04 Sep

Saat Ku Idamkan…

Semakin hari semakin berdebar menunggu bulan Oktober. Hati ini sentiasa gundah gulana memikirkan saat kelahiran baby…dan melalui pembacaan saya situasi ini adalah normal bagi seorang ibu.

Apa yang paling merisaukan saya, di mana nak letakkan si comel permata hati saya Muqrie Rahimi di saat kelahiran baby nanti. Sebab di saat melahirkan baby, saya amat perlukan husband berada di sisi untuk memberikan semangat dan melihat sendiri susah payah seorang isteri melahirkan anak…

Sebenarnya, saat ini perlu dikongsi oleh semua suami. Bila melihat kesusahan dan betapa getirnya saat itu, barulah mereka akan betul-betul menghargai anugerah yang Allah kurniakan itu. Salah satu cara nak elakkan dera anak dan kasih sayang pada anak dan isteri tu akan bertambah.

Saya ada seorang abang di Putrajaya dan adik bongsu di Cheras. Tapi risau jugak dibuatnya saya bersalin masa semua orang di tempat kerja…dan hati ini selalu berbisik…Insya’ Allah pasti ada jalan penyelesaiannya…

Sekarang ni saya sedang berusaha sedaya mungkin untuk menyiapkan semua kerja sebelum bersalin. Bimbang jugak takut customer lari kalau terlalu lama kerja mereka diperam.

Terima kasih tak terhingga untuk abang tersayang kerana telah membelikan set bersalin Leesa Formula untuk saya. Memang saya tertarik dengan produk dia. Terutama sekali dengan bengkung dan tukunya. Nampak senang dan boleh dihandle oleh ibu yang dalam pantang tu sendiri.

Dan hari ini, hati saya terlalu gembira melihat perkembangan Muqrie. Sejak Jumaat malam lepas, dia merengek kata sakit gigi, kejap sakit kat pipi, kejap sakit bawah dagu. Mulanya saya anggapkan dia kena gigit nyamuk. Bila cari kesannya tak ada la pulak…

Pagi Sabtu rengekannya semakin teruk dan hati saya makin risau. Rupanya dia kena beguk. Ada bengkak di bawah dagunya sampai ke telinga. Dengan bantuan pakar (tepon mak kat kampung…) saya sapukan nila dengan asam limau. Sebenarnya kena sapu nila campur cuka, tapi masa tu tak ada cuka, asam limau pun jadila…

Selepas tu dia nampak sedikit ok tapi tetap mmerengek. Kepala tak boleh pusing langsung. Nak baring dalam buai jer…makan pun tak nak. Sakit katanya. Sedih dan pilu tengok dia macam tu…kata orang-orang tua, bengkak tu akan hilang dalam 2 atau 3 hari.

Akhirnya, tak sanggup melihat dia macam tu, saya dan husband bawa ke klinik. Doktor kata dia kena jangkitan mungkin dari persekitaran atau batuk. Tonsel dan bahagian dalam telinganya merah, suhu badan pun dah mula naik. Dan saya terfikir, memang ada kawan dia yang batuk tahap kaw-kaw.

Bukan nak salahkan budak tu, tapi sebagai pengajaran pada saya, elakkan anak dari bermain dengan kawan-kawan yang tak sihat. Benda dah nak jadi…tapi kalau boleh elakkan, berusahalah ke arah itu.

Dan satu lagi, anak saya ni dia akan bersemangat dan cepat jer kebah demamnya kalau jumpa doktor.

Balik jer dari klinik, dia dah mula main semua kren dan lori-lorinya sampai 3 pagi. Sampai mengantuk saya menjangkaui tahap karma. Sebenarnya saya faham, dia takut nak baring takut leher dia sakit. Dan malam tadi, dia dah mula baring sendiri dan masuk buai sendiri tanpa risaukan leher dia lagi, dan saya pun lega tak terkata. Syukur Al-Hamdulillah!

Kesan nila masih ada lagi di pipi dan dagunya. Bila saya nak basuh, dia tak bagi. Katanya “Nanti leher Yie sakit lagi…biar la ibu…” Akur dengan kehendak dia, saya hanya siram air semasa dia mandi dan berharap kesan tu akan tanggal secepatnya.

Betapa gelisah dan resahnya hati seorang ibu melihat anak sakit…dan bagaimanakah hati seorang anak apabila ibunya sakit. Pepatah yang biasa didengar, seorang ibu boleh jaga sepuluh orang anak, tapi seorang anak belum tentu dapat jaga seorang ibu…

Wahai yang bergelar anak…
Peliharalah hati seorang ibu,
Jagalah perasaan dan hiasilah hari tua mereka dengan penuh kasih sayang dan gelak tawa. Semoga tiada rasa kesepaian dan keterpinggiran melanda hatinya…
Kerana sesungguhnya, sebelum menjadi seorang ibu…kita adalah seorang anak kepada seorang ibu…Dan, apa yang kita lakukan hari ini, balasannya tetap dirasai di kemudian hari…
Seorang anak itu akan merasai dan mengerti perasaan seorang ibu bila dia bergelar ibu..dan dia mengharapkan…wahai anakku, jadilah anak yang soleh…(dan bermacam-macam doa dipanjatkan untuk anak walaupun masih kecil dan tidak mengerti.)
Dan kita sebagai anak…luangkanlah sedikit ruangdalam doa selepas solat, doakan kesejahteraan ibu dan ayah…hadiahkan Al-Fatihah andai mereka telah mengadapNya.

Untuk abah…sekalung Al-Fatihah dan semoga abah tenang dan damai di sana.

p/s-Panjang la pulak posting untuk haari ini… :)

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

9 Responses to “Saat Ku Idamkan…”

  1. mrozaidi Says:

    Dah Nak Beranak Dah Ke..Selamat La Nanti ek..Anak Laki Ke Pompuan?..

  2. halyda_6 Says:

    Aah…bulan Oktober nanti..mungkin seminggu sebelum raya :) Tak sure anak laki ke pompuan. Sebab masa scan tak nampak..

  3. mohdismail Says:

    :) tak sabar nampaknya menanti anugerah dari Tuhan.. he he..

  4. halyda_6 Says:

    memang tak sabar rasanya…makin hari makin berdebar…risau pun ada, gembira tu tak terkata la…doakan keselamatan saya dan baby…

  5. Helmi Hakim Says:

    Moga dilimpahkan lebih rezeki dari keberkatan mendapat anak :)

    Insyallah…

  6. halyda_6 Says:

    Terima kasih bebanyak Hilmi…semoga rezeki kami sekeluarga melimpah ruah dengan kehadiran orang baru…Insya Allah

  7. mrozaidi Says:

    Ni Anak Yang Ke Berapa Ek..

  8. halyda_6 Says:

    Nak tau anak yang ke berapa? Cuba teka? :).
    Klue jawapan ada pada posting-posting sebelum ni…kalau rajin, trylah cari..hihi

  9. ramadhan kembali Says:

    anak ketiga dan kembar tiga… wuhuhuuuu

Leave a Reply