangat yang ditunjukkan oleh pemain-pemain muda yang kebanyakannya pernah menggalas cabaran kelayakan sukan Olimpik, amat membanggakan. Namun kita harapkan, kemenangan baru-baru ini tidak melekakan mereka kerana ujian sebenar selepas ini ialah pertandingan Sukan Sea di Korat pada penghujung tahun ini.

Semoga para pemain dan pihak yang terlibat sedar tanggungjawab mereka untuk mengharumkan negara. Jadi janganlah terlalu mengharapkan pujian dan sanjungan sebelum sampai masanya. Seperti ramai perminat berkata, dua sukan di negara kita yang tidak boleh dipuji melambung, ialah bolasepak dan batminton.

Penyerang kembar Safee Sali dan Zaquan Adha harus dipuji dengan gol cantik yang disumbangkan pada malam final tempoh hari. Nampak mereka tenang dan tidak gopoh untuk memberi cabaran kepada benteng lawan. Walau bagaimana pun, kejayaan sesebuah pasukan itu bukan disandarkan pada satu dua pemain, tetapi keseluruhan pasukan.

Pemain-pemain muda ini harus diasah bukan dari segi fizikal dan skill malah dari segi mental agar mereka sentiasa tenang dan bijak mengatur gerakan. Sedikit sebanyak elemen ini dapat kita temui dalam skuad B23 ini berbanding pasukan senior.

Sudah semestinya peminat pasukan bolasepak negara berdebar-debar menantikan aksi seterusnya pasukan negara. Semoga tiada lagi aksi dibelasah dihidangkan :).

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

6 Responses to “Melangkah ke Alam Juara”

  1. abdfatah Says:

    no komen… best of the best.

  2. azwanhadzree Says:

    Walaupun aku agak terkejut .. especially cara pasukan lawan bermain, tapi kita menang kan :)

  3. zool Says:

    Biasalah.. masa dah score 3 0 tu ada cuak bila pasukan lawan menyerang habis-habisan,..
    nasib baik pasukan kita mampu mengawal asakan pihak lawan…

  4. halyda_6 Says:

    Semoga kejayaan mereka dapat mengubat kesedihan peminat bola sepak atas tragedi yang memilukan baru-baru ini. Moga suatu iktibar atau pengajaran dapat diambil oleh mereka yang berkaitan…

  5. MRozaidi Says:

    aku pun risau dari awal lagi..sebelum perlawanan lagi..badi siaran langsung selalu buat Malaysia kalah..lama dah aku perhatikan..jika tiada siaran langsung menang plak..

  6. halyda_6 Says:

    Moga lepas ni badi tu akan beransur hilang perlahan-lahan…seronok gak bila dah biasa kalah, tetiba menang kan…feel dia lain skit dari sentiasa menng…tapi lain pulak perasaannya bila selalu menang tetiba kalah… :(
    anyway…dah jadi adat. Kalau semua menang siapa yang nak kalah pulak kan :)

Leave a Reply