Akal Vs Al-Quran
Sejak dua menjak ni saya seronok membaca dan mengikuti satu forum yang berkaitan dengan mencerdaskan fikiran menggunakan Al-Quran…
Bila kita tengok keadaan sekeliling, dengan persekitaran yang agak lari dari agama, pergaulan anak-anak semakin melanggari batasan, perlakuan muda mudi, dan sesetengah bapa atau saudara mara-mara yang umpama pagar makan padi… mak bapa yang berkerja keras mencari duit…anak-anak berkeliaran…
Media sering melaungkan…”Siapa yang harus dipersalahkan…?”
Salahkan ibu bapa yang sibuk mencari duit tu…kalau kita ajukan persoalan itu, mesti jawapannya “Habis kalau tak kerja anak-anak nak bagi makan apa? Makan pasir?, diorang dah besar, taula jaga diri sendiri. Takkan nak dijaga macam anak kecil. ” Ha…macam tu pula jawapannya kan…
Kalau kita ajukan pada anak-anak, macam mana pula jawapannya “Alah, mak bapak aku tak ada kat rumah…aku boring la. Sebab tu kuar cari member…happening la jugak dari terperap sorang-sorang kat rumah. Janji duit cukup. Sekolah? Ala…diorang tak pernah ambil kisah pun…buat apa aku nak susah-susahkan diri. “
Ini baru dua jawapan…entah macam-macam respon lagi kalau kita kupas satu persatu…
Bagi saya, semua ini berlaku bila kita dah mula malas nak menggunakan akal fikiran. Akal yang dikurniakan yang membezakan kita dan makhluk lain.
Bila ibu bapa mula menghadkan fikiran hanya untuk cari duit, dan remaja mula menghadkan fikiran untuk bersuka ria…di sinilah proses berfikir akan mula berkurangan…umpama satu lorong yang luas tetapi semakin hari semakin sempit dan tak mustahil satu hari nanti lorong yang makin sempit itu akan tertutup menjadi jalan mati…
Kat sini saya ingin berkongsi bersama tentang apa yang saya baca dalam forum tu…sengaja saya mulakan dengan matlamat untuk berfikir…mengapa, kenapa dan untuk apa kita perlu berfikir… sudah pasti untuk mencerdaskan otak…dan apa pula matlamat kita mencerdaskan otak? Bagaimana caranya???
Apakah matlamatnya kita diajak mencerdaskan akal fikiran menggunakan Al Quran?
Untuk mendapatkan kembali ilmu fitrah manusia yang telah Allah kurniakan sejak penciptaan Adam.
Kenapa kena guna Al Quran?
Sebab dalam Al Quran mengajar kita mengenali Allah dan mengenali diri kita sendiri
Apa yang kita dapat daripada kenali Allah dan kenali diri kita sendiri?
Kita akan beriman dengan sebenar-benar iman terhadap Kehebatan Allah, dan tahu akan keupayaan hebat sebenar yang Allah Maha Hebat bekalkan kepada kita sebagai seorang manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini
Bagaimana hendak mulakan proses mengenali Allah dan diri kita sendiri?
Kita kena mulakan dengan berfikir tentang tanda-tanda Kekuasaan Allah yang paling mudah pada tubuh badan kita atau alam semesta, sehingga secara spontan (bukannya dibuat-buat) kita pun berkata umpamanya “Hebatnya Allah!”(Subhanallah!)
Apabila bibit-bibit percintaan kita dengan Allah telah mula berputik, maka penerokaan kita untuk mengenali diri dan seterusnya membawa kita mengenali Alllah sedekat mungkin menjadi semakin senang.
Tetapi awas, jangan sekali-kali kita lalai, sebab dalam penerokaan ini kita akan terus menerus diuji oleh Allah. Macam masa kita belajar di sekolah-lah, sampai sesuatu tahap pengetahuan kita pun diberi ujian atau peperiksaan yang sesuai dengan apa yang telah kita pelajari
Apakah yang JANGAN kita lakukan ketika berfikir menerokai Allah?
Kita jangan sekali-kali SOMBONG atau ANGKUH kepada Allah dan sesama manusia. Walau bagaimana pun, oleh kerana penerokaan mengenali Allah ini umpama kita sedang belajar, maka adakalanya kita TERSOMBONG juga kerana lemahnya diri kita ini. Bila kita SOMBONG, Allah tak akan bagi ilmu baru. Bila tersedar dari SOMBONG ini, cepat-cepatlah memohon ampun kepada Allah agar SOMBONG ini tidak beranak pinak. Bila kita sudah memohon ampun, Allah akan bagi ilmu-ilmuNya yang seterusnya.
Bagaimana hendak kawal KESOMBONGAN ini?
Tujulah atau fokuslah matlamat kita berfikir itu untuk mengenali Allah itu bukannya untuk menunjuk-nunjuk sesama manusia. Buang segala sifat malas berfikir. Jangan anggap bila kita capai sesuatu tahap ilmu yang Allah beri, kita sudah kenal Allah. Dan yang paling payah kita nak buat, buangkanlah rasa cinta pada segala perhiasan duniawi. Selagi benda ini duk mengikat kita, selagi itulah melembabkan usaha kita untuk mengenali Allah.
Seronok kan baca. Secara tak langsung ia menyedarkan kita semua yang semakin alpa bahawa dalam diri ini memang ada sikap angkuh dan sombong…bila kita kata kita tak sombong…apa buktinya?? Sebab orang tak sombong tak akan mengatakan dia tak sombong. Sebab bila dia berkata begitu, maknanya dia angkuh pada diri sendiri…Orang yang tiada sikap angkuh dan sombong adalah mereka yang sentiasa merendah diri dan sentiasa tawadhuk….
Sebenarnya proses berfikir tu tak pernah berhenti…di saat-saat kematian pun kita masih berfikir…cuma sesetengah daripada kita sekarang seakan menyempitkan proses berfikir itu…sehingga sampai satu tahap akal sudah tidak dapat terjemahkan apa yang ada dalam fikiran kita….sebab itu sekarang ni terjadi berbagai-bagai benda pelik…
p/s-Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak stop kan posting kali ini… untuk pertama kaliny….

























Posted
on
Friday, November 23rd, 2007 at 10:01 am under


ya allah insafkanlah hamba mu ini…
November 23rd, 2007 at 2:41 pmsungguh menyentuh hati saya membaca apa yg adila tulis nie…rasa begitu kerdil & hina diri ini.
November 23rd, 2007 at 4:33 pmYa Mixter…sama-sama kita berdoa dan perbaiki diri…macam orang kata sehari selembar benang, lama-lama jadi kain la. Bagitu juga dengan kita, sehari sepotong ayat…alangkah indahnya kalau kita sama-sama mulakan dengan fahami ayat dalam solat kita…agar solat itu lebih bermakna dan meresap dalam diri kita…sama-samalah kita menuju ke arah itu…Insya Allah
November 24th, 2007 at 6:29 amSesungguhnya kita adalah hamba yang hina dan kerdil…rasa rendah diri dan tawadhuk akan mendekatkan kita keoada Pencipta. Saya pun rasa macam Lela…
November 24th, 2007 at 6:33 ammemang betul masa baca pun rasa cam xnak berhenti jer … thx untuk sumber pembacaan yang bermakna ni adila ..
December 7th, 2007 at 1:58 pmsama-sama kita berkongsi ilmu…semoga kecintaan kita padaNya melebihi segalanya…
December 7th, 2007 at 2:36 pm