14 Dec

Pengarang jantung, penenang jiwa

Inilah pengarang jantung, penenang jiwa dan pengubat sepi di hati ibu… Muqrie dan Sofea..

Kehadiranmu menambah seri dalam hidupku
Mengubat segala sepi dan gundah yang merantai jiwa
Merobek segala resah
Melerai segala rindu
Dan…merantai kasih… terus bersemi dan mewangi

Tuhan,
Betapa syukurku tak terhingga atas rahmatMu ini…
Di atas kebahagian dan keharmonian ini…
Biarpun diri ibarat setitik noktah hitam
Namun Kau masih sudi menjenguk
Lantaran sifatMu Maha Adil dan Maha Pengasih…

Anugerah ini
Paling indah dalam hidupku…

Pintaku Ya Allah,
Kekalkanlah kebahagiaan ini
Semarakkanlah kasih sayang antara kami
Semaikanlah perasaan rindu yang membara
Tanamkanlah rasa saling mengasihi
Dan suburkanlah dengan Iman dan Taqwa…
Semoga hidup kami seiring dengan jalanMu…Amin

p/s-Kualiti gambar tak berapa ok…amik dengan handset nih..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

7 Responses to “Pengarang jantung, penenang jiwa”

  1. mixterr Says:

    amin…pandai berpuitis puitis ni..

  2. halyda_6 Says:

    :) Terima kasih bebanyak…
    Secara tak sengaja dapat ni…kalau time kita nak…tak de idea la pulak… :)

  3. azwan Says:

    aha.. ada bakat rupanya :)

    btw, u hv been tagged. pls refer to my blog tonite (15/12) at 9pm

  4. halyda_6 Says:

    huwa…pasal apa lak yer?
    tak per, kita tunggu tonite..tadi tak perasan 9pm…dan dengan semangat inkuiri yang berkobar-kobar mouse ku klik ke arah blog azwan…tercari-cari…mana la yang di tag tu…merasakan diri tersesat, aku pulang kembali ke rumah dan mata ni mengarah ke 9pm…pm bukan am.. :)

  5. hafiza Says:

    eOneNet sedang menganjurkan pertandingan Blog Pemasaran Internet dan anda hanya perlu mengundi daripada 10 artikel di blog pemasaran kami. Undian di buka kepada ahli-ahli eOneNet.

    Pemenang dengan undian tertinggi akan memenangi Apple iPhone terbaru. Hadiah-hadiah lain adalah rantai kunci Gucci dan 999 ‘Gold Boar’.

    Satu cabutan bertuah juga akan diadakan untuk merebut wang tunai bernilai RM500.

    Bagaimana untuk mengundi?

    Layari http://www.eonenet.com/internet_marketing_blog_contest.htm.

    Jika anda masih belum mendaftar sebagai ahli eOneNet, anda masih boleh mendaftar secara percuma di http://www.eonenet.com/eoneclub/intro.htm

  6. mrozaidi Says:

    Wahh..hebatnya berpuisi..dulu masa nak kawen dulu ada berpantun..atau terus terang je..hehe..usik siket..

  7. halyda_6 Says:

    Tak de pantun-pantun la Rozaidi…kedatangan tamu dah diketahui hajatnya…dan arwah abah saya pulak jenis yang suka terus terang… :)

    Ntah la, idea nak bersajak ni datang dengan gitu jer…tanpa diundang. Tapi time kita nak bersajak tu, fuh…penat cari idea…tak datang-datang…

Leave a Reply