30 Oct

I’m Back

Assalamualaikum dan salam sayang penuh kerinduan kepada semua…

Moga masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN untuk semua….

Lega yang teramat sangat kerana saya dah habis pantang 40 hari. Sofea Insyirah pun dah selamat menjalani majlis cukur jambul. Muqrie Rahimi pun dah dapat menerima hakikat bahawa dia dah ada adik dan terpaksa berkongsi kasih dengan adiknya…dia pun nampaknya dah mula sayang dan naik berang kalau ada sesiapa usik nak ambil adik dia. Saya seronok sangat dengan perkembangan ini… ;)

Sepanjang berpantang, saya dijaga sepenuhnya oleh suami tersayang…sebenarnya ada terniat dan tergerak di hati nak balik kampung, tapi suami saya teringin nak melihat perkembangan anak dari awal lahir sampai habis pantang. Sebab masa Muqrie dahulu, lepas bersalin terus balik kampung. Suami saya hanya pulang dua minggu sekali. Tak sempat tengok perkembangan anak sulung dia…sebab tu kali ni dia nak jaga. Berkongsi segalanya, susah dan senang bersama :)

Sekarang Sofea pun dah sebulan lebih…teringat pulak masa nak bersalinkan dia…malam sebelum tu, saya tergerak hati untuk kemaskan segala kelengkapan untuk baby dan saya untuk persediaan bersalin. Saya mula rasa sakit lepas sahur puasa yang ke tiga. Mulanya ingatkan sakit perut biasa je, sebab kalau nak bersalin pun rasanya terlalu awal. Tapi bila sakit dah makin kerap, saya cakap kat husband. Nak pergi hospital pun tak confident, sebab tak rasa macam nak bersalin.

Bila dah keluar tanda, barulah saya terpaksa yakinkan diri sendiri. Pukul 9 baru pergi hospital. Sepanjang pukul 5 pagi hingga 9 pagi, saya sibukkan diri mengemas rumah. Sampai husband pun tak percaya betul ke saya nak bersalin. Sebenarnya saya takut nak gi hospital. Takut kena tahan ward kalau tak betul-betul nak bersalin. Malas duduk dalam ward. Sebelum pergi saya sempat teguk minyak selusuh :) dengan doa agar senang bersalin dan tak ada masalah semasa dan selepas proses bersalin.

Sampai kat hospital, tak sampai setengah jam masuk labour room, baby dah tak sabar-sabar nak keluar. Nasib baik husband saya sempat masuk menemani saya. Sebenarnya, saat begitu, suami adalah kekuatan bagi saya. Suara dia adalah pemberi semangat bagi saya…Sentuhan tangan dia merupakan aliran tenaga yang menguatkan semangat saya…kehadiran dia di sisi di saat-saat seperti itu membuatkan saya makin bertenaga dan bersemangat.

Dan, saat memeluk baby selepas proses kelahiran, hanya kami, kaum ibu yang dapat merasai kenikmatan dan keindahan rasa itu…rasa kepuasan dan kegembiraan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hilang segala rasa sakit dan segala rasa kebimbangan yang menghantui…Saat menatap wajah comel Sofea Insyirah…saat suami menggenggam tangan saya tanda segalanya dah selamat..hanya kesyukuran saya panjatkan.

Sebenarnya, kehadiran suami selain daripada pemberi semangat dan kekuatan untuk kita…ada perkara lain lagi. Kehadiran suami, melihat sendiri susah payah kita bersalinkan anak dia, bergalang, berganti nyawa untuk anak, dapat memberikan satu rasa keinsafan untuk para suami. Mereka akan lebih menghargai kesusahan dan kesakitan isteri di saat melahirkan. Rasa kasihan dan kasih sayang akan bertambah. Suami juga akan turut menghargai insan kecil yang baru mengenal dunia…dan ia juga adalah satu pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit…

Tapi tak kurang juga ada suami yang mabuk darah atau lemah semangat.Sebelum isteri bersalin, dia dah selamat terbaring di lantai. Itu dah tak boleh nak buat apa la kan…

Rasanya inilah posting yang terpanjang dari saya…rasanya semua benda nak saya kongsikan bersama…kegembiraan menerima cahaya mata baru…rasa lengkap hidup ini…terasa indah…diserikan dengan putera dan puteri yang comel dan menenangkan hati.

