14 Feb

Kenapa air dan minyak tidak bercampur?

Terbaca blog Cabai Burung berkenaan air dan minyak. Memang kita nampak air dan minyak tidak boleh bercampur. Seolah-olah air dan minyak adalah seteru. Dalam jasad kita juga ada molekul air dan juga minyak seperti mana pada jiwa kita ada akal dan nafsu.

Dalam kimia, molekul air adalah gabungan hidrogen dan oksigen (H2O). Minyak yang biasa digunakan sebagai bahan api pula adalah gabungan karbon dan hidrogen (C14H30). Air berguna untuk mensucikan sesuatu manakala minyak berguna membakar sesuatu.

Jika kita lihat gabungan unsur-unsur ini, kita nampak ada perkaitan dengan rohani kita. Akal umpama oksigen, jiwa umpama hidrogen dan nafsu umpama karbon. Sesuatu jiwa yang menggunakan akal, ia akan mendapat ilham yang turun seperti air hujan. Dan bila jiwa menurut nafsu, ia akan panas terbakar.

Ilham yang turun akan mensucikan jiwa manusia manakala rasa panas hati pula akan menghitamkan hati manusia itu sendiri. Penyakit jantung banyak berpunca daripada kolestrol (minyak) dalam darah. Sebab itu bila manusia itu marah, dia dikatakan “naik minyak”.

Manusia yang berakal memang tidak boleh ngam dengan manusia yang menurut nafsu seperti air dan minyak. Manusia berakal akan merasa tenang hatinya seperti tenang melihat air laut. Sebaliknya manusia menurut nafsu akan panas hatinya seperti minyak yang membakar.

Bila kita nampak perkaitan ini, untuk menjadi manusia yang suci jiwanya, perbanyakkan minum air (sebaik-baiknya air masak) dan kurangkan makanan berminyak. Dengan itu hati akan jadi sejuk dan tenang kerana banyak air. Kemudian bila banyak air dalam darah, ia akan menyebabkan otak kita cair dan mudah berfikir. Tetapi bagi manusia yang suka makanan berminyak, ia akan menjadikan manusia itu cepat panas hati. Kemudian darah menjadi pekat (kolestrol tinggi) yang mengakibatkan otak menjadi beku dan malas untuk berfikir.

Adakah kerana tabiat orang Melayu suka makanan berminyak menyebabkan orang Melayu sudah lembab pemikiran dan suka naik minyak? Cepat melenting yang akhirnya diserang penyakit jantung? Orang Jepun mengelak dari makanan berminyak (goreng) yang menjadikan mereka masyarakat yang kuat berfikir dan mencipta pelbagai teknologi moden.

Begitulah perbezaan air dan minyak seperti mana beza manusia berakal dengan manusia yang menurut nafsu.

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

4 Responses to “Kenapa air dan minyak tidak bercampur?”

  1. mrozaidi Says:

    Kuasa Tuhan

  2. halyda_6 Says:

    “Kita makhluk Tuhan…
    Kita dijadikan…” :)

  3. Leeza Says:

    .. segala yang terjadi ada hikmah dan pengajaran sebaliknya … kita punya akal dan fikiran untuk menilainya …

  4. Kerasma Says:

    Jika kita lihat pada alam semesta ini, semuanya menuju kepada mengenali diri kita sendiri. Ada rahsia disebalik penciptaan langit, bumi, gunung2, air hujan dan etc.

Leave a Reply