Kita Boleh!
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua…
Pagi ni terasa seronok sangat…bila bangun pagi, gosok gigi dan basuh muka…saya mengarahkan pandangan ke ruang tamu yang agak berselerak dengan big pillow, toto dan selimut…dalam timbunan bantal terbaring Muqrie dan Sofea yang lena diulit intan…terasa puas tengok diorang :). Pulas sekali tidurnya…
Agak lama saya tak tidur sama dengan Muqrie, dan malam tadi dia merayu mengajak saya dan baby tidur kat depan dengannya…sambil tengok tv…
Semasa saya menulis posting ni, radio dalam bilik ni dok berkumandang kagu Kau Boleh!…
Jika kau fikirkan kau boleh…kau hampir boleh melakukan…
Jika kau fikirkan kemenangan…kau hampiri kejayaan…
Teringat masa menuntut dulu…kalaula masa boleh diputar kembali…akan ku ulangi sekali lagi dengan penuh semangat berkobar-kobar untuk belajar…akan ku rasai dan selami sekali lagi betapa seronoknya bergelar mahasiswi…
Terasa diri begitu tidak menghargai peluang yang diberi…memang sikap manusia…hanya akan menghargai sesuatu bila ia dah berlalu…dan aku tak terlepas dari semua itu
Kepada blogger yang masih memegang title student tu, gunakan masa tu sebaik mungkin…enjoy hidup sebagai seorang student…betapa seronoknya alam itu. Sama-sama masuk bilik kuliah, berjalan ramai-ramai ke kafe, menghabiskan hari cuti bersama-sama…memang seronok..dan aku adalah orang yang terlalu rugi kerana banyak melepaskan peluang indah bersama kawan-kawan…
Seringkali masa membelek gambar kenangan lama, terasa rindu sangat pada kawan-kawan dulu….dan kerinduan itu membawa saya kepada posting hari ini…
p/s-Kejap lagi nak balik kampung…adik ipar tunang! Majlisnya tengahari besok…

























Posted
on
Saturday, November 24th, 2007 at 9:12 am under


betoi tue adila lela pun teringat sgt masa zaman kita mahasiswi dulu.Alangkah indahnya kalau jadi doraemon bleh putar balik masa ke zaman tue.rasanya rindu sgt ngan kawan2.nak belajar sungguh2 tak dapat anugerah dekan pun takpa….
November 24th, 2007 at 1:16 pmmmg dah lumrah manusia akan meghargai sesuatu bila ia dah tiada…..
Masa tu memang lah seronok. masih muda, bebas, tanggungjawab pun takde (kecuali belajar)
November 25th, 2007 at 12:25 amitulah pentingnya kita terapkan mende ni dalam diri anak2 kita dan generasi akan datang… sbb putar masa tuh, sampai skang x boleh2 lagi… doremon telah wujud sjk 70an lagi eheheh
November 25th, 2007 at 5:31 pmsaya tidak akan sia-siakan hidup saya sebagai student. bila da keja nnti, xdpt dah nak merasa..hemm
November 25th, 2007 at 7:10 pmTu la masa tgh beljar dulu main2..hehe..dah tak boleh putar balik dah..haa..pada para student tu dgr nasihat akak nie..
November 25th, 2007 at 9:59 pmye la lela…best kan…
November 26th, 2007 at 8:25 ampaling seronok bila Aisyah dok menjerit tepi blok ajak gi kuliah sama…seronok sangat…
pastu time exam, masing-masing bawa hal…ada yang study kat bilik…kat library…oh!indahnya….
Oh doremon, alangkahkah sia-sianya mesin putaran masa ko tuh! Tak berguna langsung! Hanya berguna pada Nobita saja…
Yup..Azwan…tapi naper la masa tu rasa tanggungjawab tu besar dan membebankan sangat…kena gi kuliah, exam…padahal itulah yang paling senang…baca buku jer…pas tu sampai masa gi exam…dahla belajar, dapat duit lagi…kita dibayar untuk belajar…(tapi kena bayar balik la…sampai sekarang tak langsai).
November 26th, 2007 at 8:27 amNak anak-anak kita dan generasi baru memahami erti kata sebenar seorang student…dan betapa bahagia dan selesa dan mewah dan indahnya semasa jadi student…
November 26th, 2007 at 8:28 amGubakan masa ni sebaik mungkin Hafifi, kela tak adala yang merungut…betul jugak apa yang dikatakan akak shahdila tu…
November 26th, 2007 at 8:31 amGunakan masa ni sebaik mungkin, untuk bersama teman-teman dan buku-buku…sebab lepas ni Hafifi akan merindui saat indah ini semua…
Tersilap perhitungan la Amir…
November 26th, 2007 at 8:32 amTapi…benda dah jadi…buat adik-adik semua, grab your chance!!!!