29 Nov

Di Mana Anakku?…

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua…

Pagi ni terlewat bangun sikit…apa taknya pukul 1.00pagi pun Muqri tak tidur lagi…entah pukul berapa dia terlena saya pun tak tau…sebab yang pasti saya dah terlena lebih awal dari dia…dan Sofea sekarang ni asyik nak berkepit jer kalau tiba malam. Tau la pulak dia bila dah masuk waktu malam. Pukul 9 lebih dia dah mula merengek, nak tidur tapi nak berkepit. Ini kot yang orang selalu dok kata- ‘bawah ketiak ibu…’ :)

Malam tadi husband bentangkan tilam kat ruang tamu… hm…makin seronok la tidurnya. Sofea dan Muqrie sampai sekarang tak bangun-bangun lagi (la ni dah pukul 10.00pagi). Ye la, sebelum ni tidur atas toto dan big pillow jer. Merasa tilam, lagi seronok la lenanya…

Bercerita pasal anak-anak ni, saya teringat dua hari lepas saya ada dapat satu email pasal anak-anak ni…pasal kes penculikan anak-anak kecil. Saya tak tahula sama ada email ni yang lama atau baru sebab saya baru jer tau pasal benda nih…

Dan saya terasa bagai terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan semua…ceritanya begini…(ini adalah cerita kisah benar dari seorang guru…cerita ni dah saya olah tapi jalan ceritanya dan apa yang hendak disampaikan masih kekal.)

Di suatu malam yang hening, seorang ayah terjaga dari tidur dek tidurnya sering terganggu dan dia diselinapi perasaan aneh. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan…direnung si isteri yang lena…hatinya tergerak untuk menjenguk anaknya yang pada perkiraannya sedang lena dibuai mimpi.

Tersentak si ayah bila mendapati anak yang berusia 4 tahun tiada di tempat tidurnya. Dijenguk ke dalam toilet. Gelap jer…Setiap bilik diintai untuk mencari si anak. Hatinya bertambah gundah bila mendapati anaknya tiada dalam rumah.

Dengan diselubungi rasa risau, dia menggerakkan isteri. Apa lagi, teresak-esak si ibu bila mendapati anak yang ditidurkan beberapa jam tadi bagaikan lenyap begitu saja.

Bersama keyakinan kepada Allah, si ayah menelefon seorang ustaz dan menceritakan apa yang terjadi. Dia meminta panduan dan nasihat daripada ustaz tersebut. Ustaz tersebut mencadangkan agar si ayah tadi agar jangan membuka pintu atau tingkap rumah sehinggalah azan subuh.

Yakin dengan Allah, dan sebagai ikhtiar, ayah tadi menurut segala nasihat ustaz tadi.

Dan…bila saja azan subuh kedengaran sehingga selesai, si ayah mendapati anak yang tadi hilang sedang tidur dengan lenanya di tempat tidurnya…

Dengan penuh rasa syukur, dia menelefon ustaz tadi untuk memberitahu anaknya dah dijumpai…

Ustaz tersebut menceritakan bahawa ini adalah kerja mereka yang menggunakan sihir untuk menculik anak-anak kecil. Dan sekiranya pintu atau tingkap dibuka, maka hilanglah budak tersebut.

Email ni saya kongsikan bersama agar kita sentiasa berjaga-jaga dengan persekitaran kita. Jangan panik jika terjadi sesuatu yang tidak diingini. Banyakkan berdoa . Sekiranya terjadi perkara seperti ini (Nauzubillah…), diharapkan janganlah membuka pintu atau tingkap, kerana ia masih di dalam kecualilah ada pintu atau tingkap yang terbuka…

Banyak sangat perkara pelik sekarang ni sehinggakan tak dapat diterima akal…dan saya terfikir, kalau kita tak tahu pasal cerita ni…sudah pasti kita akan berkejar ke pintu bila mendapati anak tiada di temapt tidur. Lebih-lebih lagi malam…

Semoga Allah melindungi kita dari sesuatu yang tidak diingini. Yakin dengan Allah, sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

18 Responses to “Di Mana Anakku?…”

  1. mrozaidi Says:

    Pengajaran untuk kita semua tu..

