12 Jan

Macam-macam…

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua…

Lamanya bercuti…bukan ke mana pun. Depan pc jugak. Cuma tak layan tangan ni dari klik kat blog or sesuatu yang bisa membawa saya jauh melayari dunia internet.

Sebab dah sedar dan tahu dan dah faham diri nih…kalau dah mula bercyber, alamatnya tiga jam tak cukup. Dan segala yang dirancang akan berterabur dan bertaburan…Weekend minggu lepas, saya sibukkan diri pergi Tescco. Punya la ramai makhluk Allah bertebaran kat sana. Kebetulan minggu tu baru dapat gaji. Biasa saya berbelanja tengah bulan. Nak elak dari situasi tu la…hari tu pergi sebab adik nak cari barang.

Habis troli! Klue pertama.

Dan ada la yang merungut…”Buat kerja lembap, itu yang jadi macam ni…” Tak kurang juga yang tarik muka masam 14. Saya?? Al-Hamdulillah…orang yang ke 3 akhir dapat troli…

Saya terus arahkan adik pergi tempat minyak. Malam tu mak kat Kelantan ngadu pasal bekalan minyak kat sana susah nak dapat. Selang beberapa minit dia SMS suh saya pergi tempat minyak masak sebab tak tau nak pilih yang mana satu…bukan sebab too many choice, tapi sebab nothing to choose. Seri Murni, Cap Buruh, Cap Helang, Cap Tesco semua dah lesap. Yang ada hanya minyak masak based on soya, bunga matahari bla..bla…erk, pendek kata yang menelan RM20 ke atas untuk 3kilo.

Tersengeh panjang dibuatnya. Saya kira, kalau ada yang biasa tu nak juga beli dalam 20 kilo sebab kat rumah di Kelantan ada kenduri bulan 2 ni. Adik bongsu saya nak tamatkan alam bujangnya. Yang paling murah minyak VSoy. Tak silap saya RM20.40 untuk 3kilo. Nak tak nak terpaksa la angkat 2 botol. Baru enam kilo. (ada la tersimpan kat dalam bilik tu..tunggu masa nak balik Kelantan)

Terfikir dibenak ini…Negara kita ada minyak sawit, kita proses sendiri…kenapa situasi ini masih berlaku. Ada yang kata pembekal sorok sebab nak naikkan harga…erk, pusing sana pusing sini, sama juga macam kejadian ketandusan gula hari tu…kejadian seperti ini menuntut untuk kita memikirkan sesuatu…

Tak habis kat situ, besi kelulu, simen dan batu bata pun turut mengalami nasib yang sama…memang la kesannya tak dirasai oleh para ibu yang memasak…tapi semua tu membawa kita kepada satu arah tuju yang sama…

Kehidupan semakin menuntut sesuatu bagi mereka yang mahu berfikir…dulu saya pun sentiasa salahkan pihak dan golongan tertentu bila perkara cam ni terjadi…tapi setelah diterangkan fikiran ni oleh suami saya, barulah saya nampak sesuatu dari apa yang terjadi pada sekitar kita ni…

Dan satu lagi…adakah memosi silam akan berulang kembali??? Sama-sama kita doakan adik Sharlini (tolong betulkan kalau ejaan namanya salah…). Ya Allah, bukalah pintu hati orang yang melakukan perkara ini…bukalah hatinya, lembutkanlah hatinya, detikkanlah hatinya dan resapkanlah kasih sayang pada seorang kanak-kanak seperti kasihnya Nabi Muhammad pada kanak-kanak. Semoga adik Sharlini selamat. Ya Allah, peliharalah kami semua…

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

5 Responses to “Macam-macam…”

  1. Azhar Ahmad Says:

    Semakin hari semakin saya terfikir…. Malaysia bermasalah? Aduhhhh

  2. halyda_6 Says:

    Adakah imam Mahdi telah muncul? :)

  3. mrozaidi Says:

    Semua itu pemborong Yang Simpan Untuk Naikkan Harga. Dan Kawalan Had Pengeluaran Minyak Yang Dipantau dan Ditetapkan..Jika Tidak Tak Ada Masalah Sebegini

  4. azwanhadzree Says:

    aku tak terasa risau pun hari tu masa minyak kurang. sebab nya, jarang memasak kat rumah, 2 2 kerja, makan malam je.

  5. Ujang Says:

    Kalau minyak naik harga…kurangkan makanan berminyak…semua tu utk kesihatan kita juga…kat M’sia, kadar kematian sebab sakit jantung adalah tinggi…gara2 kuat makan makan berminyak…tapi malangnya, bila minyak naik harga, ramai yg naik minyak pula… :)

Leave a Reply