18 Feb

Iman dan Amal

Iman dan amal adalah dua perkataan yang biasa digabungkan bila kita bercakap berkenaan agama kita. Tetapi sejauh mana mutu iman dan amal kita di sisi Allah? Melihat nasib umat yang sudah semakin mundur pemikiran, apa kerana nilai iman dan amal kita sudah tiada?

Asas keimanan kita adalah percaya dan yakin bahawa hanya ada Satu Pencipta alam semesta ini. Yang biasa kita panggil Tuhan dalam bahasa Melayu atau Allah dalam bahasa Arab. Tak kira apa jua sebutan bahasanya yang menuju kepada Yang Maha Berkuasa ini, kepada Dialah harus kita bergantung kerana kita ini hanya makhlukNya.

Kelemahan iman atau pergantungan kita kepadaNya menjadikan kita manusia yang tidak yakin dengan keupayaan sendiri. Kita hanya tahu hidup mengharapkan subsidi dan kebajikan dari orang lain, bukannya kita yang berusaha untuk memajukan diri. Lainlah akal kita dihadkan seperti binatang ternak, tidak mengapalah juga jika kita hanya mahu disuapkan makanan. Ini kita sebagai manusia yang sempurna telah dikurniakan otak untuk kita berfikir. Usaha atau amal kita itulah akan dikira sebagai membuktikan keimanan kita.

Jadi amal yang paling utama yang membezakan kita dengan binatang ternak adalah berfikir. Sekadar mengaku beriman, tetapi malas berfikir, jangan harap kita memiliki amalan saleh. Mungkin kerana itu orang putih dipanggil mat saleh, kerana sikap dan semangat kuat berfikir dan mengkaji yang ada pada mereka. Sedangkan umat Islam hanya tahu merintih atas kesusahan hidup yang mereka cari sendiri, sebab malas berfikir.

Jadi, fikir-fikirkan balik sejauh mana iman dan amal kita benar-benar memajukan diri kita. Sekadar syok sendiri sebagai “umat terbaik” sedangkan hakikatnya jauh ketinggalan dari segi pemikiran, adakah itu menandakan kita sudah jauh dari pengajaran Quran yang sebenar?

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

One Response to “Iman dan Amal”

  1. halyda_6 Says:

    erk…satu lagi Kerasma…biasanya ada pasangan dia satu lagi…Ihsan.. :)

Leave a Reply