30 Nov

Jumaat=Friday

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua…Ahlan Wasahlan kepada penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat…

Pagi tadi saya sempat membelek buku yang tersusun kat rak ni…dan mata ini mengarah dan tertarik pada sebuah buku bertajuk Amalan Malam Dan Hari Jumaat. Kebetulan pula hari ni hari Jumaat.

Setelah membelek, banyak betul kelebihan dan rahsia di sebalik hari Jumaat ni. Dan, saya tertarik dengan satu hadis nabi,

Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus Ibn Aus ra. berkata, Rasulullah SAW bersanda:

“Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari Jumaat. Di dalamnya terjadi Nabi Adam as, dan di hari itu juga dia meninggal. Pada hari itu juga sangkakala akan ditiupkan, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyakkan membaca selawat padaku, kerana selawatmu itu disampaikan padaku. Seorang sahabat bertanya “Ya Rasulullah, bagaimana selawat kami sampai kepadamu, padahal engkau telah rosak dan habis”. Nabi bersabda “Dapat kamu katakan aku akan rosak, sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas bumi untuk memakan jasad para nabi”

Hari Jumaat adalah masa yang paling mustajab jika kita ingin berdoa dan mengharapkan sesuatu dari Allah. Dari Abdurrahman bin Yazid dan Abu Lubabah bin Abdil Munzir, Rasulullah bersabda

“Hari Jumaat besar di sisi Allah. Bahkan lebih besar dari Hari Aidil Fitri dan Aidil Adha. Dan di dalamnya ada lima kelebihan :

  1. Pada hari itu Allah menjadikan Nabi Adam
  2. Pada hari itu Allah menurunkan Nabi Adam ke bumi
  3. Pada hari itu Nabi Adam meninggal
  4. Pada hari itu adalah saat mustajab, tiada seorang pun yang berdoa saat itu melainkan Allah pasti memberinya, selama ia tidak meminta yang haram
  5. Pada hari itu akan berlakunya kiamat. Tiada seorang Malaikat Muqarrab di langit atau di bumi melainkan ia merasa khuatir (sayang) pada hari Jumaat

Banyak amalan senang yang boleh kita amalkan pada hari Jumaat.

  1. Ketika mandi pada waktu pagi tu, niat mandi sunat pagi Jumaat
  2. Memakai bau-bauan
  3. Bersegera ke masjid untuk Solat Jumaat
  4. Mengerat kuku dan mencukur misai
  5. Banyakkan berzikir dan berdoa

Itu antara amalan senang yang memang kita selalu lakukan. Ada banyak lagi amalan lain antaranya seperti membaca Surah Kahfi dan Yasin.

Dan salah satu amalan zikir harian untuk hari Jumaat ialah, bacalah Ya Allah sebanyak seribu kali. Kalau rasa seribu tu banyak, mulakan dengan sepuluh. Besoknya dua puluh dan seterusnya :) Yang penting kita ada daya usaha untuk memperbaiki diri kita. Sama-samalah kita berusaha ke arah itu. Insya Allah.

Kalau pagi ini kita dah terlepas satu amalan iaitu mandi sunat, tanamkan azam dalam diri, Insya Allah kalau ada rezeki aku akan lakukan pada Jumaat depan. Sambil menyelam minum air. Dah lah kita dapat pahala bersuci membersihkan badan, dapat pahala mandi sunat pula. Kan seronok tu… :)

Besok, kalau tak ada aral melintang, saya akan posting pasal satu kisah yang sangat menarik berkenaan dengan hari Jumaat ni…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply