18 Sep
Salam Ramadhan,
Pada tanggal 15 September 2007 yang lalu, tepat jam 11.20am, Adila telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.00kg. Bayi bertuah ini kemudiannya telah didaftarkan dengan nama SOFEA INSYIRAH.
Ni possing Sofea ketika tidur tadi. Kesian dia kepenatan duk follow-up pergi klinik check darah sebab naik kuning.
Okla, dah nak berbuka ni…
Posted in Rehat Sejenak by: Adila
37 Comments
14 Sep
Semalam saya dapat berpuasa dengan jayanya walaupun hampir kehilangan tenaga. Nasib baik baby kat dalam ni ok dan faham ibu dia puasa. Tapi risau jugak sebab dia macam kurang bergerak sikit. Mungkin lapar kot…
Cuma Muqrie jer meragam sikit. Penat jugak dibuatnya. Dan malam tadi badannya panas. Nak demam rupanya. Saya dah bagi makan ubat demam. […]
Posted in Keagamaan by: Adila
4 Comments
13 Sep
Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua…moga kedatangan Ramadhan membuatkan kita lebih bersemangat untuk beribadat. Dan jangan pula kedatangan bulan penuh rahmat ini dijadikan alasan untuk bermalas-malasan kerana alasan penat dan keletihan kerana berpuasa.
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Berpuasa untuk semua teman-teman. Dan dikesempatan ini, kemaafan dipohon andai ada tersalah dan silap sepanjang perkenalan […]
Posted in Keagamaan by: Adila
4 Comments
10 Sep
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua…Hampir seminggu saya menyepi. Bekerja keras untuk menyiapkan kerja sebelum due date untuk bersalin. Ada lagi kira-kira 3-4 minggu sebelum due date saya. Dan kerja masih lagi menimbun…
Semenjak dua menjak ni mata asyik mengantuk jer. Kalau sebelum ni, dapat jugak stay back untuk buat kerja, tapi sekarang lain macam la […]
Posted in Keagamaan by: Adila
11 Comments
04 Sep
Semakin hari semakin berdebar menunggu bulan Oktober. Hati ini sentiasa gundah gulana memikirkan saat kelahiran baby…dan melalui pembacaan saya situasi ini adalah normal bagi seorang ibu.
Apa yang paling merisaukan saya, di mana nak letakkan si comel permata hati saya Muqrie Rahimi di saat kelahiran baby nanti. Sebab di saat melahirkan baby, saya amat perlukan husband […]
Posted in Kesihatan by: Adila
9 Comments