Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua…moga kedatangan Ramadhan membuatkan kita lebih bersemangat untuk beribadat. Dan jangan pula kedatangan bulan penuh rahmat ini dijadikan alasan untuk bermalas-malasan kerana alasan penat dan keletihan kerana berpuasa.
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Berpuasa untuk semua teman-teman. Dan dikesempatan ini, kemaafan dipohon andai ada tersalah dan silap sepanjang perkenalan kita semua di alam maya ini. Kot ada komen yang menyakitkan dari shahdila.com tu…mintak maaf banyak-banyak yer…
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan…
Tahun ini kita bertemu lagi…moga ia lebih bermakna dan bererti dari tahun yang sebelumnya. Ramadhan disambut dengan penuh kegembiraan. Dan tak kurang juga yang berasa cemas dan risau. Risau kerana takut berpuasa dan tidak dapat melakukan aktiviti dan rutin harian seperti sebelumnya.
Tapi bagi yang dapat memahami fadhilatnya, Ramadhan dinantikan dengan penuh pengharapan dan kesyukuran seperti yang dijelaskan oleh Baginda Rasulullah melalui hadisnya
“Sekiranya umatku mengetahui kemuliaan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangannya sepanjang tahun:
Istimewanya Ramadhan sehingga sehingga ditegaskan oleh Nabi Muhammad “Ramadhan adalah penghulu kepada bulan-bulan yang lain”.
Dikesempatan ini saya ingin berkongsi fadhilat terawih untuk malam pertama dan kedua. Semoga kita mengambil kesempatan ini untuk menggandakan amalan dan mencari keredhaanNya.
Fadhilat solat terawikh diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan ramadhan:
malam 1:
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
malam 2:
diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Selepas ini kita akan sambung lagi dengan malam yang seterusnya. Insya Allah.
P/s- Pagi tadi saya bersahur simple saja. Masak ayam merah dengan sayur. Minum susu dan air masak. Tu pun tak habis nasi…tak talu… Lantaran serangan selsema dan batuk secara mengejut. Demam pun dah mula bertandang. Semalam dah gi klinik…Lepas balik klinik, terus terbaring sampai petang. Yang tak bestnya, anak saya turut tumpang selsema sama dengan saya. Kesian dia. Terbatuk-batuk.
Saya percaya setiap ibu pasti akan berkata, “Ya Allah, sembuhkanlah anakku dari sebarang penyakit. Biarla aku sakit, tak pe. Asalkan anakku sihat setiap masa”.

























Posted
on
Thursday, September 13th, 2007 at 7:54 am under


Semoga cepat sembuh…AMIN
September 13th, 2007 at 7:47 pmTerima kasih kerana berkongsi fadhilat…
Tq bebanyak zool. sekarang ni pun dok sok-sek lagi. syukur semalam dapat habiskan puasa…Fadhilat dikongsi bersama demi kebaikan bersama.
September 14th, 2007 at 6:50 amsalam Ramadhan El-Mubarak…
semoga kita dapat memeprtingkatkan amalan kita di bulan yang mulia ini,insyaallah…
p.s : semoga cepat sembuh dari selsema..
September 14th, 2007 at 6:56 amTq bebanyak Zuhairi…
September 14th, 2007 at 9:34 amDan moga kehadiran Ramadhan hadir bersama seribu rahmat untuk kita semua….Insya Allah. Mooga ia lebih bererti dari sebelumnya…