22 Feb

Pengkajian surah Yaasiin

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan yang mencurahkan ilham untuk memahami ayat-ayatNya. Pada Allah semata-mata kita bergantung harap memohon petunjuk agar dibangunkan minda kita untuk mengkaji, bereksperimen dan memerhati tanda-tanda Kekuasaan Allah di segenap penjuru alam.

Pada Allah sahaja dicurahkan rasa cinta kerana hanya Allah sahaja yang memahami apa yang tersembunyi dalam hati kita. Dia Maha Mengetahui perasaan kita untuk kita mengadu dan berharap padaNya. Dia Maha Mendengar kesedihan setiap hamba-hambaNya yang berusaha. Dialah sebaik-baik peneman hati kita. Kelak dikuburan, kita tidak kesunyian kerana golongan beriman akan bersama-sama rahmatNya.

Tidaklah yang disampaikan ini, melainkan untuk kita sama-sama kembali mewujudkan generasi ulul albab yang mana tinggi akal fikiran dan hati kita suci dari segala keraguan, sangka buruk, keluh resah, marah dan benci membenci. Kita yang berkesedaran inilah yang dipertanggungjawab untuk menyebarkan keharmonian. Tetapi berapa ramai manusia yang memahaminya?

Bagi insan-insan yang dibukakan hati untuk melihat dan mendengar, insyaAllah kita sama-sama boleh berbincang dan bertukar-tukar pendapat dalam siri pengkajian Quran kita. Hati kita dibangunkan dengan bereksperimen bersama-sama supaya kita boleh nampak kelogikan ayat2 Quran mengikut pendapat masing-masing. Yakinlah kepada Allah yang akan memandui jalan kita menuju kepadaNya. Apakah ada kekuasaan lain yang boleh menandingi Kekuasaan Allah dalam mengajar kita memahami Quran?

Surah Yaasiin

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • BlinkList
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Shadows
  • RawSugar
  • NewsVine
  • Reddit
  • scuttle
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • Smarking

2 Responses to “Pengkajian surah Yaasiin”

  1. KNizam Says:

    bagus artikel sebegini. thanks :)

  2. halyda_6 Says:

    Sama-sam KNizam. Semoga kita sama-sama mendapat sesutu daripada penulisan Kerasma dan berusaha memperbaiki masyarakat sekeliling bermula dari diri kita, keluarga dan seterusnya masyarakat di luar sana.

Leave a Reply