Kembali Kepada Fitrah
Masa saya sedang menulis posting ni, (dalam pukul 8.05a.m) saya tinggalkan baby sorang-sorang atas katil. Tadi dia dah kenyang, ingatkan tidur, bila saya gi jenguk, dia tak tidur rupanya. Terus saya peluk dan borak-borak dengan dia. Maka, terhidulah di hidung ini satu bau yang kurang enak…rupanya dia uk-uk. Patutla susah nak tidur. Fitrah manusia, sukakan kebersihan. Baby pun tau
Bila saja terpandangkan wajah Sofea Insyirah yang tulus, murni dan tenang itu…mengingatkan saya kepada nasib bayi yang dibuang dan didera. Rasa kasih dan sayang sebagai seorang ibu seakan sebati dengan darah yang mengalir. Kepuasan dan ketenangan bila baby dalam pangkuan. Rasa puas bila dapat besarkan anak dengan tangan sendiri…
Intro posting ni mengingatkan saya kepada kes Nurin Jazlin. Apakah gelaran yang patut diberikan kepada manusia jenis itu??? Masih boleh dikategorikan sebagai manusia lagikah?? Jika manusia di manakah akal dan fikirannya? Jika binatang di manakah rasa kasih sayangnya? Kucing pun tau sayangkan anak.
Tapi kes yang terbaru ni pasal Rekha Abdullah ni lain sikit kan…
Takut nak lepas anak bermain kat luar. Depan rumah saya ada playground. Biasa masa sebelum bersalin dulu, tiap petang saya akan temankan anak saya keluar bermain kat depan rumah or gi ke playground tu. Lepas saya bersalin dan dalam berpantang, dia nak keluar main . Saya dengan penuh psikologinya menerangkan bahawa ibu sakit dan tak dapat temankan dia keluar. Bahaya main kat luar. Takut ada kereta. Dia menangis dan merayu nak keluar. Apa taknya, geng dah tunggu depan pagar tu…Masih tergiang lagi rayuan dia…ibu, Yie nak main dengan kawan. Sayu hati dengar rayuan dan tangisan anak.
Tapi hati ini akan terlebih sayu dan pilu andai perkara yang tidak diingini berlaku lantaran rasa simpati. Dan kesalahan itu akan menghantui sepanjang hidup.
So, selama saya berpantang selama itulah anak sulung saya berkurung bersama saya. Sampai ada yang menegur dia makin cerah. Kalau keluar pun masa abah dia cuti hujung minggu. Dapatla dia menjenguk Carrefour dan berlari-lari kat laman rumah. Memang kesian, tapi itulah yang terbaik.
Kekadang simpati pun boleh membawa padah…
Persekitaran yang tidak selamat mengundang rasa bimbang yang menggunung dalam hati ibu bapa. Tapi si anak yang masih tidak memahami akan mengklasifikasikan ibu bapa sebagai penghalang kebebasan.
Perkara pelik dan semakin pelik yang berlaku mengundang akal untuk berfikir. Salah siapa? Salah manusia sendiri atau salah teknologi yang semakin canggih dan makin menyenangkan? Sedar tak sedar cara hidup kita yang makin mewah dan senang ini mengundang ketakutan.
Ibu bapa risaukan keselamatan anak-anak. Takut sesuatu yang tak diingini berlaku. Yang anak pula, kalau dah bersekolah tu, takutkan kawan yang kaki pembuli. Tak kurang juga ketakutan yang melanda anak-anak gadis kita…lantaran berita dan cerita yang menakutkan.
Semuanya dilingkungi ketakutan. Kalau dok kat rumah pun, pintu kena pastikan berkunci, takut pencuri masuk. Persekitaran yang tidak selamat ini berada di mana-mana. Di manakah jalan penyelesaian kepada segala ketakutan dan kerisauan ini?
Segalanya akan menjadi indah dan aman damai kalau kita semua kembali kepada fitrah kejadian manusia. Sedari dan kenali diri kita. Dari mana dan ke mana arah tuju kita. Kita hanyalah dari segumpal darah , seterusnya berkelana di dunia sebelum ke alam sana. Kehidupan di dunia menjadikan kita lupa dan alpa. Disogok dengan keindahan, kesenangan dan kemewahan membuatkan manusia makin alpa. Lupa dengan Pencipta. Lupa dengan janji yang dilafaz. Lupa dengan kalimah Syahadah.
Kealpaan ini membuatkan manusia makin angkuh, sombong dan bangga diri. Berasa diri hebat dan kuat. Boleh melakukan segalanya, sehinggalah kepada sesuatu yang melampaui batas normal seorang manusia.
Semoga kita semua tidak tergolong dari manusia yang angkuh…amin

























Posted
on
Friday, November 2nd, 2007 at 10:45 am under


tu la pasal… kekejaman terhadap baby (buang bayi) dan kanak-kanak la ni sangat menyayat hati… saya penah tengok satu episod gambar baby yang dicampak dari tingkat 17 kot… giler berderai baby tuh… sadis sangat!
*saya tengok kat dalam forum scukz.com di bawah tajuk “scukz believe it or not”
November 2nd, 2007 at 1:29 pmTu la. Teringat saya pada kempen dalam majalah Mestika. Kita Semakin Kejam (kalau tak silap saya)
November 4th, 2007 at 9:38 amBanyak memaparkan berita dan cerita yang sadis dan tak masuk dek akal.Kadang-kadang terfikir, tergamaknya dorang perlakuakan anak dan budak kecil macam tu…Bila agama diletak ke tepi, hati mendengar bisikan syaitan, akal tak dapat mengimbangi antara kebaikan dan keburukan…inilah hasilnya…