18 Jan

Streamyx Oh Streamyx

Hampir seminggu terputus hubungan dari dunia luar…gara-gara hujan dan petir dan kilat yang berdentam-dentum hai Sabtu lepas….

Mulanya line macam putus-putus. Ingatkan sebab server. Pagi Isnin lepas saya mula sibuk menelefon streamyx sebab line teruk sangat. Asyik disconnect jer… :(

Masa call tu dia minta username…bla…bla…Lepas tu bila dah bagitau prob, dia bagi sugesstion. Macam-macam dia advised. Suruh buat direct connection, reinstall, cek kabel and network card. Fuh…semua trouble setting saya dah buat. Terpaksa jadi technition sendiri. Husband gi kerja.

Pastu call dia lagi. Nak inform still tak dapat. Alahai…kena ulang sekali lagi…. bagi username..bla…bla. Prosedur yang sama. Last sekali saya memesrakan diri, erk, tadi dah bagi semua tu. Dah banyak kali saya call ni. Padahal saya tau jer kat sana tu banyak opertor yang melayan :). Dan saya diberikan jawapan, mereka dah buka report untuk kes saya.

Hari Selasa mereka menjanjikan akan hantar technition dalam masa dua hari masa bekerja kalau tak ok lagi.

Hari Rabu, dapat panggilan diorang akan hantara somebody dalam pukul 10.00 pagi ke atas. Saya tunggu.

Diorang call kata nak datang. Technition tu janji nak datang sebelum pukul 1.00 petang. Saya tunggu….

Dah pukul 3.00 petang, tak datang lagi. Saya call lagi. Dia kata dalam pukul 4.00 petang. Tunggu lagi…

Akhirnya datang…dan…mulanya suspect modem rosak. Berdebar hati ini. Rasanya dah cabut dan off setiap kali guruh dan kilat. Hati saya berkata-kata “Modem tak rosak, walaupun marranty dah habis” Sebenarnya untuk sedapkan hati jer tuh…

Masa tu lampu kat kabel telefon rumah tak nyala. Dia pun minta nak tengok kabel kat luar..

OOOO…patutla…kena sambar petir. Wayar dah hitam, dan ada air yang menitik keluar dari kabel tu… :(

Dia call kawan dia suh repair. Janji malam tu dalam pukul 8.00 malam. Dan saya menunggu lagi…

Malam tu dah pukul 9.00 tak nampak-nampak lagi. Saya call lagi…Tak dapat datang…ada emergency. Janji esok lak, dalam pukul 5 ke atas.

Dan esoknya dalam 6.00 lebih, datang lah dia. Setelah saya penat menunggu dan berharap.

Bad news. Kena buat wiring baru. Dari luar sampai ke dalam rumah. Saya call husband dan dia pun setuju…

Bila dah siap semua, dia cek connection. Dan saya dan husband pun tersenyum tanda lega…Technition tu buat kabel tu masuk ke stremyx dulu baru ke line telefon. Baru laju katanya…

Dan pagi ni, kami dapat online dengan senangnya…tanpa ada rungutan…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

6 Responses to “Streamyx Oh Streamyx”

  1. Aizat Says:

    wah! rase nye susah nak idup tanpa internet.. nak kata hiburan, kadang2 banyak info jugak dapat dari internet..

  2. halyda_6 Says:

    alam cyber adalah sebahaian drp alam realiti. Selain itu kita ada alam mimpi. Sebelum kita pergi ke alam barzarkh :)

  3. noorizam Says:

    ada masa koneksi seperti ampas

  4. mrozaidi Says:

    Wooww..Penantian Adalah Satu Penyiksaan..Kan? Sabar Je La…

  5. halyda_6 Says:

    Yes…you’re right noorizam…kekadang terfikir gak tentang kualiti dan kuantiti. Bil tiap bulan sampai jer…tapi servis tak seperti yang diharapkan…kan bagus kalau bil yang sampai dengan puntual tu diiringi dengan servis yang tip-top…customer senang hati dan tak merungut lagi

  6. halyda_6 Says:

    Sekarang ni pun still putus-putus lagi…
    Satu pujian untuk TELEKOM sebab still call untuk pengesahan servis.
    Sekarang ni nak tunggu loading…alahai….sabor je la…nak download??? mak oi…faham-faham je la…

Leave a Reply