Balik Kampung Lagi… :)
Tengahari ni nak balik kampung….
Adik saya kahwin 1st February ni… Sempena Hari Wilayah…
Mulanya plan nak balik dengan keretapi, nak ambil tempat tidur. Sebab husband still kerja. Mesti Muqrie seronok. Tapi sebenarnya dalam hati ni tak sedap jugak. Sebab dia tu jenis tak nak naik kereta orang lain. Naik bas pun susah. Tak nak dia. Kalau hantar adik saya ke stesen bas, nak balik kampung, kekadang tu saya naik sama nak tengok dia. Punya la menangis Muqrie nih…Dia boleh naik kereta abah dia dan cik cu jer…
Plan nak naik keretapi cancelled. Husband saya ada plan lain…dia nak hantar kitorang balik
Wwah seronoknya!!!…Tapi kesian juga kat dia…
Ok…nak berkemas. Sofia dan Muqrie tu pun dah mula bangun…Sejak dua menjak ni Sofea dah tidur meniarap. Yang seronoknya, dia pandai ngiringkan kepala dia, tak bagi hidung tertutup. Seronok tengok dia membesar…
Untuk Adik Sharlinie…Semoga dia selamat…
Jumpa lagi…

























Posted
on
Friday, January 25th, 2008 at 8:03 am under


ok..semoga perjalanan balik ke kampung selamat..cakap kat husband bawak keta tue ingat org sebelah..
January 25th, 2008 at 1:18 pmuntuk dik lu..selamat pengantin baru…
Selamat masuk majalah…
January 28th, 2008 at 1:02 pmBaguslah..
harap perkahwinan mereka kekal selama2nya..
January 28th, 2008 at 10:14 pmTerima kasih kpd yg mendoakan kebahagian adik ipar saya tu…semoga kalian semua juga mendapat kebahagian…
Adila tgk seronok bercuti sebagai suri rumah kat kg dia…boring jugak duk sensorang kat rumah ni…biasa ada hilai tawa anak isteri…mujur ada internet peneman diri…
January 29th, 2008 at 8:43 amNak Balik Kampung Jugak La..Kenduri Kawin Ke..Mesti Hantar Minyak Balik Ni..Kan?
January 30th, 2008 at 1:43 am