Aku + Anak + Anda
Hari ini aku merasakan sedikit malas untuk memulakan hari yang pada perkiraanku agak ceria dan indah. Matahari menunjukkan dirinya tanpa segan silu, tak macam semalam yang hanya hujan dan terus hujan sampaila ke malam…jemur kain pun tak sempat kering…
Tapi, kugagahkan jua diri ini bangun…siapkan diri dan gi masak air. Milo dengan biskut Tiger jadi pilihan. Terasa sedap pulak milo panas, dan biskut ni, walaupun hanya cracker, tapi bertambah sedap bila dicicah dengan milo nih…(biskut rendam kopi-o) tapi tak sesedap oren yang suamiku bikin malam tadi…kekadang, sesekali merasa air yang bukan buatan sendiri, sedapnya…tak sama macam yang kita buat sendiri…mungkin sebab itu orang lebih suka makan kat kedai, selain dari alasan malas nak masak, tak sempat, tak pandai dan bermacam alasan lagi…
Tapi, buat masa sekarang ni, kami prefer makan kat rumah jer…biar pun dengan telur goreng. Agak sedikit susah nak makan kat kuar, sebab Sofea masih kecil lagi. Mana nak pegang dia, mana nak makan…tu dia tengah tidur tu. Tadi dah bangun. Abah dia bawa tawaf satu rumah…terus kuyu…
Hati ini sedikit gusar dengan perkembangan banjir yang semakin menjadi-jadi. Malam tadi saya telefon keluarga kat Pasir Mas bertanyakan khabar, diorang kata kat kawasan tu air tak naik lagi…tapi tali air yang belakang rumah saya tu airnya macam dah tunggu masa nak melimpah…sawah tinggal yang kat depan tu pun dah tenggelam dah…Ya Allah, mintak la semuanya ok masa nak balik raya nanti…
Semoga mangsa-mangsa banjir di Johor, Pahang dan Kelantan tabah dengan ujian ini…dan semoga Allah menyelamatkan kita semua dari perkara yang tidak diingini…Musim ni, ketika ni, kanak-kanak la yang teramat dan terlebih suka. Bermain air…tapi, berhati-hatilah ye adik-adik. Ibu bapa, abang dan kakak, pantaulah adik-adik tu…semoga tiada lagi kejadian yang sedih menimpa…
Banjir ni mengingatkan saya pasal aktiviti mendulang yang berlaku di Mersing tu…sampaikan habis kuali kat kedai di Mersing…(ni saya tengok dalam Majalah 3)
Malam tadi, tubuh Muqri sedikit panas. Mungkin disebabkan oleh perubahan cuaca…dah masuk musim hujan. Dah bagi Scot, susu bercampur Habbatuss Sauda’ dan ubat berserta tenaga kasih sayang yang tiada nilainya…Fuh…penat layan dia main game roket malam tadi…Actually nama game tu Raiden, dia jer yang panggil game roket
Seronok gak layan game ni, tambah lagi dengan adanya Muqri…terasa macam dok main dengan kawan jer pulak…teringat pesan Nabi kita, anak ni, masa kecil dilayan bermain, dan masa dia dah remaja dijadikan kawan…agar dia sentiasa dekat dengan kita…dekat di hati dan sentiasa di sisi..
Sofea dah buka mata tu, tunggu masa nak memanggil je tu…abangnya masih dalam buai…penat la tu…lagipun dia memang jenis yang bangun lewat sikit.
Sofea sekarang ni suka borak. Kalau kita borak dengan dia, fuh, macam-macam perkataan tak dijangka keluar dari mulut comel tu…dan antara perkataan favourate dia-aaargun, aarrr, o…
dan dia telah berjaya membawa seisi rumah ni menggunakan bahasa dia bila berkomunikasi dengannya…Muqrie suka sangat dok layan dia borak…

























Posted
on
Monday, December 10th, 2007 at 9:28 am under


raiden II best wohhh… mmg hantu game nih dari dulu sampai skangg..
bestkan ada anak, xnak tambah lagi ke
December 10th, 2007 at 8:12 pmSeronoklah bagi yang ada anak…
December 10th, 2007 at 9:17 pmHe he he.. saya ntah lah.. kawin pun lum lagi.. Huhuhuh…
Melaka masih belum ada petanda banjir tapi dalam keadaan berjaga-jaga,,..
Memang best game nih…tak sangka lak kekadang tu dia leh lepas sampai level 2. Tapi yang tak tahannya, asyik doak ajak kita main dengan dia
Seronok ada anak…seronok sangat. Layan karenah dan melihat gelagat dan keletah diorang…
Hehe…tak mo lagilah…Sofea pun masih kecil lagi…Insya Allah kalau ada rezeki tiga tahun lagi…
December 11th, 2007 at 10:10 pmHai Zool,
Kalau dah cam tu, cepat-cepatla cari calon…
Nanti, kalau dah dapat anak pada usia muda, kalau jalan seiring dengan anak pun nampak macam kawan kita jer, macam adik dengan abang pun ada gak…
Actually Zool akan rasa apa yang kami rasa…bila tiba saat itu…Insya Allah
December 11th, 2007 at 10:13 pmdapat emas dan kemudian jual kat situ terus. takder laa yang datang tu tengok2 aje. boleh jugak hulur dan dapat duit sambilan sambil meninjau kemeriahan aktiviti dulangan emas ittewwwwwwww….
December 14th, 2007 at 12:31 ambahasa bayi… wakakaa… lepas nih keluar bahasa tenet pulak sambil berblog. blog si kecil macam mhariz.com
December 14th, 2007 at 8:25 amteringin gak nak up blog macam hariz tu…sure hariz happy bila dah pandai berblog nanti…
Fatah, tak try gi mendulang ke?Banyak betul emas kat sana kan…semoga limpahan kurnia ini diperlakukan sebaik mungkin oleh kita semua…sebab dalam M3 tu kata, makin senja makin ramai yang datang mendulang…Semoga kurniaan ini tidak melekakan dan mengalpakan kita semua…takut jugak..
December 14th, 2007 at 8:58 am