Sekarang saya dah kena jaga dua permata hati. Terasa kejap je masa berlalu. Sedar-sedar dah nak malam. Sofea pulak jenis yang tidur siang dan berjaga malam. Pukul sebelas malam ke atas, kena standby la…tapi biasanya malam dia prefer dengan abah dia :)

Rasa seronok dan puas melihat perkembangan anak membesar depan mata. Paling best, masa tengok anak-anak tidur. Nampak tenang dan lena je tidur tu. Muka pun nampak bersih dan berseri. Buat hati seorang ibu menjadi tenang dan puas. Segala rasa kasih dan sayang tertumpah di situ. Tapi, saat mereka meragam dan menangis, hanya kesabaran dan kasih sayang menjadi benteng pertahanan …

Masa berpantang hari tu, tak sabar rasanya nak aktif berblog…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

7 Responses to “I’m Back”

  1. zool Says:

    Selamat hendaknya… Semoga akan menulis blog dengan lebih bersemangat….

  2. shutterspeaks Says:

    hai,,, selamat hari raya maaf zahir & batin, pejam celik pejam celik dah abes dah pantang. x sedar betul, azwan dah pun dpt anak perempuan, saya pula menunggu masa aja nih. jangkaannya hujung bln nih… apap2pun, moga semuanya sihat2 belaka ;-)

  3. musnaz Says:

    masyaAllah… story ni bakal jadi deejavu nih, hu hu… apa pon, tahniah di atas kurniaan rezki anak yang telah selamat dilahirkan…. fyi, wife saya tengah sarat gak ni mengandungkan anak lelaki kedua kami (dah siap scan dulu dah, he)… anytime je nih… die punye sakit contraction pon dah lain macam jek…. hu hu…. kami pon berharap anak sulung kami yang baru nak masuk 2 tahun tu menerima dan menyayangi adiknye, he…. - salam perkenalan dan selamat hari raya aidilfitri….

  4. halyda_6 Says:

    Terima kasih bebanyak….zool

    masa berlalu…tak terasa…
    ..musim ni musim blogger dapat baby la yer…seronok kan…cuma terasa tanggungjawab dan tugas makin bertambah la sikit…
    Anak saya yang sulung tu pun dah mula terima hakikat..kena share
    Tahniah untuk Azwan…dapat pomuan jugak yer…

    Salam perkenalan untuk musnaz…awal-awal memangla anak sulung tak dapat terima hakikat terpaksa berkongsi kasih dengan baby…tambah lagi bila tengok mamanya dalam pantang asyik pegang baby jer…jelesla kawan tu…tapi saya buat masa ni selalu lebihkan yang slung…takut dia terasa hati dan rasa terpinggir…actually…tak puas lagi bermain dan melayan anak sulung tu…

  5. azwan Says:

    he..he.. sama nama ya Sofea tu :)

    i tunggu sampai baby keluar aje, lepas tu terus tunggu luar. takut tengok darah especially sewaktu proses menjahit tu. tak lah sampai pengsan tapi takut gak

  6. halyda_6 Says:

    Husband saya pun tunggu sampai baby keluar gak…lepas tu nurse suh tunggu kat luar. Dia masuk setelah semua dah setel dan qamatkan baby…syahdu je bila terinagt saat itu…
    terfikir di minda itu…itulah kejadian manusia…

  7. musnaz Says:

    yee… nampaknye tu lah strateginya… time pantang ni lah layan anak sulung sehabis baik… maka die akan tau yang kita sayang kat die… tak luak de….

Leave a Reply