Jika Aku Bisa Ngomong…
Suatu masa yang indah dahulu, di kampung yang penuh damai dan permai Akulah sahabatmu. Di masa kau dalam alam kanak-kanak, Akulah teman sejatimu. Tiap malam, dengan berbekalkan wuduk kau membawaku bersama kawan-kawanmu ke surau yang sekarang seakan usai dimamah usia. Dalam keadaan suci aku kau sentuh dan kau pegang, kau baca biarpun merangkak. Setelah selesai, aku dibawa ke dahi, ke hidung dan seterusnya ke dadamu. Penuh mesra.
Hari berganti hari, bulan silih berganti, kau semakin dewasa. Tuntutan sebagai seorang pelajar sentiasa membataskan waktumu bersama Ku. Ajakan teman-teman lebih menarik daripada kau melagukan aku seperti suatu tika dahulu…Nampaknya Aku sudah kau tinggalkan. Kau sudah tidak berminat pada Aku lagi. Aku laksana bahan bacaan usang yang tersorok di dalam laci, yang penuh dengan habuk di atas almari dan tertutup dipapar rapi sebagai hiasan. Mungkin bagimu Aku hanyalah sekadar bacaan ketika zaman kanak-kanak. Zaman bersukaria bersama-sama berkejar ke surau. Aku tersimpan rapi. Sampai kau terlupa dimana AKu kau letakkan.
Kekadang, aku dihias cantik dan diletak megah sebagai lambang kataqwaan semasa majlis perkahwinanmu. Dan terkadang, Aku jualah penangkal dan penghalau syaitan.
Kini aku seakan tersingkir. Dibiarkan sendiri..kesepian. Di atas almari yang penuh habuk, di bawah timbunan kertas lama di dalam laci yang sudah sekian lama tidak kau buka.
Jika dulu, akulah temanmu. An-Nashrah sebagai pelapang hatimu, Al-Waqiah untuk kau elakkan diri dari kepapaan, Al-Luqman agar kau menjadi orang yang bijak pandai. Namun setelah sekian lama kau mengecapi semua itu, Aku terpinggir.
Jika dulu selepas Subuh, Aku dibelek. Dibaca sehelai dua. Sebagai penguat semangat katamu. Kini, santapan pagimu adalah secawan kopi, bersama roti dan senaskhah akhbar. Di kala kelapangan, Readest Digest, Mestika dan majalah Barat jadi santapanmu. Aku…kalamullah, terus terpinggir dan kau abaikan.
Ketika melangkah kaki menuju ke tempat kerja, kau tidak pernah lupakan Bismillah. Kini, kau berlalu dengan siulan dan terus kaset dalam keretamu memperdengarkan lagu-lagu hiburan yang engkau gemari. Tiada lagi aku didendangkan seperti dulu…
Di komputermu, terpampar gambar artis, koleksi kereta-kereta mewah tersusun cantik di atasnya. Winamp mu berkumandang lagu kegemaranmu…Email yang berkisarkan tentangKu kau abaikan. Betul sangkaKu, Aku makin kau lupakan…kau pinggirkan.
Tika malam, kau leka dengan TV. Bersengkang mata dengan game komputer dan sesekali dengan PS2. Mungkin kau belum mampu beli PS3. Tapi PS2 pun harganya mencecah 4 angka di awal kemunculan suatu ketika dahulu.
Tika awal Ramadhan tiba, Aku kembali kau gapai. Kau sapu habuk yang membaluti tubuhku dan kau baca beberapa lembar. Dengan suara garau yang merangkak-rangkak lantaran sudah lama tidak kau baca. Selepas itu aku diletakkan kembali di situ.
Bila di kuburan, siapakah penemanmu? Adakah lagu hiburanmu, atau PS2 yang menghilangka boringmu tatkala menunggu malaikat datang?…Tidak…tapi Aku yang yang sudah tua dan lusuh ini…Yang kau tinggalkan sepi…Yang akan menemanimu sebagai pemuda yang gagah perkasa andai aku santapan dan amalan harianmu….Aku yang akan membantu engkau di hadapanNya.
Kerana Akulah Kalamullah, padaku tertulis kalimah suci dari Allah Azzawajalla. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Keluarkan aku dari laci usang itu…bersihkan aku dari balutan habuk. Letakkan aku di meja kerjamu. Alunkan aku di kala kau bermusafir…
Bacalah dan pelajarilah aku… tika malam menjelma, tika fajar menampakkan seri. Seperti kau masih kanak-kanak…di sebuah kampung yang damai, di sebuah surau kunjungan harianmu…
Jangan kau biarkan Aku sendiri, dalam kesunyian dan kebisuan…
Kembalilah padaKu…agar jalanmu secerah mentari…berkelipan seperti bintang dan indah laksana bulan…

























Posted
on
Saturday, February 23rd, 2008 at 8:07 am under


teringat masa zaman2 kanak bila pergi ke surau malam2. hehe
February 23rd, 2008 at 9:51 amHehe, sebenarnya nostalgia silam itu berguna utk kita mengenali diri…
February 23rd, 2008 at 10:22 ambestnyer gi surau malam2. ingin nak terasa duduk di kampung pas tu gi ngaji dengan muslimah yang lain ramai2. sejuk rasenyer. tapi boleh terjadi di alam mimpi. sebab di sini bukan alam perkampungan. walauapaun, tetap bersyukur di mana bumi ku pijak, di situ langit Allah pasti ku junjung. bersyukur dan beruntunglah kamu kerana hidup di bumi bertuah malaysia.
February 26th, 2008 at 9:30 amDi mana-mana sahaja rahmat Allah tetap meluas dan melata…kan Malaysia tanah tumpah darah Abeen…
Yang penting kita sentiasa bersyukur dan sentiasa mendoakan yang terbaik, Insya Allah dikurniakan. Mana tau satu hari nanti Abeen ditemukan dengan seseorang yang sukakan suasana kampung dan menetap kat kampung. Seronok. Dengan udara yang segar, pokok-pokok masih merendang disekeliling rumah…semuanya mengundang ketenangan yang sukar nak digambarkan…
February 26th, 2008 at 4:53 pmUish… memang itulah yang Abeen idam-idamkan. Yerlah… suasana kampung kan riuh-rendah. Lagi pula ada ketenangan. Relaks sahaja. Tidaklah seperti di Singapura sini. Senantiasa sibuk mengejar dunia hingga tiada masa untuk bersilahturrahim. Keluarnya pagi, baliknya pula malam. Mencari rezeki tidak habis-habis. Sehinggakan yang lima waktu nak dikejarkan pun sukar sekali. Kan sedih tu sis…
February 27th, 2008 at 8:06 am