Ho-ho-ho Balik Kampung…
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semu…Moga masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA KORBAN…
Agak lama saya tak posting…penangan balik kampung…husband dapat cuti panjang, boleh la balik beraya lama sikit kat Kelantan.
Sebenarnya, sebelum balik raya hari tu, hati saya sedikit goyah dan bimbang. Ye la, on je tv, ada je cerita pasal banjir yang makin teruk di Kelantan. Diikuti dengan kejadian tanah runtuh…
Berdebar-debar hati ni takut tak leh balik raya kat kampung. Bila call mak saya kat kampung, dia pulak berharap sangat kitorang dapat balik. Lagi la haru-biru hati ni…
Jalan pun dah makin banyak ditutup. Ramai yang terpaksa ikut Terengganu. Husband saya pula, tak pernah follow jalan sana, bimbang juga hati ni kalau dia kata “Kita raya kat Rembau je la, jalan semua tutup, abang tak tau jalan Terengganu” Ha, tak ke haru-biru.
Masa saya dok kemas baju dan barang-barang nak bawa balik, dia tegur saya “Boleh balik ke ni…banyak jalan dah tutup”. Wa…bikin hati gue berdebar-debar teramat sangat. “Lalu Terengganu la bang…” Sengaja tak nak tunjuk rasa bimbang” ![]()
Sambil tangan ni tak berhenti berkemas.
Fuh…Terengganu oh Terengganu…Jauhnya Ya Allah…baby Sofea sampai menangis-nangis. lama sangat dalam kereta. Kami gerak kol 9.30pagi dan sampai hampir pukul 2.30pagi. Perjalanan balik Kelantan yang teramat lama dan teramatla teruknya…
Dan jalan pulak…mak oi sesaknya. Semua berebut-rebut nak cepat…sampai yang bukan jalan pun jadi jalan. Ramai yang follow bahagian kiri tepi bahu jalan tuh…bila sorang dah mula…yang lain pun ikut la…dan yang panas hati lagi marah dengan gelagat tu, turut sama join ikut bahu jalan. Dan sudahnya…bila nak masuk lane balik, bersesak-sesak nak masuk…orang belakang jadi mangsa. Teringat iklan yang budak-budak beratur nak masuk van tu…Ikutlah giliran anda…Anda mampu mengubahnya…
Tak cukup dengan tu…ada gak pemandu yang jenis terlebih sabar…laluan yang bertentangan pun jadi jalan dia. Bila ada kereta dari arah bertentangan, mula la kalut nak masuk lane. Dan ada jugak yang jadikan jalan tu jalan dia, bila ada kereta datang, dia masuk kat bahu jalan yang sebelah kanan pulak. Macam-macam gelagat boleh tengok…
Rasanya tak keterlaluan kalau dikatakan prasarana negara kita tahap tip-top, tapi yang menggunakannya…mentalili pengguna bertahap ????
Kalau kita semua bersabar dan ikut peraturan dengan baik dan betul, saling bekerjasama, rasanya semua ini boleh dikurangkan…Nak elak dari jem tu, rasanya susah sikit. Tapi kita boleh membantu mengurangkannya. Kita mampu mengubahnya…
Namun, segala penat melayang hilang bila jer sampai…wajah yang sedikit mencuka bertukar ceria bila jer mula masuk pintu pagar …dan mulut yang terkunci rapat dari tadi mula la sibuk menceceh…bercerita tentang jem, jalan yang teruk dan segala macam cerita…bagaikan tiada hari esok lagaknya
Husband saya??? Sempat salam dan berborak sikit, lepas tu terus lena dengan keletihan yang teramat sangat…
Terima kasih abang kerana bawa balik kampung…
Bulan 2 ni kita balik lagi yer
Perjalan balik ke sini- kitorang ikut Gerik. Plan nak ikut Jeli-GM..tapi dapat tahu ada tanah runtuh la pulak..
Syukur tak jem sangat. Cuma kat Ipoh…ada la sket..Tapi masih boleh bersabar.
Dan…Syukur sesangat sebab kami semua dah selamat sampai ke Bangi dan meneruskan rutin harian yang ditinggalkan hampir seminggu…
p/s-I realised something masa ikut Terengganu- betapa banyaknya traffic light kat Terengganu..sempat kitorang berjenaka…mungkin takut ada kecurian minyak-senang nak detect sebab jalan tak smooth, lori yang curi minyak tu tak sempat gi jauh… ![]()
Dan adik saya yang balik sama tu pun bertanya- Betul ke macam tu? Maka riuh la kereta tu dengan gelak tawa….

























Posted
on
Thursday, December 27th, 2007 at 10:06 am under


Hai Ujang… bila sampai
December 28th, 2007 at 12:42 amKawe sampai hari Isnin hari tu sir.
December 28th, 2007 at 6:25 amAmacam? Sihat sekarang? Moga cepat sembuh.