  2. kent Says:

    macam-macam hal kan sekarang ni.duduk dalam umah pun tak selamat..apatah lagi kalau anak-anak diluar umah.
    banyak-banyak lah berdoa agar ahli keluarga & anak-anak kita sentiasa dilindungi Allah…

  3. azwan Says:

    Macam-macam, takut gak kan.

    btw, interested untuk voucher pizza hut and a chane to win some prizes. check out

    http://www.planet-pulse.com/mytravel/index.php?rid=337313

  4. lela Says:

    rasanya mula2 cam tak caya pun ada gak…tapi bila dipikiqkan zaman sekarang nie mcm2 benda leh jadi..sampai akal saya pun tak leh pikir sampai tahap cam gitu…

  5. ktom Says:

    Betul tu Adila, memang tak tercapai akal apa yg berlaku ni. Tak nak percaya pun kena percaya juga. Terima kasih Adila kerana perkongsian ini. Memang kita tak tahu apa nak buat jika perkara ini berlaku. syukurlah…

  6. halyda_6 Says:

    Rozaidi…semoga benda-benda macam ni jadi pengajaran untuk kita semua…tau apa nak buat bila jadi something yang tak terduga…sama-sama kita ambil pengajaran daripadanya….

  7. halyda_6 Says:

    Kent…welcome to my blog…
    Kalau dulu rumahlah tempat paling selamat untuk kita semua…tapi teknologi semakin canggih dan perlakuan manusia pun semakin pelik…segalanya sudah berubah…sama-samalah kita kembali kepadaNya agar hidup kita sentiasa mendapat rahmatNya

  8. halyda_6 Says:

    Saya pun mula-mula tu macam tak percaya gak…
    macam Ilyana selalu dok nyanyi..Tak Tercapai Akalmu-inilah realiti yang harus kita semua hadapi…yang penting, pergantungan kita kepada Allah kan?
    Tak berdebarke nak tunggu hujujng Disember ni? :)

  9. halyda_6 Says:

    Ya Ktom…sama-sama la kita berkongsi apa yang boleh dijadikan pengajaran dan teladan untuk kita semua…semoga tak ada kata-kata seperti ini yang terungkap…
    “kalaulah aku tau benda ni sebelum terjadi peristiwa ni….”

  10. halyda_6 Says:

    wah…azwan
    dah lama tak makan pizza,
    boleh cuba nih…

  11. mrozaidi Says:

    Sebab tu orang tua² suruh masuk umah dan tutup pintu tingkap umah sebelum magrib..Inilah yang ditujukan oleh orang tua². Memang benda sudah diketahui pun..cuma kita orang muda-mudi tidak ambik kisah..bila dah kena..baru nak wat tindakan..kita kena sedia payung sebelum hujan..bukan hujan sudah turun baru kelam-kabut cari payung..

  12. Cikgu Azleen Says:

    Agaknya dia kaburkan mata kita dari nampak anak kita tuh ya.. Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang berguna ni..

  13. halyda_6 Says:

    Pantang larang orang tua-tua memang ada sebab dan kebenarannya…perkara seperti ini kekadang dipandang remeh oleh generasi sekarang…sama-sama la kita saling ingat mengingati antara satu sama lain…

  14. halyda_6 Says:

    Hai Cikgu…selamat datang ke blog saya…mungkin betul apa yang cikgu kata tu…dia kaburkan mata kita, supaya tak nampak. Sama-sama kita menyebarkan segala ilmu…

  15. Leeza Says:

    dapat gak email ni minggu lepas, sekarang ni mmg pening kepala memikirkan keselamatan anak2 ni … kalau dulu kita lepas bebas berdikari tapi kesian anak2 kita sekarang … for info anak2 saya tidak pernah bermain luar rumah kecuali waktu petang dimana saya temankan mereka main basikal … nak suruh pegi kedai blok depan tu pun takut …

  16. halyda_6 Says:

    memang…kot anak nak main kat luar, kita dah tak berani lepas bebas macam dulu….
    Syukur sangat sebab anak saya sekarang ni prefer indoor jer…kot keluar pun,kejap jer…masa saya jemur kain, buang sampah…
    Semoaga segalanya di bawah lindunganNYA

  17. naem Says:

    terima kasih kongsikan cerita ni. Saya tak pernah tahu dan jarang ambil tahu. :-) bila bercerita yang ghaib,ramai pulak orang zaman sekarang percaya yang pelik2.Sikit pula yang bergantung pada Tuhan.

    Apapun,kisah ni boleh saya jadikan satu ilmu tambahan. thank akak.

    ps; lama tak datang sini. :-)

  18. halyda_6 Says:

    hai Naem…lama gak tak nampak…tq sebab sudi datang lagi…

    cite ni untuk semua jadikan pengajaran dan teladan…supaya kita lebih beringat di masa hadapan…

Leave a Reply