Ramadhan
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua…Hampir seminggu saya menyepi. Bekerja keras untuk menyiapkan kerja sebelum due date untuk bersalin. Ada lagi kira-kira 3-4 minggu sebelum due date saya. Dan kerja masih lagi menimbun…
Semenjak dua menjak ni mata asyik mengantuk jer. Kalau sebelum ni, dapat jugak stay back untuk buat kerja, tapi sekarang lain macam la pulak. Lagipun cuaca pun asyik mendung dan hujan jer. Tu yang sedap nak tidur tu…Tilam bagaikan melambai-lambai…
Hujung minggu lepas, saya menghabiskan masa dengan bergathering…Saturday join husband gi gathering schoolmate dia kat Cititel Hotel dan Monday pulak gi tengok kawan saya yang baru bersalin.
Bila tengok baby orang, makin tak sabar nak tengok baby sendiri. Cute dan tembam baby tu…
Malam tadi, balik saya tengok post box. Ada sesuatu pasal Ramadhan yang hampir menjelang. Teringin nak kongsi bersama dengan semua…
Adab Makan Dan Minum Dalam Bulan Ramadhan….Setelah dibaca dan disummarykan dengan sebaik mungkin ini, inilah hasilnya :
- Jangan berlebih makan dan minum semasa berbuka-Kot dah teguk 2,3 gelas air, kuih dan nasi…alamatnya tersadai tepi dinding lar…
- Amalkan berbuka dengan 3 biji kurma dan air mineral atau zam-zam.
- Solat Maghrib berjemaah. Ini dapat elakkan dari makan berlebihan kerana kita kejar waktu…
- Ambil makanan berat selepas solat Maghrib. Elakkan yang berlemak atau masin. Makan secara sederhana dan utamakan makanan berunsurkan protein
- Siap sedia lebih awal untuk solat Isya’ dan terawih
- Alas perut dengan sedikit makanan selepas solat Isya’. Makanlah buah, kuih muih atau kurma.
- Tidur awal. Nanti nak kena bangun sahur pulak…sebaik-baiknya kalau mampu, sambunglah bersolat malam untuk beberapa rakaat
- Bangun sahur…walau pun dengan segelas air mineral atau zam-zam. Bersahurlah dengan satu jenis protein sahaja dalam hidangan makanan. (pernah dengar tak, bahawa kita tidak digalakkan makan makanan laut dan darat dalam satu masa?
Allah telah menciptakan organ dan sistem tubuh badan kita bersesuaian dengan tuntutan ibadah dan perubahan fizikal dan fisiologi dalam bulan Ramadhan. Ia mampu bertahan walaupun dengan makanan dan minuman yang kurang berbanding dengan bulan-bulan lain. Malah menjadikan kita terus sihat dan memberi ruang dan waktu untuk perut berehat setelah 11 bulan bekerja tanpa henti…
P/s-Tadi saya ada dengar lagu Menanti Di Alam Barzakh dari kumpulan Far East. Best lagunya. Mendatangkan keinsafan.Tapi memandangkan saya tak leh nak upload video tu, saya bagi link dia. Dengar kata video ni sebenarnya telah di gam kerana penggambarannya adalah kematian yang sebenar.

























Posted
on
Monday, September 10th, 2007 at 9:54 am under


yeaa ramadhan telah kembali lagi untuk tahun 2007. selamat posa dan selamat maju jaya…
p/s : nape takleh post video adila?
September 10th, 2007 at 12:19 pmNtah…dah banyak kali cuba tapi still tak dapat. nak cek plug in dia dulu…
September 10th, 2007 at 3:22 pmSemoga Ramadhan tahun ini hadir bersama seribu keberkatan dan rahmat untuk kita semua…
nah hamnik kat sini cuba try :
http://www.profidsteps.com/blog/index.php/2007/09/tips/merdeka-fireworks.html
September 10th, 2007 at 5:02 pmBagus..Manis Nyer Jika Ada Seorang Lagi Penambahan..Huhu..Bergembirala Ramadan Ni..RAya Pun Sama Kan..Ramai Orang Datang Umah..Selamat Berpuasa
September 10th, 2007 at 10:00 pmtq bebanyak fatah…hari tu ada gak tanya di forum smartzul. dia ada bagi gak caranya. Nanti saya cuba. Tak bestla bubuh link saja…tak class hehe
September 11th, 2007 at 12:35 pmmrozaidi, memang seronok dan tak tergambar perasaan ni menunggu penambahan ini…
September 11th, 2007 at 12:37 pmTapi tahun ni raya dalam pantang la nampaknya. Baju raya pun tak beli…cuma buat persediaan untuk anak jer…
try baju raya style lepas beranak laa pulak…
September 11th, 2007 at 1:54 pmUhu.. Jimat Berbuka Jimat Belanja. Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
September 12th, 2007 at 1:26 amAntara salah konsep orang kita di bulan Ramadhan:
1) Berbelanja lebih dari bulan-bulan biasa
2) Beribadah banyak di awal bulan, sikit di hujung bulan (maklumlah, dekat2 nak Raya)…
InysaAllah tahun ni kita perbetulkan…
September 12th, 2007 at 8:20 pmNampaknya macam tu la Fatah. Kain dah beli tapi tak gi jahit lagi…baju tu nanti akan jadi baju lepas raya la…
September 13th, 2007 at 7:56 amBetul tu Qai dan Kerasma…
September 13th, 2007 at 8:08 amtapi kekadang tu, bila gi bazar Ramadhan,benda tak pernah kita beli pun jadi nak beli..terliur. Semua nampak sedap.Tapi sebenarnya, masa berbuka tu, bukan kita makan pun…
Kalau kita perhatikan, kedatangan Ramadhan bukan saja bawa rahmat dan pahaa yang melimpah, tapi ia juga pintu rezeki pada para peniaga…tetapi ada jugak peniaga atau penjual yang bidang terjun dan mengambil jalan mudah untuk untung. Jual makanan yang tak berkualiti, tapi meletakkan harga yang mahal…