Wanita Oh Wanita…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…
Saya mulakan penulisan ini dengan penuh rasa takjub dan kagum dengan KekuasaanNya…tadi saya sempat singgah di blog Noorizam. Bukan kali ini saja saya menyaksikannya…malah pernah saya alami sendiri suatu ketika dulu…Namun hati telah memuji dan mengagumi keesaanNya…Betapa Dia berupaya melakukan segalanya…
Hari ini saya banyak berfikir tentang wanita, hati dan perasaan, kehidupan seorang wanita, dan, dan segalanya tentang wanita.
Dan bila berbicara pasal wanita…terutama seorang isteri…
“Hendaklah kamu berpesan-pesan tentang wanita, kerana sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk. Dan sesungguhnya sebengkok-bengkok bahagian dalam tulang rusuk itu ialah di sebelah atasnya. Maka jika kamu meluruskannya, patahlah ia. Dan jika kamu biarkan, ia akan tetap jadi bengkok. Maka dari itu, hendaklah kamu berpesan-pesan tentang wanita:
Wanita sering dikaitkan dengan hati dan perasaan yang terlalu halus dan sensitif. Ada yang mengatakan, sekali terluka, selamanya terasa. Dan wanita jugalah seorang penerima maaf yang terbaik…seorang yang penuh redha dan menerima tulisan hidupnya…sebab itulah kita selalu dengar wanita kahwin kerana pilihan keluarga, wanita dipaksa kawin. Ada juga lelaki pun begitu. Tapi dalam seribu, nak jumpa satu pun susah…
Wanita biasanya lebih gemar dan suka memilih untuk berkorban demi kebahagiaan dan keharmonian.
Pada seorang wanita, kewujudannya adalah sentiasa berkait rapat dengan wujudnya anak-anak, keluarga, kawan dan rumahnya. Dan wanita pun kekadang kurang faham bahawa lelaki sebenarnya kuat bergantung kepada kekuatan logik dan bukannya seperti wanita yang sensitif terhadap rasa hati. Mungkin kerana ini jugalah lelaki lebih suka menonton berita, baca paper dan buku-buku ilmiah sedangkan wanita lebih gemar baca novel, sajak, puisi dan menonton drama.
Wanita…tidak lekang dari berkata-kata…
Nak tahu kenapa? Sebab kalau seorang ibu tu berdiam diri, apa akan jadi pada si anak? Sejak dalam kandungan lagi, ibu sudah berbicara dan bercerita itu dan ini pada si anak. Menasihati, mendoakan dan sebagainya. Bila anak nak tidur ibu dodoikan. Bila anak menangis, ibu pujukkan, bila anak tersilap langkah, ibu betulkan. Dan segalanya memerlukan kata-kata dari seorang ibu…
Begitu juga bila bersama suami…kekadang seorang suami akan rasa kesenyian bila isterinya tiada…rasa sunyi jer…biasanya riuh dengan gurau senda isteri. Sehinggakan kekadang tu suami sedikit rimas dengan perlakuan isterinya…
Tapi bila dah tak ada, baru la terasa semua tu kan…
Tapi… tidak terkecuali wanita yang terlebih berkata-kata. Sampaikan si suami tidak betah berada di rumah lantaran terpaksa mendengar emolan dan bebelan isteri. Bab ni, para wanita kena berhati-hati sikit. Kekadang benda-benda macam ni juga boleh jadi penyebab dan akibat kepada perlakuan suami…
Wanita…sudah fitrah…dikaitkan dengan kesetiaan, kesopanan, keayuan, beradab sopan dan pelbagai lagilah benda-benda baik…(bangganya jadi wanita..
)
Dan seorang isteri juga tidak terlepas dari beradap sopan…
Isteri yang baik sentiasa dikaitkan dengan
- Mencintai dan mengasihi suaminya.
- Memandang suami sebagai teman setia sepanjang hidupnya
- Menjaga kesucian hati, lidah dan kebersihan tubuh agar sentiasa menarik pada mata suami
- Sentiasa cuba memahami dan mempelajari sikap suami
- Membantu suami menghindari hutang dan sentiasa mendoakan agar sentiasa berjaya
- Tidak menunjukkan kekayaan kepada suami atau keluarga suami. Malah sentiasa menjaga hubungan baik dengan keluarga suami
- Tidak bermain cinta dengan lelaki lain
- Tidak menerima tamu lelaki andai suami tiada
- Tidak mudah percaya pada berita buruk dari mulut orang lain
- Sentiasa mendapatkan izin dan pendapat suami tentang sesuatu
- Tidak mengguna-guna atau menyihir suami
- Sentiasa menjaga maruah diri dan maruah suami
- Seboleh-bolehnya sentiasa ingin mengelakkan diri daripada sesuatu yang suami tidak sukai
- Sentiasa bersabar, dan bersabar dan bersabar… kerana dia yakin, ada hikmah disebalik apa yang berlaku
- Sanggup berkorban untuk suami…demi apa saja selagi tiada menyalahi hukum…
- Kekadang terpaksa berbohong untuk menjaga maruah suami…ini yang susah sikit ni…
Dan mungkin banyak lagi yang saya tak senaraikan…
Untuk para suami dan bakal suami…alam berpacaran dan selepas kahwin adalah amat berbeza. Terserah pada kita untuk mencorakknya…dan kata orang, kalau nak tengok seseorang, tengok kawannya. Kalau nak tengok isterinya, tengok suaminya…tapi kengkadang tak leh pakai jugak kan…
Dan seorang isteri itu pasti mendambakan seorang suami yang seperti sentiasa dimimpikan. Begitu dan begini. Andai diketemukan berbeza dari idaman anda, pasti ada sesuatu hikmah disebaliknya. Kerana perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia…Hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Yang penting kita kena sentiasa berdoa agar jodoh yang ditemukan adalah pemimpin kita untuk ke akhirat kelak

























Posted
on
Friday, February 22nd, 2008 at 3:52 pm under

