14 Sep

Kelebihan Ramadhan

Semalam saya dapat berpuasa dengan jayanya walaupun hampir kehilangan tenaga. Nasib baik baby kat dalam ni ok dan faham ibu dia puasa. Tapi risau jugak sebab dia macam kurang bergerak sikit. Mungkin lapar kot…

Cuma Muqrie jer meragam sikit. Penat jugak dibuatnya. Dan malam tadi badannya panas. Nak demam rupanya. Saya dah bagi makan ubat demam. Nampaknya lega sikit dari malam tadi. Masa saya sedang menaip posting ni (10.10 pagi), dia sedang tidur lagi. Kesian dia. Dapat demam dari saya kot…moga cepat sembuh yer anak ibu sayang… :)

Harap-harap saya sempatla berpuasa lebih 20 hari sebelum due date. Tak larat nak mengganti kalau tingal banyak-banyak. Tapi kalau dah terpaksa….kena la jugak…

Tadi semasa berjalan ke sana ke mari di alam maya ini setelah penat mata mengadap PC dan mengetuk keyboard ni, saya bertemu dengan sesuatu yang istimewa. Fadhilat bulan Ramadhan. Banyak sungguh kelebihan bulan penuh barakah ini. Salah satu hadis yang saya baca tu berbunyi begini:

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”

Begitu sekali pahala dan balasan yang dijanjikan untuk kita umat Nabi Muhammad. Sebenarnya, perkara-perkara istimewa seperti inilah yang membuatkan kita lebih bersemangat lagi untuk menggandakan ibadah di bulan yang mulia ini.

Ini pula adalah sambungan bagi fadhilat terawikh untuk malam ni dan seterusnya….

malam 3:
Berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.’

malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran.

malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, masjid Madinah dan masjid Aqsa.

malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

Sengaja saya berikan fadihat ni sampai malam ke 6. Sebab besok nak balik kampung mertua. Dua hari tak berblog.

Selepas Raya ni adik bongsu dan adik ipar saya akan mendirikan rumahtangga. Tumpang gembira untuk mereka. Lepas ni tak delah adik saya bertandang ke rumah macam sekarang. Tidur dan borak bersama-sama. Terasa cepat masa berlalu…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

4 Responses to “Kelebihan Ramadhan”

  1. kucau Says:

    thanks for the. happy ramadhan al mubarak

  2. ali sihatsokmo Says:

    salam ramadhan adila.
    saya ada terbaca hadis fadhilat tarawikh tu palsu…
    wallahu a’lam. (sila ke blog saya)

  3. shutterspeaks Says:

    selamat balik ke kampung adila dan selamat menyambut puasa.

    saya pun ada kongsi fadilat tuh tapi dah “del” dah skang sbb kesahihannya diragui… wallahualam.

  4. afyna Says:

    assalamualaikum…emm..salam dhulurkn pada sume umat islam yang menyambut puasa…dharapkan kalian sume tabah menghadapi apa jua cabaran yang mendatang dalm bulan mulia nie…itu sume untuk menguji tahap kesabaran dan ketabahan seseorang menghadapi cabaran..itu sume kerja ALLA S.W.T……wallahualam………………………………………………………………………

Leave a Reply