21 Feb

Mengkristalkan hati


Gambar ihsan dari Ise

 

Ketika zaman Rasulullah, masjid umpama hati bagi umat. Pada masjid ada pusat pentadbiran, pembangunan ilmu dan ekonomi umat. Namun kini masjid sekadar tempat ibadah ritual semata-mata secara umumnya. Kerana itu ia mulai lengang melainkan bila masuk waktu solat.

Begitulah juga dengan diri kita, hati umpama masjid. Pada hati, kita mentadbir diri, membangunkan ilmu dan memajukan ekonomi. Hati kita bukan hanya kena mengadap Allah ketika ibadah2 ritual tetapi setiap masa iaitu dengan cara berfikir untuk mencari-cari ilham yang menyenangkan hidup kita. Jadi dengan membangunkan hati kita, barulah masjid boleh dibangunkan. Perbetulkan umat bermula pada diri sendiri.

Tidak ramai sanggup menggunakan kaedah perbetulkan umat bermula dari diri sendiri. Mungkin sebab kita rasa kita ni bagus dengan belajar ilmu tinggi-tinggi sedangkan kita jauh dari mengenali diri. Jauh dari mengenali diri, maka jauhlah dari mengenal Kekuasaan Allah. Tidak kenal syaitan yang suka meragu-ragukan diri supaya kita menjadi seorang manusia yang malas berfikir, mengharapkan subsidi, tidak tahan dengan tekanan ekonomi sebab suka boros berbelanja dalam berlumba-lumba mencari harta. Betapa lemahnya masjid dalam diri kita seperti masjid yang ada di tempat kita.

Jadi untuk menguatkan hati kita sebagai jiwa seorang mukmin, kita kena jadikan hati kita bagaikan kristal. Berkilau mendapat cahaya hidayah. Itulah masjid kristal yang perlu kita bangunkan. Mungkin itulah simbolik dari pembinaan masjid Kristal di Terengganu. Ia bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi untuk menyedarkan umat Islam bahawa sudah sampai masanya kita bangunkan kembali masjid dalam diri kita. Umat Islam sudah lama tertidur. Quran bukan untuk dikaji lagi, tetapi digunakan untuk membenarkan mencaci-maki. Membangunkan hati adalah dengan menggunakan akal, bukannya nafsu.

Kalau asyik marah dengan pemimpin sendiri, sedangkan kesusahan hidup kita ini disebabkan kita sendiri yang melembabkan otak sendiri, bila masa kita hendak maju pemikiran seperti masyarakat Barat, Jepun dan Korea? Cuba bayangkan jika kita termasuk dalam golongan manusia yang rajin mencipta teknologi2 baru yang menyenangkan kehidupan manusia, kemudian teknologi itu dibeli serata dunia, tidakkah kita sendiri yang dapat nikmatnya? Ini hanya tahu hendak hidup senang dalam keadaan malas berfikir, sedangkan bangsa-bangsa lain bertungkus-lumus cari idea. Allah itu Maha Adil. Bangsa yang rajin berfikir akan dimudahkan hidupnya berbanding bangsa yang malas berfikir.

Oleh itu, bagi yang ada kesedaran diri, sudah sampai masanya kita kembali ke pangkal jalan iaitu mewujudkan budaya rajin berfikir dan mengkaji agar suatu hari nanti generasi kita termasuk dalam golongan ulul albab (para cendikiawan), bukan golongan berotak lembab yang hanya tahu hendak hidup senang tanpa berfikir. Sudahlah malas berfikir, tahu mencaci-maki pemimpin sendiri akibat perasaan marah, sedangkan marah itu datang dari syaitan yang direjam! Adakah kita sanggup direjam bersama2 syaitan kelak?

Mari kita kaji Quran bermula dari yang asas:

Surah An Naas

Allah Maha Berkuasa melindungi manusia kerana Dia-lah Tuhan, Raja dan sembahan (ketaatan) bagi manusia. Berfikirlah untuk merasai Keagungan Allah agar hati kita sendiri yang merasa nikmat. Syaitan suka mewas-waskan hati manusia untuk mengkaji Quran. Ditakut-takutkan hati manusia itu untuk kaji Quran kononnya nanti tersesat dan bermacam-macam gambaran buruk yang akhirnya pemikiran umat jadi taksub dalam beragama. Sedangkan surah ini suruh kita berlindung kepada Allah. Apakah syaitan berkuasa melawan perlindungan Allah itu? Betapa ramai manusia telah disesatkan syaitan?

Surah Al Falaq

Allah Maha Melindungi kita dari kejahatan makhluknya iaitu kejahatan hati yg gelap bagaikan malam (orang buta mata hati iaitu Dajal), kejahatan hati yang tidak berdasarkan logik dan bukti yang nyata seperti tukang-tukang sihir, kejahatan hati yang dengki dengan kejayaan orang lain. Contoh orang yang kuat dengki adalah orang yang marah melihat kekayaan pemimpinnya sedangkan bila dia diajak berfikir dan membangunkan minda, dia hanya suka memilih ketaksuban dan melembabkan otak sendiri.

Surah Al Ikhlas

Mengajar tentang keyakinan diri untuk kita mengkaji Quran tanpa rasa ketaksuban. Allah itu Maha Esa. Pada Allah kita bergantung harap untuk memahami Quran. Kita boleh dengar pengajaran Quran dari orang lain, tetapi untuk kita rasai sendiri pengajarannya, kita sendirilah kena berfikir dan bereksperimen pada diri kita sendiri. Jadilah sebagai diri kita sendiri tanpa dibayangi orang lain. Yakin dengan keupayaan diri. Allah cipta kita sebagai makhluk yang terbaik. Setiap diri ada potensi masing-masing. Serlahkanlah ia. Jika kita anggap hanya manusia lain yang boleh mengajar Quran, sedangkan Quran itu datang dari Allah, bukankah kita telah mengadakan sekutu bagi Allah? Betapa banyaknya berhala (syaitan) dalam diri umat “Islam” sekarang. Adakah kerana itu Allah mengazabkan kita dengan kemunduran dan hidup berpecah-belah?

InsyaAllah, kita akan sambung pengajaran surah-surah yang lain. Jangan anggap apa yang disampaikan ini hanya satu cara kita memahami Quran. Hati manusia lain-lain walaupun jalan kita kepadaNya tetap satu. Berekperimenlah untuk fahami Quran sampai kita sendiri rasai nikmatnya. Yakinlah kepada keupayaan diri.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

Leave a Reply