24 Jan

Sekalung Doa…

Semakin hari semakin hebat diperkatakan tentang kehilangan Adik Sharlinie. Nampaknya kat taman saya ni pun, anak-anak yang dulunya lepas bebas berkejaran ke sana-sini sudah jarang kelihatan. Kalau ada pun, dah ada body guard.

Nampaknya kehilangan yang selepas Nurin Jazlin ni memberi impak yang besar kepada masyarakat kita…dan Gerak Khas pun ada memaparkan cerita yang berintikan kes Nurin.

Dan tanpa pagi tadi untuk yang kesekian kalinya saya mendengar lagi pasal Adik Sharlinie di corong radio…dan…Sekalung Doa tercipta dengan lajunya tanpa perlu memerah otak… lantaran bila memikirkan begitu peritnya hati seorang ibu yang penasaran di mana anaknya berada…jika saya ditempatnya…Ratapan hati seorang ibu…

Sekalung Doa Buat Sharlinie….

Ya…Allah,
Ujian ini datang lagi…
Kalau dulu, aku tertanya-tanya bagaimana perasaan ibu Nurin…
Tentu rindu, sayu dan sedih bertali arus bertandang di hatinya…

Dan kini…bagaikan hempasan ombak yang besar,
Bagaikan dipusing angin berpusar…
Bagaikan ditenggelami banjir yang tak berkesudahan…
Engkau telah memilih diriku…untuk merasainya…

Hati ini…
Berhiba dan merintih…
bagai digigit…
dan ia amat memilukan…menangisi kehilangan yang tiada kesan

Ya Allah,
Kirinkanlah rindu ini pada anakku
Moga ia tetap tabah dan bertahan
Walau di mana dia berada
Tenangkanlah…tabahkanlah hatimu sayang…
Doa ibu dan ayah sentiasa bersama

Hati ini…
Tersiat merindu…tersedu-sedan tiada sempadan…

Ya Allah…
Bukalah hati insan yang berseelindung di sebalik…
Ingatkanlah dia jika terlupa
Kejutkanlah jika dia terlena
Sentakkanlah jiwanya jika dia dalam igauan
Belailah jiwanya dengan simpati
Resapkanlah hatinya dengan secebis kasih…

Ya Allah…
Jika ini satu ujian…aku redha
Jika ini kifarah doasa lampauku…
kubersimpuh memohon keampunan darimu

Kembalikanlah sinar hidupku…
Kembalikanlah cahaya hidupku…

Berilah kesempatan untukku memeluknya kembali
Inginku ucapkan…
Ibu sayang padamu…

Ya Allah…kembalikanlah…Hanya Engkau pergantungan kami…amin.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply